GENTING HIGHLANDS 2 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) telah menyenaraikan tiga nama untuk dipertimbangkan sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, tiga nama yang terdiri daripada anak tempatan itu akan diserahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diputuskan.
"DUN Kuala Besut merupakan kubu kuat BN dan kita akan pertahankan kemenangan. Pertamanya kita akan menyusun gerak kerja parti yang terbaik selain menyelesaikan isu-isu tempatan," katanya.
Muhyiddin yang mengetuai jentera BN bagi menghadapi PRK DUN Kuala Besut berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan di Institut Aminuddin Baki, di sini hari ini.
Beliau ditanya pemberita berhubung persediaan BN menghadapi PRK tersebut ekoran kematian penyandangnya, Datuk A. Rahman Mokhtar, Rabu lalu. - UTUSAN ONLINE
2 comments:
Calon pilihan Idris Jusoh - Insya Allah menang bergaya.
Calon pilihan Mat Said - lingkup berganda.
Cukup-cukuplah Mat Said bikin spoil tukar calon winnable kepada wincable sampai nak terlingkup Terengganu. Belajar dari kesilapan, maaf jika menegur!
Ingatan untuk pemimpin UMNO /BN , jika mahu menag semula Dun Kuala Besut, jangan buat pihan raya dalam bulan puasa sebab ustad-ustad pakatan sudah mula menempah baju jubah untuk mengadakan ceramah takzirah an juga ceramah lepas sembahyang terawih.
Fokus mereka cuma satu , hancus kan impian BN untuk menang, ceramah agama akan jadi ceramah politik dan lepas raya mohon maaf kerana terlanjur kata dan lain-lain . Malah SikMursyidul Am PokNik pun sudah bersedia dengan untuk mengampun dosa penceramah pas dan menjanjikan syurga jika mereka menang dalam prk ini.
Post a Comment