Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, September 03, 2015

TUN M AKAN DIDAKWA MAHKAMAH KERANA SEBAR FITNAH!!!


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana jenayah fitnah, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Seksyen 500 Kanun Keseksaan pernah digunakan terhadap penulis blog, Raja Petra Kamaruddin pada 2008 kerana menfitnah mengaitkan tiga nama dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Mengikut Seksyen 500 ini, jika sabit kesalahan iaitu melakukan fitnah jenayah dengan niat jahat boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurut Khalid, keterangan Dr Mahathir akan diambil tidak lama lagi susulan berikutan laporan yang dibuat seorang Ketua Pemuda UMNO.

“Nanti polis akan panggil.


“Saya percaya dia sudah tahu mengenai perkara ini dan saya akan maklumkan kepadanya nanti,” katanya selepas merasmikan Ifsec di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pagi Khamis.

Ditanya sama ada Dr Mahathir akan mendapat keistimewaan berhubung siasatan itu. Ini jawapan beliau.

"Saya tidak mahu membincangkan perkara itu sekarang. Memang kita akui beliau adalah negarawan dan kita perlu jaga Negarawan sebaiknya," kata beliau.

Bagaimanapun , polis perlu melakukan tindakan susulan atas setiap laporan dibuat.

"Laporan polis telah dibuat dan satu kesalahan berlaku, jadi mengikut Operasi Prosedur Standard, SOP, kita akan lakukan (siasatan) itu," jelas Khalid.

Sementara itu, Khalid menegaskan lebih ramai individu akan dipanggil memberi keterangan susulan penglibatan dalam himpunan Bersih 4.0 pada Sabtu dan Ahad lalu.

Menurutnya, satu pasukan khas ditubuhkan bagi meneliti gambar dan rakaman video untuk mengenal pasti mereka yang melakukan kesalahan.

“Kita tidak akan berdiam diri kerana mereka telah melakukan kesalahan,” katanya ketika mengulas tindakan penganjur yang berkeras mengadakan himpunan walaupun ianya telah dikatakan sebagai himpunan haram.

Beliau turut menganggap tindakan peserta Bersih 4 memijak gambar pemimpin dan melakukan beberapa kesalahan lain adalah tidak bertamadun.

“Tindakan seperti itu boleh membangkitkan kemarahan bangsa lain dan saya berharap mereka ini lebih sensitif kerana kita hidup dalam negara berbilang kaum dan bangsa,” katanya.-3/9/2015

Polis nak tahu pasal dakwaan Dr Mahathir Ketua UMNO Bahagian terima rasuah

Selain geng penganjur Bersih 4,polis juga akan panggil Tun Dr Mahathir Mohamad beri keterangan berhubung kehadiran beliau semasa perhimpunan haram Bersih 4.

Bekas Perdana Menteri itu hadir dua kali.Pertama seketika pada petang Sabtu dekat Dataran Merdeka dan kedua petang Ahad di Pasar Seni dimana beliau turut berucap dan beri sidang akhbar.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kata  polis hendak merakam keterangan beliau dan juga mahu mengetahui dari mana maklumat yang diperoleh mengenai dakwaan rasuah yang diterima Ketua Bahagian UMNO.

Dr Mahathir membuat dakwaan berkenaan dalam ucapanya beliau di Pasar Seni.

Khalid memberitahu demikian dalam sidnag akhbar pada Majlis Memperingati Hari Polis Marin ke-68, di Markas Polis Marin Pelabuhan Klang.

Beliau juga mengesahkan sudah panggil penganjur Bersih 4bermula hari ini untuk dirakam keterangan. - 

3 comments:

Anonymous said...

cepat & cekap, persoalan orang ramai masih tak jawab lagi:

bila pula nak dakwa Jho Low, pembunuh Najadi, 1MDB?

Anonymous said...

Silap2 dah trmakan umpan TDM...

Anonymous said...

Baru siasat laa...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa