Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, November 10, 2014

TANAH RIZAB MELAYU:APA KERAJAAN TENGAH BUAT???


PULAU PINANG 7 Nov. – Kerajaan diminta segera menggantikan Tanah Rizab Melayu yang telah dilupuskan dengan serta-merta seperti yang telah digariskan dalam peruntukan Perlembagaan.

Penasihat Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang juga bekas Ke­tua Polis Negara, Tun Hanif Omar berkata, tidak kira siapa yang memerintah, tanah tersebut adalah hak orang Melayu secara keseluruhannya dan tidak boleh diganggu.

Tegasnya, amat jelas dalam Perlembagaan, Tanah Rizab Melayu yang ada, tidak boleh dilupus me­lainkan kerajaan memperuntukkan tanah gantian yang sama luas de­ngan serta-merta.

“Namun apa yang berlaku sekarang ini? Kenapa Tanah Rizab Melayu semakin berkurangan dan tidak mencapai tahap 50 peratus seperti yang diwasiatkan oleh raja-raja Melayu?

“Tidak kira apa yang berlaku, MPM mendesak kerajaan segera menggantikan tanah rizab Melayu yang semakin berkurangan kini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Hanif, bagi mempertahankan Tanah Rizab Melayu ber­kenaan, kerajaan boleh melakukan pelbagai cara dengan mewartakan tanah-tanah yang ada seperti Tanah Rancangan Felda atau tanah milik kerajaan Pusat yang telah tidak digunakan.

“Wartakan sahaja tanah Felda supaya tanah terbabit tidak boleh dijual kepada mana-mana pihak termasuk syarikat milik bumiputera sendiri,” katanya.

Malah tegas Hanif, di Kuala Lumpur sendiri terdapat banyak tanah milik kerajaan yang telah tidak digunakan dan adalah lebih baik tanah terbabit digazetkan sebagai Tanah Rizab Melayu untuk menjamin ke­langsungan orang Melayu di ibu kota.

Sementara itu, Ketua Biro Inte­griti MPM, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan berkata, semua pihak perlu menjaga keharmonian kaum yang selama ini terjamin demi kelangsungan Malaysia.

Beliau berkata, isu-isu berkaitan dengan keharmonian perlu diselesaikan dengan cara terbaik agar tidak menjejaskan hubungan antara kaum di negara ini.

“Kita bukan rasis tetapi menjaga hak setiap kaum mengikut Perlembagaan.

“Siapa yang mainkan tuntutan perkauman ini? Jangan sesekali cuba menggoyangkan bahtera keharmonian kaum yang jelas akan merosakkan perpaduan rakyat,” katanya.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Gabungan Perwakilan Melayu Pulau Pinang (G-Pem), Mohd. Rizuad Mohd. Azudin.--UM

1 comment:

Anonymous said...

>>>>"minta tolong sesiapa yg mampu untuk beli tanah berpotensi milik melayu ini. http://tanahpuchong.blogspot.com . mohon perhatian tuan"<<<<<

Aku dah call tuan tanah, dia ada 2 lot 4 ekar X 4 ekar berhakmpiran satu sama lain. Tanah ni nenek dia punya dan sudah dibagi bagi mengikut faraidth, jd emak dia yg sekarang dah buta berkungsi 8 ekar ini dengan 5 anak lelakinya. Dulu ini kebun getah dan mereka adik beradik masa dulu merupakan penoreh getah tapi sekarang mereka bekerja biasa biasa saja, pokok gerah pun dah tak ada, kawasan sekeliling pun dah naik membangun dengan perumahan. Kebun getah bertanah bukit itu pun sudah ditarah dan tanah merahnya dulu dijual ke Taman Putra Perdana untuk tutup bekas lombong, jadi tanah itu sekarang rata dan lapang tak ada apa apa pohon.
Beberapa lot reserve melayu di sebelah menyebelah berhampiran tanah beliau sudah terjual, 3 lot sudah dibahagi bahagi untuk tapak banglo dan sudah dijual dan sedang dijual, beberapa tapak lagi 'diperam' untuk projek masa depan setelah dibeli oleh sykt Cina. Tanah dia ini pun Cina nak buat projek perumahan, walaupun taukeh cina dah ada satu lot bersebelahan. Cina ni nak join venture dan sanggup bagi 20 unit rumah harga 600 ribu, tapi tuan tanah tak sanggup tunggu projek siap, dia nak pakai duit untuk urusan harian dan urusan emak dia yg uzur. Dia minta tolong kawan kawan dia cari orang tolong beli tanah dia tu, tp sampai sekarang masih belum ada yang sanggup, ttg harga dia boleh berunding adik beradik, cumanya kalau tak ada orang Melayu nak beli dia terpaksalah lepaskan kepada orang Cina sedangkan tanah itu berpotensi tinggi, sebelah cyberjaya dan banyak kemudahan..
kalau aku pemaju atau pelabor atau ada duit sudah tentu aku rembat tanah ni ...
Itulah masalahnya..ada tanah tapi tak diusahakan .. akhirnya tanah melayu terbiar tidak mendatangkan hasil !!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa