Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik menjadi timbalannya, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Selain Muhyiddin, empat orang menteri digugurkan dari Kabinet, kata Najib dalam pengumuman di pejabatnya di Putrajaya hari ini.
Dalam ucapan pengumumannya, Najib berkata beliau sememangnya bersikap terbuka dalam menerima kritikan.
"Namun, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan serta negara.
"Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet.
"Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu," katanya.
Tegasnya, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran.
2 comments:
UMNO a gone case
Saya buat begi i kerana lobang2 yg saya gali telah penuh dgn taik,mereka2 ini lah yg akan tlg saya untk bersihkan taik2 ini.Saya takut duduk dgn anwar di sel bersama sama.
Post a Comment