Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, July 21, 2015

PENGARAH SYARIKAT DITAHAN BERKAITAN 1MDB


Seorang pengarah syarikat pembangunan hartanah swasta menjadi individu pertama ditahan reman oleh Pasukan Petugas Khas yang dibentuk untuk menyiasat kes berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Isnin dan hari ini direman empat hari bermula Selasa bagi membantu siasatan.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Lau Eric di Mahkamah Majistret Putrajaya sebentar tadi.


Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, anak guamnya ditahan reman selama empat hari berkaitan isu berkepentingan nasional.

"Mereka memohon untuk direman tujuh hari tetapi majistret membenarkan empat hari sahaja," katanya.

Awal Julai lalu, Peguam Negara, Abdul Tan Sri Abdul Gani Patail; Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed mengumumkan pembentukan Pasukan Petugas Khas itu untuk menyiasat isu berhubung 1MDB.

Sebalum ini, 1MDB mengesahkan pegawai daripada Pasukan Petugas Khas yang sedang menjalankan siasatan terhadap syarikat pembangunan strategik kerajaan itu, datang ke pejabatnya 8 Julai lalu.

"Kami menyerahkan kepada mereka beberapa dokumen dan bahan berkaitan bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan sekarang," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

1MDB berkata ia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pasukan Petugas Khas itu dan semua pihak berkuasa undang-undang.

"Kami mengulangi pendirian kami sebelum ini bahawa sekiranya terdapat salah laku dan penyelewengan, tindakan perlu diambil berlandaskan undang-undang negara," kata syarikat itu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa