Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, December 18, 2013

PAS ANGKAT MARTABAT SYIAH DI PULAU PINANG


KUALA LUMPUR 17 Dis. - Pas hari ini melakukan rombakan dengan mengumumkan pelantikan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang yang baharu.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dilantik bagi menggantikan Datuk Mohd. Salleh Man yang memegang jawatan tersebut sebelum ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, pucuk pimpinan parti mengambil keputusan itu setelah mempertimbangkan pelbagai aspek termasuk pandangan akar umbi.

Walau bagaimanapun, beliau menafikan pelantikan Mohamad itu mempunyai kaitan dengan prestasi Mohd. Salleh semasa menerajui Pas Pulau Pinang.

“Mohd. Salleh tak gagal, mungkin ada hikmah di sebalik keputusan parti tidak melantik semula beliau sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang.

“Kita juga yakin Mohamad boleh buat kerja itu dan beliau dapat menjalankan tugas dengan baik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pengumuman pelantikan Mohamad sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang yang baharu dibuat oleh Mustafa dalam sidang akhbar di Pejabat Agung Pas di sini hari ini.

Mustafa turut mengumumkan pelantikan bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Asmuni Awi sebagai Bendahari manakala Datuk Takiyuddin Hassan, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Ahmad Yaakob sebagai Penolong Setiausaha Agung.

Pelantikan Mohamad itu mencetuskan persoalan berikutan kemelut yang berlaku di antara Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang dan kerajaan DAP Pulau Pinang bulan lalu.

Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang secara terbuka pernah mengancam akan melepaskan semua jawatan yang dipegang pemimpin parti itu dalam pentadbiran kerajaan negeri jika empat tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Tuntutan-tuntutan itu adalah tiada campur tangan dalam pentadbiran Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), bilangan ahli dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai bagi kuota Pas ditambah.

Selain itu, kuasa penuh untuk melantik Jawatankuasa Kerja Kampung di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ditandingi Pas serta kuota Ahli Lembaga Pengarah dalam anak-anak syarikat milik kerajaan negeri.--UM

1 comment:

Anonymous said...

Nanti ada kaabah diPulau Pinang dan boleh digunakan oleh fahaman Syiah dan Ajaran Tazlim.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa