Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, October 06, 2015

TUJUH PEMIMPIN UMNO DIPANTAU


APA BARANG PANTAU???
BUKAN KITA SEMUA TAK TAU SIAPA MEREKA TU??
BUAT APA SIMPAN SI KITOL INI SEMUA DALAM PARTI?
NANTI PASAL MEREKA-MEREKA NI, LEBIH RAMAI AHLI MARAHKAN PARTI..
BAIK BUANG CEPAT..
LEMBAGA DISIPLIN BUAT KERJA SIKIT LER...
JANGAN NAK TUNGGU ORANG LAPOR BARU NAK BERTINDAK...


Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu sekurang-kurang tujuh orang pemimpin UMNO sedang dipantau.

Katanya jika perlu kertas siasatan akan dikemukakan kepada Lembaga Disiplin parti untuk tindakan selanjutnya.

Jawab soalan berkaitan hal berkenaan selepas satu majlis di Kuala Lumpur Isnin,beliau bagaimanapun tidak menyebut tujuh nama pemimpin UMNO yang sedang dipantau oleh ibu pejabat parti itu.

Beliau juga tidak jelaskan sebab-sebab mereka dipantau.

Namun ia dipercayai ada kaitan dengan tindak tanduk dan kenyataan mereka yang berkenaan yang menjejaskan parti.


Tengku Adnan yang lebih dikenali sebagai Ku Nan memberitahu Datuk Saifuddin Abdullah yang menghadiri program pembangkang baru-baru ini telah menjawab surat tunjuk sebab dengan mengemukakan beberapa persoalan padanya.

"Saya serahkan pada peguam saya untuk jawab dan kita akan serahkan kertas siasatan kita bersama surat beliau (Saifuddin) itu pada Lembaga Disiplin, " kata Ku Nan.

Mengulas tentang program anjuran UMNO Cawangan Bandar Taman Cempaka bersama Tun Mahathir, Ku Nan berkata, beliau telah meminta penjelasan daripada Ketua UMNO Bahagian Pandan mengenai perkara itu yang dianggapnya mengeruhkan lagi keadaan dalam parti.

Sebelum itu beliau bertekad untuk terus melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai Setiausaha Agung parti walaupun mula diserang oleh Tun Mahathir melalui blognya hari ini.-5/10/2015

Ku Nan juga menasihati Tun Mahathir agar tidak terus menganggu kepimpinan Datuk Seri Najib kerana masa beliau sudah habis.

"Sudah, sudahlah biar kita dalam UMNO selesaikan masalah," katanya.

Beliau juga memaklumkan Majlis presiden telah buat keputusan bersetuju agar Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama pemimpin-pemimpin lain untuk turun ke setiap negeri memberi penjelasan pada ahli UMNO empat peringkat dahulu memperjelaskan tentang isu-isu apa yang berlaku sekarang ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa