Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, December 04, 2014

ANWAR IBRAHIM TERUS DIBOGELKAN


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Khamis MELUCUTKAN gelaran 'Datuk Seri' yang diberikan kepada Anwar Ibrahim pada tahun 1992.

Ini dipercayai berkaitan dengan sikap derhaka Anwar yang juga Ketua Pembangkang.

Istana Selangor dalam satu kenyataan pagi Khamis memberitahu perlucutan gelaran tersebut berkuatkuasa 3 November lalu.

Menurut Istana Selangor keputusan untuk membatalkan gelaran Anwar kerana beliau "berulang kali mempersoalkan integriti Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi Raja dalam krisis Menteri Besar baru-baru ini."

"Sultan, selepas berunding dengan Majlis Diraja Selangor, telah memutuskan bahawa anugerah kehormat yang membawa gelaran 'Datuk Seri' kepada Anwar Ibrahim, dibatalkan berkuatkuasa 3 November, selaras dengan kuasa Sultan untuk memberi anugerah seperti yang termaktub dalam perlembagaan negeri.

"Keputusan ini adalah berdasarkan tindakan Anwar mempersoalkan berulang kali kewibawaan Sultan Selangor dan institusi diraja dalam menyelesaikan MB krisis Selangor, serta menyoal Baginda berkaitan isu-isu membabitkan agama Islam," kata Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin, Datuk Mohamad Munir Bani.

Tambahnya, tindakan dan tingkah laku yang penasihat PKR itu menunjukkan bahawa dia tidak layak lagi untuk memegang apa-apa pingat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa