Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, November 07, 2014

KEPUTUSAN RAYUAN SANG PELIWAT


PUTRAJAYA 7 Nov. - Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan ke satu tarikh lain keputusan rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap sabitan dan hukuman penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria memaklumkan pihaknya memerlukan masa untuk meneliti penghujahan kedua-dua pihak berhubung isu-isu yang dibangkitkan dalam rayuan tersebut.

Prosiding pada hari ini yang berjalan selama hampir 40 minit mulai pukul 3.14 petang berakhir selepas peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram selesai menggulung hujah pembelaan pada hari kelapan rayuan tersebut yang bermula sejak 28 Oktober lalu. - UTUSAN ONLINE

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa