Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, November 13, 2014

MELAKA HANDAL URUS BELANJA


MELAKA 10 Nov. – Kerajaan negeri Melaka membentangkan Bajet 2015 berjumlah RM302.73 juta dengan lebihan RM181,676 sekali gus mencatatkan bajet lebihan kali ke-11 berturut-turut sejak 2005.
 
Ketua Menterinya, Da­­tuk Seri Idris Haron ber­ka­ta, ia merangkumi per­­­­belan­jaan mengurus ber­­jumlah RM295.88 juta dan perbe­lanjaan tanggungan (RM6.85 juta) dengan kutipan hasil bagi 2015 dianggarkan RM302.92 juta.

Beliau berkata, per­belanjaan bagi perkhidmatan dan bekalan merupakan komponen terbesar dengan RM114.73 juta bagi menampung kenaikan kos be­kalan, bil utiliti, sewaan, penyelenggaraan pejabat dan kenaikan emo­lumen kakitangan kontrak.

“Peruntukan pembangunan pula RM55.06 juta iaitu RM19 juta bagi penyediaan infrastruktur; RM11.65 juta untuk kemajuan masyarakat; RM9.56 juta bagi ekonomi; RM7 juta untuk keagamaan; RM2.2 juta untuk pembangunan veterinar dan pertanian serta RM5.65 juta untuk pentadbiran dan sosial,” katanya ketika membentangkan Bajet 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka, di sini hari ini.

Katanya, bajet bertemakan ‘Memantap Ekonomi, Mensejahtera Rakyat’ itu menggariskan tiga strategi utama iaitu mempersiaga Melaka Maju Fasa 2 ke arah nege­ri bandar berpendapatan tinggi; mensejahtera rakyat dan membina kehidupan berkualiti serta mentransformasi pe­nyampaian perkhidmatan awam.

Idris berkata, melalui strategi mempersiaga Melaka Maju Fasa 2 ke arah negeri bandar berpendapatan tinggi, kerajaan negeri akan memantapkan lagi kemudahan infrastruktur bagi memastikan rakyat terus menikmati kemudahan berkualiti di samping memberi keyakinan kepada pelabur.

“Kerajaan negeri melalui Perbadanan Ketua Menteri Melaka akan mengkaji kese­suaian untuk membangunkan projek landasan kereta api laju di Durian Tunggal selaras cadangan kerajaan persekutuan untuk membina landasan kereta api laju Singapura-Kuala Lumpur,” katanya.

Selain itu, tambah beliau, projek pembangunan komersial bercampur Melaka Gateway dengan nilai pembangunan sebanyak RM40 bilion bakal memberi limpahan ekonomi kepada masyarakat setempat serta menjana kira-kira 10,000 peluang pekerjaan.

Bagi strategi kedua mensejahtera rakyat dan membina kehidupan berkualiti, Idris berkata, kerajaan negeri berusaha menyediakan perumahan selesa, berkualiti serta mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Menurut beliau, pihaknya me­ngemukakan enam tapak Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk kelulusan Jabatan Perumahan Negara di Kampung Tun Kudu; Ayer Molek Darat; Bukit Rambai; Sungai Udang; Sungai Putat fasa 2 dan Pulau Gadong fasa 2. - BERNAMA


4 comments:

Anonymous said...

Lebihan 0.6%
Hebat ker
Klu 1 to 3 % ok jugak la

Tp yerlah kan
Klu lebih bnyj.. mcm jabatab2 kerajaan yg x belanja.. pun dipertikai.. x buat keja ker..

Bila x ada lebih langsung.. dikata boros pulak.. tmbh2 klu ada jalan berlubang lg.. pokok rendang sgt..

So apa melaka buat ?
Lebih nak tunjuk hebat atas kertas jer tu
Nothing bro !!!

Anonymous said...

Minta selenggara dan kemas kini hang tuah mall. Majlis perbandaran hang tuah jaya ada disitu! Tunjukkan contoh yg baik. Macamana nak jaga bandar kalau persekitaran pejabat macam negara dunia ke 3. Ini nak masuk melaka maju fasa 2.
Kemudian, teliti semula lampu isyarat & lokasi-- banyak kenderaan bakar minyak! Melaka kan nak bandaraya hijau!
Akhir sekali...'don't mess with melaka'??? Cakap melayu lah!!! Apa punya slogan...

Anonymous said...

Syok sendiri la..atas kertas je..

rakab said...

Melaka aman, makmur dan terus maju dibawah teraju Umno/BN.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa