Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, July 08, 2015

ORANG UMNO WAJIB BACA:BILA KORANG SEMUA NAK BANGUN TIDO???


Pemimpin UMNO gagal belajar apa hasil kajian saya tulis beribu artikel dan posting serta ambil kira pendapat dari orang lain.

Saya dah baca cara taktikal pr sejak 2009 cara mereka nak kalahkan UMNO BN.

Mungkin saya hanya level sampah sebab tu kajian saya buat pemimpin UMNO bakul sampahkan.

So terlalu banyak bukti apa kajian saya telah berlaku sekarang.

Saya dah tulis macam posting dibawah tentang taktik PR dah lama sejak tahun 2009 lagi dalam Facebook.

Saya keluarkan  kembali point penting post saya yang lepas.

Memahami taktikal PR 2010 -2020 ke atas UMNO/BN.

Kekawan  sebangsa dan Seagama saya.

SERANGAN TERSUSUN DAN TERANCANG TERHADAP KERAJAAN MELALUI 4 FASA. IA BERKAITAN STRATEGI.

PERSOALANNYA SIAPA YANG MENYERANG?

Mendapat pendedahan dalam bidang strategi berpolitik membenarkan saya untuk berfikir dalam konteks permasalahan dan kecamukan yang berlaku dalam negara mutakhir ini. Strategi memainkan peranan penting dalam merancang sesuatu terutama dalam soal pemerintahan dan kepartian.


UMNO sebagai majoriti kepada parti pemerintah BN berdepan satu serangan yang cukup hebat dan terancang dari pihak yang perlu kita kaji dan meneliti siapakah mereka dan apakah tujuan mereka. Terlebih dahulu saya suka untuk menegaskan bahawa tulisan ini jauh sekali untuk membicarakan soal rasis atau perkauman. Ini merupakan tulisan untuk kita sesama Melayu Islam agar mengetahui adakah benar kita masih selamat di bumi sendiri , di tanah merdeka ini dan di bumi ibu pertiwi ini...

Dalam kamus strategi, 4 fasa yang perlu berlaku untuk meruntuhkan satu-satu empayar yang kini sedang berlaku di MALAYSIA.

FASA 1  "SEGMENTIZING THE MALAYS"

Saya yakin ianya telah dan sedang berlaku di Malaysia dengan memecahbelahkan Melayu. Di mana Melayu berpecah.?

a ) Melayu berpecah dengan haluan kepartian.
b ) Sentimen kenegerian
c ) Qasta dan kedudukan Melayu Kaya dan Orang Bawahan

Secara ringkas, kita mengakui melayu berpecah dari kerana haluan kepartian antara PAS, UMNO dan PKR.Sentimen kenegerian makin kuat dimainkan. Qasta dan kedudukan mengambil tempat dalam rencah memecahbelahkan orang melayu bila orang bawahan melayu tidak lagi merasa bangga melihat kejayaan orang melayu dan tidak lagi melihat kejayaan orang melayu kaya ini sebagai satu kebanggaan dan rahmat selain melihat dengan perasaan benci dan hasad dengki. Sebaliknya juga berlaku bilamana "orang kaya Melayu" tidak lagi merasa sikap kebertanggungjawaban kepada bangsa sendiri dan melihat orang bawahan dengan pandangan sinis.

2. FASA 2 " CREATING HATRED TOWARDS PERSONALITY & PARTY"

Yang jelas berlaku dalam UMNO sekarang bilamana terwujudnya kebencian terhadap pemimpin dan sesama sendiri dengan menzahirkannya secara terbuka. Antara yang jelas untuk kita lebih faham ialah:

a) Kebencian kepada pemimpin ( hilang tawadduq)
b) Kebencian sesama sendiri dari hasil perbedaan pendapat dan kerana berbeza warloard dari hasil pertembungan pemilihan dalaman parti.
c) Hilang keyakinan kepada parti dan hilang keyakinan untuk terus memperjuangkan parti.Lebih mengerikan bilamana ia menjadi agen pengkhianat dari dalam parti mereka sendiri(adakah wujud golongan ini?)

3. FASA 3 " KIPNAPING THOUGHT OF UMNO MEMBERS"

a )"Orang UMNO" seolah2 sudah bersuara seperti pembangkang.
b ) Menggunakan dan menguasai media sosial UMNO untuk mempromosikan serangan dan fitnah terhadap UMNO sendiri tanpa ahli UMNO sedar bahawa mereka merupakan barisan serangan yang telah di tawan oleh pihak2 tertentu untuk membinasakan UMNO seakan dipukau atau kerana kejahilan dan keangkuhan mereka sendiri atas alasan kononnya alasan menegur parti kerana sayangkan parti sebelum ianya parah dan rebah walhal mereka ini sebenarnya sedang mengkritikalkan parti mereka sendiri..

4. FASA 4 "PUBLIC ANXIETY"

bilamana kerisauan, kegusaran dan rasa cemas rakyat terhadap satu institusi yang mewakili kekuatan majoriti Islam Melayu khususnya dalam institusi kewangan dan "rezab melayu" melalui beberapa CARA :-

a) Mencetuskan rasa ragu dan sangsi pencarum atau penyimpan akan kredibiliti dan kemampuan institusi tersebut dengan tujuan melumpuhkan ekonomi Islam Melayu.
b) Mempromosikan dan menggembar-gemburkan akan kesilapan dari sesetengah keputusan yang kurang cermat oleh pemimpin.
c) Fasa 4 ini akan lebih senang dan tuntas di selesaikan bilamana fasa 2 & fasa 3 tadi berfungsi dengan baiknya.

Kesimpulannya siapakah mereka ini yang menggunakan formula strategi sebegini rupa sehingga menimbulkan segala permasalahan sebesar ini dalam sejarah MALAYSIA. Pemimpin saling berserangan. Warloard mula menonjolkan kekuatan sendiri.

Institusi  kekuatan Islam Melayu di fitnah. FELDA( berlaku di PRK Rompin) hilang keyakinan  peneroka yang mendapat rezeki berzaman dan berkurun beberapa generasi.Lembaga Tabung Haji(TH) sudah hilang kredibiliti dengan jolokan menggunakan duit bakal jemaah haji untuk (bailout) satu syarikat milik kerajaan 1MDB.

Ini semua merupakan rentetan perjalan perlaksanaan satu strategi menghancurkan kuasa Islam Melayu di MALAYSIA. Ianya dilakukan bukan setahun dan ianya dirancang dengan teliti dan tuntas dengan jangkamasa tertentu. Siapa mereka?

Adakah pihak ini merupakan PR ?

Justeru itu saya dengan rendah diri untuk mengajak rakan dan sahabat untuk terus istiqamah dan tawadduq dalam mempertahankan Islam Melayu yang masih berkuasa tatkala ini untuk terus menjadi asas dan teras kepada sebuah kejayaan negara. Ahli UMNO seharusnya meningkatkan jati diri untuk mempertahankan parti. 

Dalam ketika kita diserang seharusnya kita meminimumkan apa jua perbezaan antara kita ahli parti.Warloard harus menjadi pendamai kepada sengketa kedudukan.Satukan niat. Satukan cita2 untuk terus menjadi ahli yang memberikan kekuatan kepada parti yang kian layu. Gadaikan amarah. Gadaikan ego buat sementara waktu. Persetankan kepentingan peribadi...

Hj Hadi dan TG Haron Din masih mempertahankan Perdana Menteri kerana mereka faham, mereka look the tree, not the wood.

UNTUK KITA SAMA-SAMA MENEPIS SEGALA DAKYAH DAN FITNAH YANG AKAN MENGHANCURKAN AGAMA DAN BANGSA KITA...

ALLAHUAKBAR!!!!

Ahmad Shuaib Ismail

6 comments:

Anonymous said...

No 5. Org umno terus lena tido. Sbb pak presiden x mau jawab tuduhan. Org umno dah kehabisan modal utk.pertahankan umno dari serangan bertali arus.

Sepatutnya pak presiden jawab. Dah berapa banyak bola tanggung diberi. Tapi pak presiden mahu maintain macho dan perasan hensem. Pak presiden senyap yg lain pakat2 tido.

Peluru tak diberi macam mana nak tembak.

Anonymous said...

kalau nak suruh dia org bangun sepantas kilat letak la projek juta2 kat depan bukan kata bangun siap tikam kawan2 lg

Anonymous said...

setuju dengan artikel ni

Kita tak ada pilihan....BNB/UMNO perlu terus berkuasa untuk kelangsungan kuasa org melayu dan Islam...

Pembnagkang dah tak boleh diharap!!!! Tiada kesatuan...semua ikut DAP

Marilah kita berdoa agar UMNO/BN terus berkuasa dengan kerjasama PAS

Anonymous said...

Apa yang jelas pemimpin itu sendiri,

- leka
- lupa diri
- jadi megah
- tiada wibawa (incompetent)
- tidak mendengar nadi rakyat
- tidak kota apa di kata
Contoh
Kerajaan tulus dan terbuka
ie. Open & Transparent
1MDB open & transparent? A humungus question mark on this alone!
- paling teruk merendahkan nasihat dari yang berpengalaman dan terbukti berkesan dan berjaya seperti Tun M, malang nya penasihat luar dan dalam negeri yang mahal lagi tak banyak mendatangkan menafaat kepada rakyat.

The laundry list is actually snake too long.....

Apa masih perlu disokong pemimpin sebegini?

Anonymous said...

Ahli Umno harus menjadi lebih kuat, suara ahli akar umbi beserta rakyat marhaen yang tidak berparti wajib didengari oleh Pemimpin atasan sendiri. Bukan melalui agen penasihat yang mementing diri. Kami rakyat biasa yang telah sekian lama aman dipertahankan, agama Islam sentiasa dijunjung di tempat tertinggi, BAngsa Melayu dan Raja Melayu sentisa dijaga. Akhirnya keamanan kami yang tidak pernah menggangu gugat kekayaan bangsa bukan Melayu telah dikejutkan dengan pelbagai transformasi palsu buatan pemimpin UMno sendiri. ISA dan berbagai akta yang bersifat mencegah telah dihapuskan demi untuk menggembirakan hati2 rakus golongan Cina DAP ultra kiasu bersama golongan konglomerat mereka yang kaya raya tidak sedar diri menumpang di bumi bertuah Tanah Melayu ini. Terlalu inginkan kesama rataan , liberal seperti Negara Amerika / Singapura malah sanggup tunduk sujud kepada kuasa barat dan proksi2nya. Melemahkan Umno adalah pemimpin-pemimpin bodohnya, rakus dengan duniawi, hanya menjaga para krooni sahaja. Orang2 Felda dibelai manja sentiasa, rakyat Melayu lain dibiar terkapai-kapai tanpa sokongan dan dorongan. Jalan mudah hanyalah memberi wang untuk membeli jiwa raga melalui bantuan BRIM, cash is king, malangnya bantuan ini pasti tidak kekal lama, apatah lagi dengan kebodohan mengurus dana Negara seperti yang berlaku dalam 1MDB, lebih baik berjuang menaikkan ekonomi orang Melayu dan bangsa bumiputra lain yang sangat memerlukan. Bukannya syok sendiri mendengar alunan "we love pm & I'm 4 u" semata-mata. Apa yang terjadi hari ini merupakan ingatan kepada akibat kelemahan pemimpin-pemimpin Umno itu sendiri.

Anonymous said...

Ahli Umno harus menjadi lebih kuat, suara ahli akar umbi beserta rakyat marhaen yang tidak berparti wajib didengari oleh Pemimpin atasan sendiri. Bukan melalui agen penasihat yang mementing diri. Kami rakyat biasa yang telah sekian lama aman dipertahankan, agama Islam sentiasa dijunjung di tempat tertinggi, BAngsa Melayu dan Raja Melayu sentisa dijaga. Akhirnya keamanan kami yang tidak pernah menggangu gugat kekayaan bangsa bukan Melayu telah dikejutkan dengan pelbagai transformasi palsu buatan pemimpin UMno sendiri. ISA dan berbagai akta yang bersifat mencegah telah dihapuskan demi untuk menggembirakan hati2 rakus golongan Cina DAP ultra kiasu bersama golongan konglomerat mereka yang kaya raya tidak sedar diri menumpang di bumi bertuah Tanah Melayu ini. Terlalu inginkan kesama rataan , liberal seperti Negara Amerika / Singapura malah sanggup tunduk sujud kepada kuasa barat dan proksi2nya. Melemahkan Umno adalah pemimpin-pemimpin bodohnya, rakus dengan duniawi, hanya menjaga para krooni sahaja. Orang2 Felda dibelai manja sentiasa, rakyat Melayu lain dibiar terkapai-kapai tanpa sokongan dan dorongan. Jalan mudah hanyalah memberi wang untuk membeli jiwa raga melalui bantuan BRIM, cash is king, malangnya bantuan ini pasti tidak kekal lama, apatah lagi dengan kebodohan mengurus dana Negara seperti yang berlaku dalam 1MDB, lebih baik berjuang menaikkan ekonomi orang Melayu dan bangsa bumiputra lain yang sangat memerlukan. Bukannya syok sendiri mendengar alunan "we love pm & I'm 4 u" semata-mata. Apa yang terjadi hari ini merupakan ingatan kepada akibat kelemahan pemimpin-pemimpin Umno itu sendiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa