Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, July 28, 2015

NAJIB RAZAK UMUM ROMBAKAN KABINET HARI INI???!!!


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dijangka mengumukan rombakan kabinet hari ini, iaitu beberapa hari lebih awal dari perancangan sebelum ini.

Sebelum ini Mohd Najib dijangka mengumumkan rombakan kabinet selepas mempengerusi mesyuarat Kabinet pada rabu ini. Namun hari ini Mohd Najib mempercepatkan rombakan ini setelah melihat tingkah laku Timbalannya ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras, ahad lalu.

Oleh kerana rombakan ini sangat mengejut tiada sebarang kebocoran langsung sehingga jam 2 pagi ini. Ada sumber menyatakan Mohd Najib telah mengadap DYMM YDP Agong petang tadi. Satu sumber lagi menyatakan Mohd Najib akan merafak sembah senarai baru pagi ini.


Namun MYKMU.NET menjangkakan beberapa korban akan dibuat bagi menunjukkan siapa yang memimpin kerajaan hari ini. Perdana Menteri dijangka menggugurkan Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Hassan Malek, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri G Palanivel dalam satu rombakan kabinet yang dilihat bagi menguruskan kepentingan politik UMNO dan MIC sekaligus.

Kedudukan Timbalan Perdana Menteri masih lagi dalam keadaan sukar diramalkan. Riak Perdana Menteri dan Timbalannya di Majlis Rumah Terbuka CIMB malam tadi menunjukkan mereka sudah sampai ke peringkat tidaj bertegur sapa.

Kemungkinan besar Tan Sri Muhyiddin akan menjadi Timbalan Perdana Menteri tanpa potfolio Kementerian lain. Bagaimanapun jangan menolak kemungkinan Muhyiddin digugurkan sepenuhnya dan diganti oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri

Sementara itu beberapa Menteri dijangka bertukar potfolio dengan fokus tertumpu kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Kedudukan Khairy menjadi tumpuan kerana selain gagal memberi nafas menarik sokongan belia kepada parti pemerintah, Pemuda UMNO juga dilihat tidak membantu menyatukan parti. Malah kegagalan Pemuda menunjukkan sokongan padu kepada Perdana Menteri merupaka satu alasan kuat untuk perubahan ini. Namun peluang untuk Khairy digugurkan dari kabinet agak tipis berdasarkan kedudukan beliau dan pengaruh Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Khairy dijangka berpindah daripada Kementerian Belia dan Sukan kepada Kementerian Sumber Manusia atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang dilihat bintang baru dalam kabinet Mohd Najib dijangka berpindah ke Kementerian Penerangan. Ini selari dengan jawatan baharu beliau sebagai Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional.

Ini memberi peluang kepada Rahman menggembeleng semua jentera penerangan kerajaan dan parti bagi menjelaskan isu semasa.

Menteri Penerangan sedia ada, Datuk Ahmad Shaberry Cheek dijangka kembali ke Kementerian Belia dan Sukan bagi menarik semula sokongan belia kepada Barisan Nasional dan mengawasi persiapan Malaysia sebagai tuan rumah Sukan Sea 2017.

Manakala Datuk Ahmad Maslan dijangka dilantik sebagai Menteri penuh di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Antara nama lain yang dijangka naik pangkat dari Timbalan Menteri kepada Menteri ialah Datuk Razali Ibrahim, Datuk Jailani Johari dan . Beberapa Ahli Parlimen muda dijangka dilantik sebagai Timbalan Menteri ialah Ahli Parlimen Sekinjang, Anuar Manap, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim dan Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin, dan Ahli Parlimen Kepala batas Datuk Seri Reezal Merican.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa