Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, July 20, 2015

SIAPA 10 ORANG YANG TERLIBAT JATUHKAN PERDANA MENTERI???


Warganegara Switzerland, Xavier Andre Justo yang akan didakwa kerana memeras ugut bekas majikannya, mendakwa kira-kira 10 orang telah membeli dokumen daripadanya untuk menyerang Perdana Menteri.

"Dia telah mengaku segala-galanya. Dia telah memberikan kita kerjasama yang sangat baik...setiap dokumen, walaupun dari dalam telefon bimbitnya," kata jurucakap polis Thailand Lt Jen Prawuth Thavornsiri dipetik The Straits Times.

Justo dilaporkan menjual data yang telah diambil dari PetroSaudi kepada kumpulan tersebut, termasuk tokoh-tokoh media dan seseorang daripada pihak Perdana Menteri sendiri.

Antaranya adalah seorang wanita yang dilahirkan di Malaysia dan telah berpindah ke Britain.


"Beliau mempunyai blog berita," kata Lt Jen Prawuth.

Ditanya sama ada blog itu adalah laman Sarawak Report, beliau berkata: "Mungkin. Saya tidak menyebutnya, anda menamakannya."

"Laman web itu mempunyai data yang diubah untuk menjatuhkan PM," katanya.

Lt Jen Prawuth berkata beliau tidak boleh menyebut namanya.

Tetapi beliau berkata Justo telah bertemu dengan 'ramai orang, kira-kira 10 orang, daripada media dan dari kalangan politik, walaupun daripada parti yang sama dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lt Jen Prawuth berkata Justo bertemu wanita yang dilahirkan di Malaysia selama tiga kali di Thailand, dan juga di Singapura, untuk 'rundingan'.

Pada tahap terakhir rundingan, apabila kumpulan itu mengesahkan bahawa fail Justo terkandung maklumat yang mereka mahu, mereka membincangkan bagaimana untuk membuat bayaran kepadanya.

Bukti yang didakwa daripada Justo termasuklah transkrip penuh dengan semua perbualan WhatsApp beliau dengan kumpulan itu semasa rundingan dan perbincangan mereka tentang bagaimana beliau akan dibayar.

Beberapa pertemuan dilaporkan telah diadakan di Singapura.

"Cara pembayaran adalah cara yang sama seperti yang dilakukan kumpulan pengubah wang haram", kata Lt Jen Prawuth.

Semua butiran ini 'semestinya berguna' kepada polis Malaysia, katanya.

"Kes ini sepatutnya perlu dilaporkan di Singapura kerana pengubahan wang haram untuk menyerang PM bermula di Singapura," katanya.

"Jika polis Singapura meminta saya untuk keterangan (melalui) protokol hal ehwal asing, saya boleh menghantarnya."

Polis Thailand menahan Justo di rumah mewah beliau di pulau peranginan Koh Samui pada 22 Jun lalu.

Lelaki berusia 49 tahun itu telah bekerja untuk PetroSaudi pada 2010-2011, kata Lt Jen Prawuth.

"Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu adalah kawan rapat Xavier. Saya tidak tahu apa konflik mereka. Dia (Justo) meninggalkan syarikat dan meminta wang daripada syarikat.

"Syarikat itu membayarnya kira-kira empat juta franc Switzerland pada masa dia meninggalkannya.

"Selepas dua tahun Xavier menghubungi CEO itu lagi dan meminta sedikit wang lagi. Sebelum dia pergi, dia telah membuat salinan setiap e-mel syarikat dari pelayan.

"Pada tahun 2013 dia menghubungi syarikat itu dan berkata, saya tahu semua rahsia anda, dan saya mahu AS$2.5 juta."

"Apabila PetroSaudi menolak permintaannya, Justo kemudian menghampiri kumpulan yang lain," kata Lt Jen Prawuth.

Justo akan didakwa kerana peras ugut, kata Lt Jen Prawuth kepada The Straits Times.

"Ugutan itu berlaku di Thailand, jadi kami hanya mempunyai skop untuk itu."

Pada 3 Julai, The Wall Street Journal dan Sarawak Report mendakwa AS$700 juta yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib sejak dua tahun yang lalu.

Perdana Menteri, yang digesa meletak jawatan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menafikan pernah menggunakan dana negara untuk 'kepentingan peribadi'.

Najib telah menuduh Dr Mahathir bersekongkol dengan media antarabangsa untuk menjatuhkan kerajaan melalui sabotaj politik.

1 comment:

Anonymous said...

Nampak gayanya...para pendengki najib telah ditipu oleh penipu jugak rupanya....hehehe
Atau cuba menipu utk memalukan dan memfitnah najib...kesian.
Najib bukannya tun...tun bolehlah buat sukati krn dia ada ISA dan bijak spin balik.Najib bukan bodo krn dia sedar dia sentiasa diperati sejak dia silap bubarkan ISA.Lagipun skrg zaman IT dan semua pihak bijak mgguna n menyalahguna.Zaman tun mana ada semua itu..klu tun jadi pm skrg pon terlondeh jugak dek penangan para pembangkang yg hebat dgn putar belit n blogger2 pro pr yg anti setiap cdgn kerajaan.Ntah2..tun jadi tertekan asyik menjwb segala tuduhan dan tohmahn.
Dari segi membalas tuduhan n tohmahan...najib mmg lemah tapi baik dia buat keja dpd bnyk melayan perkara2 tersebut tetapi jangan leka sgt nanti rakyat percaya!!!
Kpd rakyat...kita teruskan kehidupan kita dgn aman dan harmoni dpd melayan karenah manusia2 yg gila nk berkuasa n merebut putra jaya nie.Biar kita tonton dan saksikan gelagat2 mrk sehingga pru14...Ketika itu nanti barulah kita fikir sapa layak n sapa tak layak duduk di putra jaya.Kita tengok sapa yg bekerja utk rakyat dan sapa yg habiskan masa buat tohmahan dan fitnah spjg hayatnya..Kita nilai dan kita setkan minda utk kesejahteraan negara.Iyelah...kdg2 muak n bosan dgn badut2 sarkis nie....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa