Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, December 15, 2014

WAJIB BACA:MUDAHNYA UMNO TERTIPU DENGAN MUSLIHAT PEMBANGKANG






‘Melayu mudah lupa’ antara kata-kata yang mengendang telinga ahli UMNO sejak 20 tahun yang lalu. Seharusnya kita merenung betapa mudahnya parti UMNO yang keramat ini boleh ditipu oleh pihak pembangkang.

Megah berdiri sebagai tulang belakang kerajaan sejak merdeka. Tidak dinafikan pengaruhnya dalam arena politik negara tidak kira dalam Barisan Nasional atau Pembangkang, UMNOlah parti yang disegani dan dikecami. Semua orang sedar lemahnya UMNO maka lemahnya Barisan Nasional.

Ahli biasa yang tidak memegang jawatan juga mempunyai suara dalam parti UMNO, bukan hanya ketua atau timbalan ketua yang dapat mencorakkan agenda parti, itulah keistimewaan parti ini. Bila disebutkan tentang peremajaan UMNO sudah pasti ini merupakan langkah yang baik, tetapi kita harus ingat usia tidak menjanjikan pembaharuan malah apa yang lebih dialukan adalah keikhlasan dalam perjuangan.

Pihak pembangkang tidak pernah sekuat kini dalam sejarah politik negara. PKR yang tidak pernah menyumbang apa-apa kepada negara boleh muncul bagi menyatukan PAS dan DAP yang semestinya musuh ketara dari segi ideologi. Keretakkan mereka hanya menunggu rebah dan kini kita dapat melihat betapa gagalnya perkahwinan mu’taah mereka.

Kegagalan pemimpin tertinggi PKR, DAP dan PAS untuk mengadakan perjumpaan sejak bulan Mei akibat pergolakkan krisis Menteri Besar Selangor dan kes liwat ketua pembangkang sememangnya telah melemahkan Pakatan Rakyat. Tetapi UMNO tidak sedar bahawa dalam pergolakkan mereka telah lahirnya idea bahawa cara terbaik untuk selindung kelemahan pembangkan adalah dengan mencipta pergolakkan dalam UMNO.

PKR ini bukan sebarang parti, lebih 70 peratus kepimpinan mereka bekas ahli UMNO. Mereka juga tahu siapa dalam UMNO boleh diguna pakai untuk melemahkan parti. Yang amat sedih adalah ahli-ahli itu sendiri telah tertipu dengan agenda mereka. 

Kita dapat lihat dengan penggunaan kes 1MDB, dimana pihak pembangkang berjaya menghebohkan kes ini sehingga timbalan ketua bahagian UMNO sendiri melakukan laporan polis terhadap 1MDB, malah pihak pembangkang pun tidak pernah melakukan sedemikian.   

Sedarlah bahawa kemenangan UMNO pada PRU-14 tidak terjamin dan paling menyedihkan adalah di waktu pembangkang begitu lemah dengan pelbagai masalah, UMNO tertipu dengan permainan mereka. 

Sedarlah bahawa bangsa-bangsa lain melihat dengan penuh gelak ketawa dengan penikaman UMNO tersendiri.

Sedarlah diwaktu ekonomi negara tidak menentu dan sokongan pengundi baru harus dimenangi, UMNO masih berpolitik semasa sendiri. Cukuplah dengan niat jatuh-menjatuhkan pemimpin kita. Sedarlah bahawa ahli UMNO harus memahami pelan transformasi ekonomi dan politik kerajaan bagi meyakinkan rakyat bahawa Malaysia dilandasan yang betul dan boleh menangangi krisis ekonomi yang bakal melanda.

Janganlah kita tertipu dengan muslihat pembangkang dengan isu-isu seperti menyoalkan institusi raja-raja Melayu, kedudukan Islam dan 1MDB. Satukanlah perjuangkan kami, ingatlah musuh kami sebenar di luar sana, pihak pembangkang senyum melihat UMNO menunding jari dan menikam sesama sendiri. 

Sudahlah, tiada masa lagi untuk parti keramat UMNO ini berpolitik semasa sendiri dan janganlah kita tertipu dengan sandiwara pihak lawan.

2 comments:

Anonymous said...

org melayu baru sedar dari tidur yang panjang ke?

Anonymous said...

Kalau bukan kerana peneraju umno begitu lemah dalam segala aspek, terlalu lembab menangani isu sensitif, terlalu takut kehilangan cina serta berkelakuan begitu menjolok mata didalam membanteras isu rasuah... tidak kita ingin menderhaka.
Masih ada masa dan ada ruang untuk peneraju ini membetulkan kesilapan (2015) kalau tidak, maka jangan sebut bahawa melayu adalah penderhaka, tapi melayu ingin melihat bangsanya dibela.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa