Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, December 22, 2014

MAMPUKAH UMNO PERJUANGKAN NASIB TANAH RIZAB MELAYU???


Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2013, makin banyak tanah rizab Melayu yang ditukar status untuk tujuan pembangunan, tidak diganti atau proses penggantiannya mengambil masa terlalu lama.

Ada kerajaan negeri telah menukarkan status tanah rizab kepada pegangan bebas untuk memberi peluang kepada bukan Bumiputera dan orang asing untuk membeli tanah di negeri itu. Enakmen Rizab Melayu diperkenalkan pada tahun 1914 bagi mencapai matlamat untuk menjaga tanah kepunyaan Melayu agar kekal dikuasai oleh orang Melayu sepanjang zaman.

Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan menetapkan tanah rizab Melayu yang mahu dibatalkan dan dipindah hak milik perlulah digantikan dengan kawasan sama jenis dan sama luas dengan kawasan yang dibatalkan.

Hakikatnya, tanah yang dibatalkan sebagai tanah rizab Melayu tidak digantikan. Jika ditelusuri sejarah, ada wasiat Raja-Raja Melayu ketika pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 yang menetapkan nisbah 50 peratus tanah di negara ini diperuntukkan kepada Tanah Rizab Melayu.

Satu daripada tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu itu menyebut: "Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain."

Hakikatnya, berlaku penyusutan berkali ganda membabitkan tanah rizab Melayu dan ia tidak hanya pada sebuah negeri, malah ada negeri mencatatkan penurunan lebih 50 peratus daripada jumlah asal yang diisytiharkan tanah rizab Melayu. Keprihatinan Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang mewakili 284 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Pertubuhan Pemikir Agenda Watan Malaysia (Pemikir), kelmarin yang mahu kerajaan mewartakan tanah milik kerajaan, termasuk kuarters sebagai tanah rizab Melayu, seharusnya disokong.

Pengerusi Biro Perlembagaan MPM, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, berkata semua tanah milik kerajaan di kawasan bandar, termasuk di Kuala Lumpur yang belum dibangunkan perlu ditukar statusnya bagi mengelak dikomersialkan untuk tujuan tertentu sehingga menghakis pemilikan Bumiputera. Jika dibiarkan, akan mengakibatkan ketidakseimbangan pemilikan hartanah antara kaum yang ketika ini kritikal, sekali gus mengancam keamanan negara. Hanya 21.9 peratus pemilikan hartanah Bumiputera di Kuala Lumpur.

Sejak berzaman lagi, pemilikan tanah yang luas menandakan kekayaan dan kekuasaan sesuatu bangsa. Malah, bangsa penjajah, baik British, Belanda dan Perancis sanggup merentasi lautan untuk mencari 'benua baharu' demi kepentingan ekonomi empayarnya. Kita pula mudah menukar status tanah demi keuntungan jangka pendek tanpa memikirkan kesan jangka panjang yang akan menimpa generasi akan datang. Jadikan bumi Palestin sebagai iktibar kerana daripada penjualan tanahlah menyebabkan Yahudi dapat bertapak kukuh di negara itu.

1 comment:

Anonymous said...


Rujukan .... tanahpuchong.blogspot.com

Salah satu cara nak selamatkan tanah reserve melayu ialah kerajaan atau ahli koperat/mereka yg berkemampuan/pelabur/pemaju membeli tanah reserve melayu yg nak dijual untuk dibangun dan dimajukan.

Aku ada semak satu tanah reserved melayu yang hendak dijual di Puchong, dah berbulan tuan tanah nak cari pembeli, tapi tak ada dari kalangan bangsa Melayu ini yang ada kemampuan untuk ambil perhatian. Tuan tanah ada 2 lot iaitu 4 ekar kali 4 ekar, dia nak jual satu lot 4 ekar sahaja untuk sara hidup dan untuk penjagaan ibu mereka yang tua dan uzur. Tanah tersebut terletak lebih kurang 500 meter dari Taman Putra Perdana. Asalnyanya dulu tanah berbukit dengan tanaman getah, tetapi sekarang sudah rata dan kosong terbiar. Selang 2 lot ada 3 lot yg telah dipecah pecahkan untuk unit banglow dengan harga 600 ribu bagi 0.3 ekar dan 2 lot bersebelahan sudah diambil oleh syarikat pemaju (sudah tentu milik Cina) untuk didirikan rumah. Mereka minta juga tanah yg hendak dijual ini, tapi pemilik lebih berharap ada bangsa Melayu yg ambil alih tanah itu, namun sampai sekarang seolah olah pemilik tidak ada pilihan untuk menyerahkan tanah itu kepada bukan Melayu atas nama proksi. Mereka menjanjikan 20 unit rumah berharga 600 ribu setiap unit sebagai pulangan Joint Venture.

Bagaikan tidak ada pemaju Melayu yg berkemampuan, ajensi kerajaan pun diam membisu, PRIMA atau SPNB pun buat tak tahu... berdegar degar dalam PAU... habuk pun tak ada !!!

rujukan ... http://tanahpuchong.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa