Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, June 22, 2015

PASMA SUMPAH AKAN HANCURKAN PAS


PASMA akan mengusahakan penubuhan parti baharu selepas Aidilfitri ini berazam untuk menyaingi dan menggantikan PAS.
Bukan setakat ini, parti baharu itu berusaha untuk menghancur dan menguburkan PAS.
“Kami akan lawan PAS. Kami akan hancurkan PAS. Kami akan kuburkan PAS.
“Tolak BN tolak PAS. Pilih PASMA. Takbir..,kenyataan PASMA Malaysia .
Kenyataan PASMA Malaysia itu sebagai respon terhadap artikel FMT bertajuk “Parti baharu akan bertanding di kawasan PAS- Phahrolrazi
Presiden PASMA, Datuk Phahrolrazi Zawawi dilaporkan berkata penubuhan parti baharu itu dirancang untuk bertanding di kawasan yang ditandingi PAS pada pilihan raya akan datang.
Phahrolrazi berkata, parti itu akan menggantikan PAS kerana Pakatan Rakyat (PR) sudah tidak wujud lagi.

Bagaimanapun, tegasnya, parti baharu itu tidak akan bertanding di kawasan yang ditandingi DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Kita akan masuk bertanding yang berpotensi untuk menang. Fokus kita untuk menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN) jadi kawasan yang ditandingi PKR dan DAP, kita tidak akan meletak calon,” katanya kepada FMT.
Phahrolrazi berkata, parti baru itu akan bergabung dengan DAP dan PKR untuk membentuk pakatan baru yang memberi fokus menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Beliau menaruh kepercayaan bahawa PAS tidak akan mampu meraih kejayaan besar kerana bergerak sendirian sekali gus menjadi parti kecil berbanding BN dan pakatan baharu.
Sementara itu, bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memberitahu The Malaysiam Insider bahawa pada PRU akan datang, PAS tidak akan mendapat lagi sokongan undi daripada bukan Islam.
Lebih dikenali sebagai Mat Sabu dan popular di kalangan bukan Islam, beliau memberitahu betapa sukarnya beliau berusaha memujuk ahli akar umbi PAS keluar dan berhimpun dengan bukan Islam dalam demonstrasi anjuran kumpulan reformasi pilihan raya Bersih.
Bagi Mat Sabu, masa depan PAS adalah suram kerana memegang ideologi agama yang menyumbang kepada kejatuhan Pakatan Rakyat.
Beliau berkata, buat masa ini tiada lagi jalan penyelesaian bagi PAS mendapatkan semula sokongan orang bukan Islam.
“Orang bukan Islam yang kecewa dan patah hati terhadap semua keadaan ini.
“Tambahan pula, PAS kini dipimpin oleh tokoh dari Pantai Timur, yang jarang bersemuka dengan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Mat Sabu berkata, pemimpin Pantai Timur dari Kelantan dan Terengganu mungkin berfikir mereka tidak memerlukan sokongan bukan Islam kerana mereka hanya berinteraksi dengan orang Melayu setiap hari.
“Mereka tidak akan merasa seperti apa yang kita lakukan di sini di Pulau Pinang dan Selangor. Pemimpin Kelantan juga berkata adalah bagus melakukannya tanpa PR kerana mereka membuat penilaian berdasarkan lokasi mereka sendiri.
“Mereka boleh menang di kawasan mereka tetapi bagaimana pula Selangor, Melaka dan Johor? Di Kedah, terdapat juga kawasan Parlimen di mana undi bukan Islam membentuk kira-kira 40%,” katanya.
Mat Sabu berkata pemimpin PAS tidak realistik jika mereka fikir parti boleh bergerak sendirian pilihan raya umum.
“Dalam pilihan raya, anda mesti mempunyai gabungan, melainkan jika anda hanya mahu menjadi parti serantau di Kelantan dan Terengganu.
“Ini semua sudah terkebelakang,” katanya.
Katanya, ketika perhimpunan Bersih pertama kali dirancang pada 2007, beliau mengambil masa hampir setahun mengajak ahli PAS mengambil bahagian dan menyertai kaum lain dalam demonstrasi itu.
Kejayaan perhimpunan tersebut, katanya, menyumbang kepada kemenangan pembangkang di 5 buah negeri – Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan – dalam pilihan raya umum 2008.
“Sekarang ini, imej berbilang kaum yang kami bina sudah hilang. Saya berasa sedih. Biarkan kepimpian PAS yang ada sekarang cuba mengumpulkan orang ramai daripada pelbagai kaum sekarang.
“Ulama dalam PAS mula menganjurkan perhimpunan anti-GST (cukai barangan dan perkhidmatan) tetapi himpunan itu hanya dihadiri oleh orang mereka sendiri. GST memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Anda perlu melibatkan semua orang.
“Ini adalah apa yang kita lihat. Jika PAS kembali kepada suatu parti serantau, ia akan menjadi lebih kuat. Tetapi apabila pilihan raya datang, ia menjadi perkara yang lain,” katanya.
Mat Sabu berkata, walaupun ketika ini PR sudah mati, Barisan Nasional (BN) masih boleh tumbang tidak kira jika ada PAS atau tidak.

8 comments:

Anonymous said...

SALAM BRO,KITA TUNGGU DAN LIHAT SIAPA YANG HANCUR DAN SIAPA YANG DIHANCURKAN.ORANG-ORANGH PASMAN NI MEMANG PATUT DIBUANG DARI PAS.

Anonymous said...

baguslah pasma nak jadi parti dan bertanding dlm pru. aku percaya modus operandi mereka akan bertanding di kawasan majority melayu. focus mereka untuk secure seat2 yg banyak melayu urban atau semi urban. pas dan umno takde pilihan melainkan terpaksa bersatu atas nama islam dan melayu sebab undi melayu akan lebih terpecah lepas ni. itu belum masuk kalau isma berhajat bertanding skali lagi. ini sebab undi cina dan non bumi beserta melayu liberal dan secular boleh dikatakan gone case dan pastinya dimenangi gabungan pkr-dap-pasma.

jentayu

Anonymous said...

ha ha ha! berkat doa kehancuraann di sTaDIuM DI kB

Anonymous said...

Wah BUSUKnya HATI PERUT mengalahkan HATI PERUT YAHUDI.

Alang-alang dah jahat macam setan, niat nak hapuskan apa yang ada disekeliling, tak payahlah tunggu lepas raya. Raya tu sambut fitrah kita pulang kekeadaan kita suci bukan bertambah jahat, niat jahat.

Sibuk betul nanti, nak jahanamkan PAS dan BN...kalau susah susah masuk je DAP, lagi senang bukak langkah.

Ah Moi Ah Moi dan apek apek ramai yang boleh tolong.

Anonymous said...

Parti Pasma tak kan lama kalau berjuang dengan DAP dan PKR ,percayalah dah tengok apa DAP dah buat dengan melayu islam dipulau pinang, dengan azan subuh di larang pun masih lagi nak berkawan dengan DAP,Mana ISLAM nya pasma kalau sesama islam bermusuh demi politik

Active Sam said...

Politik sampah...awal2 niat busuk hati kita tengok siapa yg kene

Anonymous said...

“Kami akan lawan PAS. Kami akan hancurkan PAS. Kami akan kuburkan PAS.
“Tolak BN tolak PAS. Pilih PASMA. Takbir..,”kenyataan PASMA Malaysia .
Mungkin kah ini adalah hasil “doa” KO UMNO yang pernah di buat olih majority pemimpin PAS sedikit masa dahulu? Rasanye UMNO pun tak pernah buat statement macam itu terhadap PAS. Inilah masa dan kesempatan yang harus semua pengikut PAS fikir dan renung kembali matlamat hidup kita ini yg sebenarnya.

Pemimpin PASMA bila dah lantang berkata begitu bererti mereka sekarang sudah ada dana yang cukup utk memainkan peranan mereka sebagai proxy DAP dan Yahudi. Umat Islam kalau masih tak nampak atau tak faham jugak hmm entahlah sebab.......kita lihat cuma mereka yang mampu utk menjadi pendendam macam setan sahaja yang akan sanggup utk menjadi ahli-ahli PASMA ni

Anonymous said...

Aku doakan PASMA niakan hancur...

Rasanya elok berjuang denagn PAS dan UMNO (BN) untukkesejahteraan org melayu dan Islam serta Malaysia secara amnya...

Bukan menjadi proxy DAP dan Yahudi...

DAP pun org cina dah mula muak sebab terlalu erogant sekarang ni...

Kita tunggu dan lihat...

Allah masih sayang kepada negara Malaysia dan masih mahukan orang Islam memimpin...
Allahu Akbar...Hancur pakatan rakyat, hancur DAP/PKR dan PASMA...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa