Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, September 04, 2015

FITNAH MELANDA LAGI:TUJUH PEMIMPI UMNO AKAN DIPECAT!!!???



Pada zaman ini dimana ramai asyik bergayut pada handphone dan melayari internet sekelip mata saja siapa saja boleh cetuskan khabar angin yang merebak luas.

'Tembak' satu cerita,lempar masuk mana-mana whatsapp group maka akan menjalar dengan pantas hingga kerap kali ada kisah orang yang segar bernafas terkejut dia dikhabarkan sudah dikuburkan.

Terbaru paling hangat ialah penyebaran di media sosial senarai tujuh orang pemimpin UMNO konon akan dipecat pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang akan diadakan pada Rabu,9 September ini.

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO sepatutnya diadakan pada 31 Julai lalu.Namun ia dibatalkan  kerana dikatakan untuk sejukan keadaan selepas rombakan kabinet dibuat.

Rombakan itu agak panas bila melibatkan penguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Macam mana senarai yang disebar tak jadi panas.Ia membariskan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO,Shafie Naib Presiden dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.


Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baru,Datuk Aziz Sheikh Fadzir,Ketua UMNO Bahagian Kemaman,Datuk Ahmad Said,bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO,Datuk Hamidah Osman dan Ketua UMNO Bahagian Sepanggar,Sabah,Datuk Jumat Idris.

Jika betul bagai disebar UMNO/BN akan kehilangan empat kerusi Parlimen yakni Muhyiddin di Pagoh,Johor ,Shafie di Semporna,Sabah,Aziz di Kulim Bandar Bharu,Kedah dan Jumaat di Sepanggar,Sabah.

Dua kawasan Dewan Undangan Negeri pula Ahmad Said di Kemaman,Terengganu dan Mukhriz di Air Hitam,Kedah.

Sekalipun tidak diketahui siapa yang 'tembak' tetapi penyebaran senarai itu telah mencetuskan tandatanya.Betulkah?

Ada yang berkata mana lojiknya cerita yang disebar berasaskan situasai politik semasa.

Dalam pada itu ada juga yang merasa cerita itu sengaja 'ditembak' oleh pihak tertentu untuk menghangat suasana dalam UMNO menjelang mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

Apapun ia telah mendorong Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia,Tan Sri Mohamad Aziz yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Johor adakan sidang akhbar Khamis mengenai hal berkenaan.

Beliau antara lain kata jika benar Majlis Tertinggi 9 September ini hendak ambil tindakan memecat atau gantung keahlian Muhyiddin dan Shafie ia keputusan tidak bijak dan tentu akanm mencetuskan kemarahan ahli parti.

Mukhriz pula yang ditemui wartawan selepas satu majlis di Alor Star Khamis enggan mengulas mengenai kisah kononnya beliau akan dipecat dari parti itu.

Katanya setakat ini beliau sendiri belum dapat apa-apa makluman dari UMNO Pusat mengenai hal berkenaan.

"List ni macam-macam, ...tetapi selagi benda itu tak jadi kenyataan, saya tak boleh la nak bagi respon.

"Saya sendiri ada tengok macam-macam dihantar melalui WhatsApp dan sebagainya, tetapi setakat ini belum ada apa-apa kenyataan daripada mana-mana pihak khususnya pimpinan UMNO Pusat,"katanya.

Sementara itu Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga ditanya wartawan semasa satu majlis di Batu Pahat Khamis.

Baginya senarai yang disebar itu konon Muhyiddin dan Shafie hendak dipecat atau digantung keahlian UMNO adalah khabar angin yang tidka berasas.

"Jika ada pihak tertentu yang mahu terus percaya khabar angin berkenaan, terpulanglah tapi saya sendiri pun masih tidak tahu apa agenda mesyuarat ( Majkis Tertinggi UNNO )  itu nanti.

"Malah mesyuarat Majlis Tertinggi juga sebenarnya adalah tertutup dan apa saja agenda yang dibincangkan juga tidak perlu dibincangkan umum, jadi saya nasihatkan tidak perlulah sebar khabar angin yang bukan-bukan seperti ini," katanya.

Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Jalil pula ingatkan ahli UMNO tidak terpengaruh dengan penyebaran senarai seumpama itu.

Ketika ditanya mengenainya dalam sidang akhbar selepas Ketua-ketua Wanita UMNO Bahagian adakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC Khamis,beliau berkata," kalau lihat trend sekarang setiap hari ada senarai baru."--AD

2 comments:

Anonymous said...

Kalau x de apa2 pemecatan nafikan saja sudahlah. Supaya keadaan tenang. Orang yg sebar fitnah tu patutlah dicari dan didakwa dimahkamah.

Anonymous said...

Pecat memecat dlm parti x sepatutnya dilakukan kerana menghormati suara rakyat, kecuali melanggar disiplin parti macam Anina yg terlucut keahliannya. Tapi kalau tindak tanduk ahli tu memang memudaratkan, ia patut dibicarakan dalam jawatankuasa disiplin parti terlebih dahulu. Ini maknanya demokrasi dalam parti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa