Ini adalah kronologi kejadian sepanjang usaha menyelamat kapal tangki Orkim Harmony yang diketuai Tentera Laut Diraja Malaysia.
Ia merupakan rentetan kejadian berdasarkan kenyataan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar tengah hari Jumaat.
Berikut kami siarkan sepenuhnya detik-detik akhir sebelum lanun tinggalkan kapal tangki yang genap seminggu hilang itu.
MT ORKIM HARMONY bebas dari tawanan perompak setelah lapan perompak melarikan diri ketika dalam pelayaran menuju ke Kepulauan Natuna, Indonesia.
Sebelum kejadian, kapal pengiring KD TERENGGANU telah diugut oleh ketua perompak untuk menjarakkan kedudukan kapal kepada tidak kurang dari lima batu nautika dan sekiranya tidak, kru kapal akan dicederakan.
Ketua perompak menyatakan rancangan untuk meneruskan pelayaran ke Kepulauan Natuna.
Kesemua lapan perompak telah melarikan diri menggunakan rescue boat MT ORKIM HARMONY kira-kira jam 8.30 malam dan turut mengambil butiran peribadi Kapten kapal, Master Nor Fazly bin Sahat.
Ketua perompak juga mengugut untuk mengancam keselamatan keluarga beliau sekiranya mendedahkan rancangan mereka untuk meninggalkan kapal.
Kapten kapal MT ORKIM HARMONY hanya memaklumkan kepada KD TERENGGANU pada jam 12.55 tengah malam iaitu hampir 5 jam setelah kesemua perompak melarikan diri demi keselamatan keluarganya.
"MT ORKIM HARMONY kini, diiringi oleh KD HANDALAN dalam pelayaran menuju ke Pelabuhan Kuantan dan dijangka memasuki pelabuhan pada jam 2.00 pagi Sabtu.
Kesemua 22 kru kapal iaitu 16 warga Malaysia, 5 warga Indonesia dan seorang warga Myanmar dalam keadaan selamat kecuali seorang kru mengalami kecederaan terkena tembakan di peha ketika rompakan berlaku pada 11 Jun yang lalu.
Kru kapal warganegara Indonesia yang cedera ditembak telah diterbangkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian menaiki pesawat EC725 dan telah selamat tiba pada jam 10.15 pagi tadi.
Kapten Kapal, Master Nor Fazly, ketika dihubungi, berada dalam ketakutan dan turut memaklumkan bahawa kesemua 22 kru kapal berada dalam keadaan sihat dan selamat kecuali seorang daripadanya cedera.
Muatan kapal, Unlead Gasolin (ULG 95), iaitu minyak petrol RON 95 hampir 6000 tan matrik yang bernilai RM21 juta selamat di dalam kapal tangki tersebut ketika ditemui.
Aset laut dan udara telah diaturgerakkan bagi mencari perompak yang melarikan diri. Pesawat P3C Orion dari Tentera Udara Diraja Australia, 3 helikopter TLDM (Super Lynx dan Fennec), C130-Hercules dan B200T-Beechcraft dari TUDM bersama-sama KD PAHANG, KD TERENGGANU dan KD JEBAT sedang melaksanakan pencarian bot tersebut.
TLDM telah meminta kerjasama Tentera Laut Vietnam, Thailand dan Indonesia dalam misi mencari perompak-perompak. Tentera Laut Indonesia telah bersetuju untuk membantu mencari perompak –perompak tersebut di perairan Kepulauan Natuna.
Persetujuan ini telah disuara dan dinyatakan oleh Kepala Staf Angkatan Laut Indonesia, Laksamana Ade Supandi kepada Panglima Tentera Laut melalui perbualan telefon dan teks pesanan ringkas awal pagi ini."
Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar
Panglima Tentera Laut
19 Jun 2015
4 comments:
Malaysia terlalu berlembut. Sama macam kes di Lahad Datu. Terlalu banyak rundingan kononnya untuk mendapatkan 'penyelesaian' secara aman. Keputusan untuk menyerbu kapal dan menyelamatkan tebusan sememangnya mampu dilakukan oleh unit elit PASKAL & KD Panglima Hitam TLDM. Tapi seperti biasa keputusan tersebut hanya boleh diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara. Kelemahan seperti ini akan menyebabkan angkatan bersenjata kita dipandang rendah oleh jiran2 tetangga dan lebih teruk lagi mampu menyebabkan peningkatan aktiviti perlanunan pada masa hadapan. Kapten kapal tidak sepatutnya memberi maklumat mengenai keluarga kepada perampas. Alasan seperti ini tidak boleh diterima. Apakah si kapten tidak boleh berbohong kepada perampas? Pada pendapat saya satu mesej yang jelas perlu diberikan kepada perampas yang Malaysia tidak akan bertolak ansur terhadap kegiatan perlanunan. Walaupun sebarang konfrontasi mampu mendatangkan kecederaan atapun kematian kepada tebuasan.
Betul tu.
Tak caya ker....tengok bagaimana orang Rohingga boleh buat kem kat sempadan.Sampai dah ada yang mati baru pehak keselamatan tahu.
Who are u?
Ckp senang..
Jari terkepit Kat pintu meraung..Ada hati nk ajar org dlm bidang ni
berapa biji bot penyelamat yg ada? masa kapal tu 'longside' kat port kuantan, bot penyelamat dilihat masih ada tergantung ...
jarak 5 batu nautika? heli tak boleh nampak? aikk ! pelik!
apa cerita kargo dlm kapal tu? tak cakap pun ada atau dah kena sedut..
Post a Comment