Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, September 10, 2015

PENGAKUAN MUHYIDDIN YASSIN DALAM MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI UMNO SEMALAM


Konspirasi Ramai yang menjangkakan Timbalan Presiden Umno yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin Umno akan dipecat hari ini. Itulah khabar angin yang tersebar dan dimainkan oleh media beberapa hari lalu.

Ini yang dilaporkan oleh The Star :

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal mengekalkan jawatan mereka dalam Umno, menamatkan spekulasi bahawa mereka akan dipecat susulan penyingkiran dari Kabinet, dua bulan lalu.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kedua-dua Timbalan Presiden Muhyiddin dan Naib Presiden Shafie menyatakan komitmen sepenuhnya kepada parti dan beliau menghargai kehadiran mereka pada mesyuarat Majlis Tertinggi, pada Rabu.

“Mesyuarat itu berlangsung dalam suasana yang menyenangkan dan semua orang menunjukkan semangat setiakawan. Kedua-duanya juga meluahkan kesetiaan kepada parti dan akan memastikan ia akan menang pada pilihan raya umum akan datang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

Najib juga memaklumkan mesyuarat selama empat jam itu turut menyentuh mengenai isu 1Malaysia Development Berhad, di mana kerajaan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikannya.

“Kita telah meminta masa selama enam bulan untuk pelan rasionalisasi 1MDB, dalam usaha ia mengurangkan hutangnya. Setakat ini kita telah menerima tawaran yang menggalakkan tetapi saya tidak boleh menyebutnya, kerana ia masih dalam proses. Sebaik tamat, saya akan membuat pengumuman rasmi,” katanya.

Apa yang tidak dilaporkan oleh The Star adalah Muhyiddin memaklumkan kepada Majlis Tertinggi Umno bahawa beliau menyedari mengenai konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Tun Razak namun beliau tidak terlibat atau menjadi sebahagian daripada konspirasi berkenaan.

Dari satu segi, Muhyiddin mengesahkan apa yang dinafikan beberapa bulan lepas – terdapat konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Dan konspirasi ini melibatkan beberapa agensi atau individu dari beberapa agensi, seperti SPRM, AGC, BNM, PDRM dan lain-lain.


Dalam pada itu, KPN telah mengumumkan bahawa PDRM telah melancarkan siasatan terhadap konspirasi untuk menumbangkan kerajaan. Ia disiasat bukan hanya konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri tetapi juga konspirasi untuk menumbangkan seluruh kerajaan.

Apa yang menariknya ialah Muhyiddin mengakui beliau menyedari mengenai konspirasi ini, beliau tidak menjelaskan kenapa beliau berdiam dan tidak membawa perkara ini kepada perhatian Perdana Menteri memandangkan nombor dua sepatutnya melindungi nombor satu.

Ia sama seperti pengawal keselamatan di sebuah bank memberitahu polis bahawa dia menyedari mengenai rompakan akan berlaku tetapi tidak terlibat dalam rompakan itu – dia tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan rompakan tersebut.

Apakah sebabnya Muhyiddin mengunci mulut? Adakah mereka mengugutnya jika beliau mendedahkan konspirasi itu, maka beliau juga akan digulingkan? Atau adakah beliau dijanjikan akan mendapat manfaat dengan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya konspirasi itu berjaya.

Bagaimanapun, jika mereka meneruskan rancangan untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen bulan depan, jawapan kepada persoalan itu akan terjawab. Jika Muhyiddin enggan menyertai undi berkenaan maka beliau semestinya tidak terlibat, atau menjadi sebahagian daripada konspirasi tersebut. Tetapi jika beliau menyertainya, maka Muhyiddin bersama dengan kumpulan anti-Najib.

The Wall Street Journal telah menerbitkan satu lagi artikel mengenai 1MDB berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada PAC. Ia menunjukkan bahawa seseorang dalam PAC menjual maklumat kepada Wall Street Journal untuk jumlah yang banyak, tetapi ia masih belum ditentukan lagi.

Sudah tentu suspek utama adalah Tony Pua, dari DAP. Tidak syak lagi ia masih hanya syak wasangka dan polis memanggilnya untuk merakamkan keterangan. Tetapi di Malaysia, anda dianggap bersalah kecuali anda dapat membuktikan anda tidak bersalah. Malah Perdana Menteri sendiri tertakluk kepada standard pengadilan di Malaysia.

Maka sehingga atau kecuali Tony Pua boleh membuktikan bukan beliau yang menjual maklumat sulit PAC kepada Wall Street Journal maka kita boleh menganggap beliau sebagai bangsat yang menggunakan kedudukan dalam PAC untuk membuat wang. Inilah bagaimana sistem keadilan di Malaysia berfungsi walaupun bagi Perdana Menteri. – Raja Petra Kamarudin.

1 comment:

Unknown said...

as salam sahabat
mohon link blog
http://semutogel.blogspot.my/
tkasih sahabt

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa