Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, December 05, 2014

APA LAGI MELAYU MAHU????


Adakah kita terlalu “bangang”???

UMNO telah selesai bersidang. Semua sudah pulang ke lubuk masing-masing. Tahun hadapan, insya-Allah bertemu semula.

Agenda akan berulang. Berulang dan berulang. Jika ada pemilihan pucuk kepemimpinan, maka suasana akan berbeza. Lebih panas, mendebarkan dan cah keting. Sekarang pun ada yang berkata bunga-bunga pemilihan sudah berputik.

Namun semalam saya menerima satu WhatsApp yang membuatkan saya berhenti sejenak untuk berfikir, merenung bagai Mat Jenin dan menginsafi diri sebagai Melayu. Di mana silapnya bangsa aku ini?

Begini bunyinya. Ia ditulis dalam bahasa Inggeris. Datang dari seorang bernama Melayu Islam, yang tidak perlulah saya siarkan namanya.

Katanya, UMNO telah memerintah Malaysia selama 57 tahun dan masih menangisi bagi mempertahankan (safeguard) hak keistimewaan Melayu, Melayu masih terancam, Melayu hidup di bawah kemiskinan dan lain-lain dan lain-lain.

Beliau bertanya:

Selama 57 tahun UMNO memerintah negara ini, Islam ialah agama rasmi, apa yang telah UMNO lakukan sekiranya Malaysia dan Islam berada di bawah ancaman?

Beliau berkata faktanya ialah:

- Malaysia ada sembilan Sultan dan Raja. Mereka semua Me­layu.

- PM dan TPM, memegang jawatan paling berkuasa di Malaysia adalah Melayu.

- Sejak 1974, Menteri Kewangan adalah Melayu.

- Selain Pulau Pinang, semua KM dan MB adalah Melayu.

- Majoriti Menteri Persekutuan ada­lah Melayu dan Kementerian-kementerian berpengaruh dan penting dikuasai Melayu.

- Daripada 222 Ahli Parlimen, le­bih daripada 50 peratus adalah Melayu.

- Lebih daripada 93 peratus Jabatan-jabatan Kerajaan, dari bawah ke jawatan tertinggi adalah Melayu.
- DEB dirangka untuk orang Melayu.

- Sebanyak 80 peratus kuota universiti diperuntukkan kepada Melayu.

- Diskaun istimewa untuk pembelian rumah dan saham-saham untuk orang Melayu.

- Pangkat tertinggi dalam polis dan tentera kepada orang Melayu.

- GLC atau syarikat-syarikat milik kerajaan dikuasai Melayu.

Beliau berkata, bagaimana Melayu yang menguasai sepenuhnya sedang diancam dan berkedudukan di bawah daripada kaum-kaum minoriti? 

Adakah ia satu strategi untuk pemerintah terus berkuasa dengan menjadikan orang lain sebagai kambing hitam? Apa sebenarnya berlaku. Adakah orang Melayu ini terlalu “bangang” sehingga mereka terus menerus perlu merayu, menagih, meminta untuk terus hidup di bumi bertuah ini.

Adakah kita ini semua masih menjadi bahan ujikaji sosio-politik? Di mana silapnya? Apa lagi kita mahu?

4 comments:

Anonymous said...

Apa lagi yang Melayu mahu?
Tak ada apa lagi yang kami mahu, cuma kami tak mahu KAMU?

Anonymous said...

Kau pernah pergi Singapura tak?

PRESIDEN PERTAMA SINGAPURA ADALAH BERBANGSA MELAYU

BAHASA KEBANGSAAN SINGAPURA ADALAH BAHASA MELAYU

KEBANYAKKAN TANAH2 DI KAWASAN "PRIME" SINGAPURA 50 TAHUN LALU DIMILIKI ORANG MELAYU


Sekarang....Seorang MEnteri Melayu untuk portfolio "hal ehwal Melayu/Islam"....token position...kononnya Singapura 'multiracial"

Sekarang...berapa ramai anak2 Singapura tahu berbahasa Melayu???

Sekarang....hampir 99% orang Melayu tinggal di flat2 di pinggiran yang paling miskin dan paling jauh dari ORCHARD ROAD...Nasib baik takde hutan...kalau masih ada hutan, kat situ lah diorang hantar orang Melayu.
Dulu, Bahasa Mandarin bahasa ke-tiga selepas Melayu dan Inggeris..sekarang dinaiktaraf kepada bahasa nombor 1, Inggeris nombor 2, bahasa Melayu MUNGKIN nombor 3...itupun akan terhapus.

Banyak lagi bukti2 di mana Melayu sekarang sekadar alas kaki di Singapura. Tukang jadi pemandu, tukang buka pintu, tukang angkat barang, bodyguard, dan secara am nya, sebagai warganegara kelas kedua.

Apa lagi Melayu mahu???

Di Malaysia ( TANAH MELAYU!!!),

Melayu telah lama berkongsi. Melayu tak tamak.

Melayu cuma mahu bangsa2 lain yang tamak haluba supaya kawal lah sikit. Belajar berkongsi. Kalau masih mahu tamak dan RASIS, Melayu takde pilihan lain dari mengekalkan segala2 yang disenaraikan untuk mempertahankan hak2 orang Melayu.

Malah,patut dipertambahkan lagi bantuan untuk orang2 Melayu dan Bumiputera!!!!

Anonymous said...

We want you sir (najib) to step down and give your seat to muhyiddin ....thats what melayu want

Anonymous said...

Kita tak mahu Melayu yang begitu mudah tunduk kepada kehendak pembangkang sehingga terlupusnya akta ISA yang keramat itu. Kami juga tak mahu kepada pemimpin Melayu yang berpakaian berserban dan berjubah seperti ulamak tetapi tertipu dgn ultra kiasu Cina DAP. Mereka inilah punca kepada bukan Melayu menjadi sangat kurang ajar sekarang.

Kami juga tak mahu kepada Melayu yang begitu mudah tunduk kepada kehendak ahli politik Keristian untuk mensyirikkan kalimah Allah. Melayu begini sangat merbahaya kepada akidah anak-anak muda Melayu Islam.

Jika anda pemimpin Melayu yang tidak mempunyai ciri-ciri seperti di atas kamulah pemimpin yg layak untuk menerajui pimpinan yang seterusnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa