Semua pemerhati politik tertumpu kepada gerakan yang akan dibuat oleh Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Beliau menyatakan akan mengada sidang akhbar di kediamannya di Bukit Damansara jam 11 pagi ini.
Muhyiddin mempunyai beberapa gerakan yang perlu difikirkan dengan mengambil kira risiko yang bakal beliau hadapi.
Pertama, Muhyiddin akan mengumumkan untuk terus memegang jawatan dalam parti sebagai Timbalan Presiden UMNO dan menjadi ejen “Check and Balance” kepada pentadbiran kerajaan.
Jika keputusan ini diambil, UMNO akan terus berada dalam keadaan tidak tenteram dan kacau bilau buat beberapa ketika lagi.
Keputusan ini juga akan menyaksikan Muhyiddin berhadapan risiko seperti mana Timbalan-timnbalan Presiden UMNO terbuang sebelum ini. Sama ada mereka dimalukan seperti Tun Musa Hitam atau berhadapan dengan pemecatan dari parti seperti mana Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sudah membuktikan beliau bersedia bertindak drastik, “kejam” dan kasar jika ia perlu untuk menang dalam pilihan raya akan datang.
Kedua, Muhyiddin atas sikap sayangkan parti membuat keputusan melepaskan jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO bagi memberi laluan Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memangku dan menyusun semula UMNO bagi berhadapan pilihan raya umum.
Dengan cara ini beliau boleh sahaja kembali mencabar kepimpinan parti jika Barisan Nasional mendapat keputusan yang lebih buruk atau bersara secara terhormat.
Muhyiddin boleh menurut jejak langkah Musa Hitam dan Anwar Ibrahim menentang UMNO. Kita tahu di mana dan apa pencapaian mereka hari ini.
Namun Muhyiddin juga berhadapan dengan faktor usia. Pada usia 69 tahun, Muhyiddin tidak mempunyai kelebihan faktor usia seperti mana Musa dan Anwar untuk terus kekal relevan dalam jangka masa yang panjang.
Dalam mesyuarat UMNO Bahagian Pagoh tahun lalu, Muhyiddin menyatakan ini merupakan penggal terakhir beliau sebelum bersara. Namun peluang yang terhidang sejak 6 bulan lalu mengubah persepsi Timbalan Presiden UMNO.
Muhyiddin mungkin menyangka ada peluang mencabar kepimpinan Mohd Najib dan merampas kepimpinan. Beliau juga mungkin diberi gambaran salah oleh kumpulan Tun Mahathir bahawa mereka mempunyai cukup kekuatan dan kemampuan untuk menjayakan konspirasi menjatuhkan Najib.
Namun pemilihan telah ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya. Penangguhan ini turut dipersetujui oleh beliau.
Muhyiddin mungkin berharap jika diasak cukup kuat oleh beliau, Shafie Apdal dan Tun Mahathir, Mohd Najib akan berundur secara sukarela dan memberi lalu “permaidani merah” kepadanya. Namun jelas ia tidak berlaku.
Sebaliknya Mohd Najib mengadakan rombakan bagi mengukuhkan pasukan pentadbirannya dan tiada siapa pernah terfikir Perdana Menteri yang diejek lembik dan lembut ini menggugurkan Timbalan Presiden dan seorang Naib Presiden.
Justeru, pilihan terbaik buat Muhyiddin ialah bersara secara terhormat dan menanti peluang untuk membuat “comeback” jika ada peluang.
Apapun keputusan terletak kepada Muhyiddin sama ada mahu mencari jalan penuh risiko pada usia 69 tahun, atau mencari jalan damai dan akan dikenang ramai sebagai “orang parti tulen” seperti mana allahyarham Tun Ghafar Baba
5 comments:
I wish him to continue saving Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh, yang benar tetap benar, yang salah akan kekal bersalah. Di dunia mungkin akan terlepas, di atas kelak, jawablah sendiri.... Ya atau tidak??? Matlamat tak menghalalkan cara...Allah tak mungkin dapat di tipu..... Salam talkin untuk jemaah menteri yang bersengkongkol.....
Kepala Hotak Hang!!
Ha ha ha
Kena buat pemilihan UMNO x boleh tangguh.
Hari sewaktu keputusan dibuat TMY masih dlm kabinet. Kalau tiada pemilihan, bermakna ini milage utk Najib dan tidak adil buat TMY.
Biar perwakilan UMNO decide siapa sepatutnya jd Presiden UMNO dn PM Malaysia.
Eluk TMY bersara dari politik dan tumpu pada pembangunan insan dan agama, serta berkhidmat pada masyarakat. Itu lebih baik memandangkan usianya. Apa yg berlaku tu mungkin juga kifarah atau ujian, bertenanglah. Dia pun dah puas berpolitik dah, cukuplah. Didiklah orang lain untuk pengganti pemimpin akan datang.
Post a Comment