Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, July 09, 2015

BAGAIMANA HUBUNGAN NAJIB DAN TIMBALANNYA SEKARANG???


Dua tiga hari ini beberapa acara yang dihadiri Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri menyaksikan lebih ramai wartawan yang membuat liputan dari biasa. Semua menunggu kalau-kalau ada apa-apa 'breaking news' . Apa lagi kalau bukan pasal isu 1MDB dan sewaktu dengannya.

Pada Rabu, semalam saja, Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu muka dalam tiga acara, sebelah pagi mesyuarat Kabinet, awal petang menyerahkan 81 fellow perdana kepada menteri-menteri Kabinet di Putrajaya (pelajar terpilih bekerja sementara di pejabat menteri) dan lewat petang di program berbuka puasa bersama warga pendidik di Bangi.

Kedua-duanya nampak mesra, relaks dan tidak kekok. Dalam kata mudahnya berlawanan dengan apa yang cuba dipotretkan oleh portal berita dan geng media sosial 'belah sana' yang saban hari cuba melaga-lagakan pemimpin nombor satu dan dua kerajaan dan UMNO itu.

Kemelut melibatkan syarikat pelaburan strategik negara 1MDB cuba dijadikan alasan untuk meretakan hubungan antara Najib dan Muhyiddin.


Ada yang kata jika sumber bacaan isu semasa negara hanya dari portal berita 'belah sana'... memang terasa kerajaan hendak runtuh sangat-sangat dah. Hanya tunggu masa.

Macam-macam cerita dan spekulasi dibuat menjurus kepada Muhyiddin 'tidak ngam' bosnya.

Tapi bagi yang melihat dari dekat 'seni politik' kedua-duanya, faham sangat bahawa segala yang disebar itu hanya terlebih gempaq sahaja.

Hubungan keduanya mesra dan saling hormat menghormati.

Pada majlis berbuka puasa warga pendidik bersama Perdana Menteri di Institut Pendidikan Guru di Bangi lewat petang Rabu, Najib dan Muhyiddin nampak santai dan relaks berbual-bual sepanjang majlis.

Mereka berbuka bersama, solat Maghrib dan kemudiannya berucap.

Muhyiddin selaku Menteri Pendidikan memuji Najib yang memberikan penekanan khusus kepada kementeriannya.

Beberapa kali dalam ucapan ringkasnya, beliau mengucapkan terima kasih kepada Najib.

Ramah tamah Muhyiddin kemudiannya disambut Najib dalam ucapannya yang menghargai peranan Muhyiddin meneruskan beberapa inisiatif yang pernah diperkenalkannya semasa menjadi menteri pendidikan, antaranya menjaga kebajikan para guru.

"Apa yang saya rasa bangga ialah terdapat kesinambungan perjuangan dalam usaha memajukan bidang pendidikan negara antara saya dan Tan Sri Muhyiddin.

"Sebahagian inisiatif yang saya mulakan telah disambung oleh Tan Sri Muhyiddin malah berjaya mengangkat bidang ini ke tahap lebih tinggi lagi membanggakan," kata Najib.

Mereka berdua kemudiannya sembayang Isyak dan terawih bersama sebelum menyertai warga pendidik untuk jamuan moreh dan Najib pulang tepat jam 10.40 malam.

Muhyiddin menghantarnya sampai ke kereta dan dilihat gurau lagi dengan bosnya sebelum Najib menaiki kenderaannya.

"Tidak ada yang pelik, semua macam biasa..." kata seorang pegawai Muhyuddin mengulas mengenai jadual hariannya kini.

Cuma baik mereka yang rapat dengan Najib atau Muhyiddin, lebih banyak berdiam diri dari mengulas perkara-perkara yang dianggap sensitif, mungkin mengelak untuk disalah fahami.

Seorang aktivis politik memberitahu Agendadaily, dari pemerhatian beliau melihat orang-orang yang dipanggil bertemu Najib di rumah... "kedudukan Najib kukuh,"katanya.

"Pembangkang terlalu memandang rendah keupayaan dan pengalaman Najib selaku ahli politik, selepas lebih 40 tahun bergelumang dengan sepak terajang UMNO... Najib tahu 'suis' mana hendak petik, pada ketikanya..." ujar beliau. --HELME HANAFI

1 comment:

jgn jadi bodoh!!! said...

KUALA LUMPUR: Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan dua akaun bank atas nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di AmBank Islamic tidak dibekukan kerana akaun itu telah ditutup.

Beliau bagaimanapun menambah semua dokumen berkaitan dengan dua akaun itu kini ada dalam tangan pasukan penyiasat khas yang dibentuk bagi menyiasat dakwaan pemindahan dana berjumlah lebih RM2 bilion ke akaun Perdana Menteri.

Katanya, dua akaun tersebut ditutup pada 30 Ogos 2013 dan 9 Mac 2015.

#pecatjibby
#pecatpenjilatbodohjibby
#pemutihanUmno

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa