Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, October 21, 2015

UMNO-PAS AKAN BERSATU TIDAK LAMA LAGI???!!!


Di kem Parti Amanah Negara (Amanah), DAP dan PKR, ‘macai-macai’ belaan mereka masih lagi hangat memainkan isu yang mendakwa PAS dan UMNO tidak lama lafi akan bergabung di bawah satu bumbung. Malah beberapa ‘syaitan dalam jemaah’ yang tertinggal di dalam PAS juga masih mainkan isu yang sama…

Kata mereka, jika PAS dan UMNO tidak bergabung di bawah satu parti, kononnya dua parti terbesar bangsa Melayu Islam itu akan bersatu di bawah nama Barisan Nasional (BN) sebelum berlangsungnya Pilihanraya Umum (PRU) ke-14.

Pada pandangan penulis, mungkin mereka sengaja mainkan isu berkenaan supaya timbul kegusaran di hati ahli dan para penyokong totok PAS terhadap kepimpinan Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan barisan kepimpinan ulama politik parti itu.

Penulis hairan, mengapa mereka takut sangat PAS dan UMNO bergabung? Apakah kerana mereka tahu bahawa sekiranya PAS dan UMNO bersatu maka parti pembangkang tidak lagi boleh bermimpi untuk menang pilihanraya? Takut benar mereka, kan?


Penulis yakin bahawa PAS dan UMNO berkemungkinan tidak akan bergabung selagi tidak berlaku sesuatu yang memerlukan mereka bertindak sedemikian. Selagi boleh, mereka akan kekal sebagai entiti berasingan sebagai ‘check and balance’ politik bangsa Melayu Islam di Malaysia. Belum masanya lagi…

Lagipun pada pandangan penulis, sejak tradisi lagi PAS dan UMNO mempunyai ‘chemistry’ yang agak sukar dijelaskan dengan mata kasar untuk bersatu secara fizikal. Perlu diingat bahawa PAS sememangnya sebahagian dari UMNO sejak lahirnya dulu, bukan?

PAS dan UMNO tidak perlu pun bergabung secara rasmi. Tidak perlu pun ada persidangan meja bulat yang dihadiri berpuluh-puluh media dan mencipta nama yang sedap didengar halwa telinga. Tidak perlu pun begitu…

UMNO dan PAS pada pandangan penulis sejak dulu lagi saling memahami antara satu sama lain. Dari gerak gaya ‘body language’, UMNO dapat memahami PAS dan begitu juga sebaliknya, seolah-olah ada satu ikatan yang sukar ditafsir dengan kata-kata. Angkat kening saja sudah tahu apa yang dimaksudkan.

Kadangkala, PAS dan UMNO dilihat bergaduh teruk di depan media dan rakyat. Tapi di sebelah malamnya mereka masih mampu lepak bersama minum kopi cap songkok sambil ketawa bertepuk bertampar! Penulis yakin ramai ‘otai-otai’ politik yang tahu dan sedar tentang keadaan itu, bukan?

Kenapa jadi begitu? Sebab UMNO tahu tugas dan tanggungjawab mereka sebagai kerajaan dan PAS juga tahu kedudukan dan peranan mereka sebagai pembangkang. Itulah PAS dan UMNO yang sebenar. Kedua-duanya berbangsa Melayu, beragama Islam dan masing-masing ahli politik, bukan?

Cuma, hubungan berkenaan hanya berlaku di antara ahli UMNO dan PAS yang asli sahaja. Mereka yang tidak meghayati jiwa dan perjuangan UMNO atau PAS, mereka tidak akan mampu merasai sentuhan ikatan berkenaan. Itulah namanya ‘ukhuwwah’!

Jadi, ‘macai-macai’ Pakatan Harapan ‘Palsu’ boleh terus memainkan isu berkenaan selama mungkin yang mereka mahu. Cuma janganlah marah atau bebal jika isu itu tidak berkesan. Biasalah bila budak-budak baru nak belajar politik, kadangkala mereka rasa mereka pandai walaupun hakikatnya mereka jahil bermangkuk tingkat, kan?

2 comments:

Anonymous said...

UMNO - PAS bergabung atau bekerjasama, sokong sgt sgt, sama sama Islam, sama sama berkerjasama memantap dan memajukan umat Islam, berukhwah, bersilaturrahim, mmg cantek.
Dan lagi Allah swt benci pd org org yg suka bermusuhan. Takkan nak jadi org yg dibenci Allah swt kot ?

Anonymous said...

Jangan bimbang
Sekali kali tidak akan berlaku penggabungan

Kalau berlaku , berbondong-bondong Ahli dan Pemimpin PAS akan menyertai Amanah dan PKR
PAS pun sudah kehlangan ramai ahli dan pemimpin
Banyak markaz PAS telah ditutup

Itu belum lagi mau bergabung , kalau nak bergabung ? Wow ...tak boleh bayangkan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa