Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, October 07, 2015

KALAU MEMANG DASAR MUKA TAK TAHU MALU!!!



Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menegaskan, pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) tidak mempunyai hak untuk menuntut sebarang ‘harta sepencarian’ selepas keluar daripada Pas.

Sambil menyifatkan tuntutan Amanah itu sebagai tidak masuk akal, beliau berkata, parti tersebut sepatutnya tidak menimbulkan soal tersebut kerana mereka sebenarnya tidak mempunyai apa-apa harta untuk dituntut daripada Pas.

Pada masa sama, beliau juga menegaskan bahawa dua markas di Pontian dan Bakri, Johor adalah milik Pas kerana telah diwakafkan kepada parti itu selama ini.

“Mana ada harta sepencarian, harta Pas, harta Pas, tidak ada kena-mengena dengan Amanah. Saya juga tidak faham apa maksud dia (Amanah) mengenai ‘harta sepencarian’.

“Amanah juga tidak mempunyai hak menuntut apa-apa kerana keluar daripada parti (Pas). Tindakan Amanah itu tidak betul, kalau begitu semua orang yang keluar daripada parti bolehlah tuntut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Beliau mengulas mengenai tindakan Amanah yang menuntut ‘harta sepencarian’ termasuk mengambil alih dua markas Pas iaitu di Pontian dan Bakri, Johor yang selama ini diwakafkan kepada parti itu.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad memaklumkan bahawa parti itu telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Aset yang terdiri daripada kalangan peguam dan perunding hartanah bagi menangani isu membabitkan ‘harta sepencarian’ di Johor.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai masalah Pas Kelantan yang diserang dari dalam, Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, situasi tersebut sepatutnya tidak berlaku sekiranya pemimpin menghormati perjuangan parti.

Beliau yang tidak merujuk mana-mana pemimpin Pas negeri ini berkata, di dalam sesebuah organisasi, sekiranya tidak berpuas hati dengan sesuatu isu perlu melalui saluran yang betul termasuk dengan mengadakan perjumpaan.

“Kalau ada benda yang inginkan penjelasan, tidak puas hati, datang berjumpa, kita ikut saluran yang betul. Apa yang penting bukan dengan cara menyerang melalui media sosial atau siaran akhbar, ini bukan caranya,” katanya.

Utusan.

1 comment:

Anonymous said...

KORANG (AHLI2PAS) JUGAK YG MENATANG / MEMUJA-MUJA MAT SABU DENGAN MENENDANG KELUAR NASARUDDIN MT ISA. MAT SABU DAPAT GELARAN AYAM TAMBATAN PAS/ARUAH NIK AZIZ"CUKUP SAYANG" MAT SABU, AKHIRNYA TERBONGKAR JUGA PERANGAI BURUK MAT SABUN NI. PERANGAI PELEK YG TAK PERNAH DIBUAT OLEH MANA-MANA ORGANISASI.PAS KALAH DIKEDAH DAN DI TERENGGANU, TAK PULAK TUNTUT "HARTA SEPENCARIAN". ITULAH AKIBAT DAN PADAH PAS MENYOKONG ORANG YANG DIDAKWA PEJUANG ISLAM "PADA SATU KETIKA DULU".

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa