Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, December 02, 2014

KENAPA MUHYIDDIN SEBUT PASAL MATI???


Do or be dead (Buat kerja atau mati). Empat perkataan penuh bermakna yang dilontarkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ini merupakan kejutan kepada pemimpin dan ahli-ahli parti pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang berakhir Sabtu lalu.

Ramai sahabat berpendapat kejutan kata-kata Muhyiddin ini sama hebat dengan kejutan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak apabila Perdana Menteri itu mengumumkan Akta Hasutan tidak akan dimansuhkan, bahkan diperkasakan lagi.

Kali pertama Timbalan Presiden membuat amaran itu adalah pada malam Rabu lalu ketika merasmikan persidangan serentak tiga sayap UMNO. Kali kedua beliau mengulangi amaran yang sama ketika menggulung perbahasan, sejurus sebelum Najib membuat penggulungannya. Saya mendengar ucapan beliau dengan sepenuhnya pada kedua-dua peristiwa itu.

Semasa merasmikan persidangan serentak 3 sayap UMNO itu, Timbalan Presiden menyatakan dalam usia parti sudah mencapai usia 68 tahun, Allah SWT masih mentakdirkan parti memikul amanah “kuasa pemerintahan” di negara ini. Sehubungan itu, ahli parti jangan lupa bahawa Allah menggilirkan kemenangan antara sesama manusia sebagai pengajaran kepada semua hamba-Nya.

Tersirat dalam ucapan beliau itu satu peringatan dan amaran bahawa jika UMNO gagal berbuat sesuatu sekarang, tunggulah kematiannya bila ‘giliran memerintah’ negara ini jatuh ke tangan parti lain.

“Inilah sunnatullah. Allah SWT menggilirkan kemenangan dan kekalahan sesama manusia,” katanya lagi.
Semasa menyampaikan ucapan penggulungannya pada petang Sabtu lalu pula, Timbalan Presiden menekankan lagi betapa serius dan kritikal kedudukan parti menjelang PRU-14 (yang beliau sebutkan hanya 39 bulan lagi). 

Sambil merujuk kepada satu carta pencapaian komponen parti BN dalam PRU-11, PRU-12 dan PRU-13 (yang ditayangkan di skrin besar untuk tatapan para perwakilan), beliau memberi amaran andainya prestasi BN terus menurun di masa depan dan hilang hanya 2% sahaja undi di PRU-14, UMNO dan BN akan hanya memiliki 103 kerusi dan tidak lagi menjadi parti pemerintah di negara ini.

Sebaliknya jika UMNO dan BN boleh mendapatkan tambahan 2% sokongan rakyat, ini bermakna BN akan memiliki 41 kerusi dan kekal berkuasa. Dan andainya sokongan rakyat boleh bertambah lagi hingga 5%, BN boleh memiliki 159 kerusi Parlimen, sekali gus mendapat kembali 2/3 majoriti.

Itu mestilah paling minimum sasaran pencapaian segala gerak kerja ahli UMNO menjelang PRU-14. Soalnya bagaimana sasaran itu boleh dicapai?

Kata Muhyiddin - “Orang lama mesti beri laluan kepada orang muda. Lebih-lebih lagi jika kita menjadi liabiliti kepada parti, kita harus segera berundur secara terhormat.

“Kita telah lama bercakap mengenai peremajaan UMNO, tetapi tanyalah diri kita apakah proses ini benar-benar berlaku di dalam parti.”

Beliau berpesan kepada perwakilan UMNO bahawa masa yang tinggal untuk ‘menunggu perubahan berlaku’ hanya sedikit lagi.

Andainya perubahan yang ditunggu tidak berlaku, UMNO perlu merekayasa perubahan.

Beliau mengingatkan ahli UMNO bahawa zaman dipuja dan dipuji dalam kelompok sendiri sudah berlalu. Kini zaman untuk bersama rakyat, sama-sama merasai keresahan mereka dan bekerja keras menyelesaikan segala permasalahan mereka. Kini zaman untuk mendapatkan kembali keyakinan rakyat.

Timbalan Presiden tidak menyebutkan secara khusus ‘Zaman berlagak telah berlalu. Zaman menunjukkan keangkuhan telah berakhir’. Tetapi ayat-ayat itu tersirat juga dalam ucapan beliau. Berlagak dan angkuh adalah sinonim dengan sesetengah pemimpin parti di masa lampau.

Muhyiddin juga menyeru semua ahli UMNO untuk segera melakukan ‘perubahan drastik dari sudut pendekatan dan gerak kerja’ jika mereka mahu parti itu terus relevan pada masa depan.

“Citra UMNO mesti secocok dengan jiwa anak muda dan profesional Melayu serta generasi Y jika kita ingin melihat parti itu menjadi ‘parti masa depan’.

“Ini adalah seruan terakhir untuk UMNO. Do or be dead! Jangan letak kepentingan diri melebihi kepentingan parti. Jika kita menjadi batu penghalang kepada peremajaan parti, maka kita mesti berundur secara terhormat,” tegas Muhyiddin lagi.

Pada satu ketika dalam ucapan beliau, Timbalan Presiden mengingatkan ahli parti bahawa UMNO bukannya parti yang mempunyai budaya pak turut, budaya nyanyi, budaya puji, budaya lambung, budaya mengampu sana mengampu sini.

Pastinya segala sifat buruk ini perlu dikikis habis-habisan, jika ahli parti benar-benar mahukan UMNO menjadi “parti masa depan” yang dipercayai oleh generasi Y dan masyarakat bandar dan desa.

Selain isu Akta Hasutan dan seruan Timbalan Presiden ‘Do or Be Dead’, satu isu baharu yang pertama kali timbul di Perhimpunan Agung UMNO 2014 kali ini adalah seruan ‘Solidariti’ oleh Presiden parti.

Najib menjelaskan kenapa beliau memilih istilah ‘solidariti’ dan tidak istilah lain, misalnya ‘muafakat’. Istilah solidariti sudah diterima dalam Kamus Dewan.

“Kalau kita sebut dengan intonansinya, SOLIDARITI ia masuk dalam jiwa, roh kita kerana ini akan menjamin kita akan terus berjaya dalam pilihanraya akan datang dan selanjutnya”, tambah beliau.

Prinsip solidariti yang dikehendaki Presiden bukan hanya dalam kalangan ahli parti, bahkan juga perlu dipatuhi dan diamalkan oleh blogger yang kononnya menyokong UMNO.

Kata beliau, ada blogger pro-UMNO yang menyerang pemimpin parti, kononnya bersifat friendly fire’. Amalan sedemikian itu hendaklah dihentikan, kerana ia hanya menguntungkan musuh parti.

“Friendly fire is not friendly”, tegas Presiden parti.

“Pergi tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sama sendiri,” kata Presiden.

Perhimpunan Agung UMNO 2014 telah pun berlalu, dan perwakilan kini telah kembali ke tempat masing-masing. Apa yang mereka lakukan selepas ini di peringkat akar umbi akan menentukan masa depan parti.

Sekiranya mereka tidak buat se­perti yang dikehendaki dan dijanji­kan, parti akan meniti hari senja. Tepat sekali amaran Timbalan Presiden!

1 comment:

Anonymous said...

This article clearly outlines an unequivocal and crystal clear distinction between a relevant and visionary leader muhyiddin who is a realist and a weak, no longer relevant and a dreaming and sleeping leader najib.

UMNO MEMBERS.....THE CHOICE IS YOURS TO MAKE....WALLAHUALAM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa