Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, October 22, 2015

ALLAHUAKBAR:INTIFADA KETIGA SUDAH BERMULA


Pemimpin kanan Hamas di Gaza, Mahmoud Al- Zahar berkata Intifada Palestin yang ketiga telah pun bermula, manakala Israel dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas tidak akan dapat menghentikannya, lapor Alkhaleejonline.net.

“Kebangkitan menentang penjajahan Zionis Israel telah bermula di Tebing Barat, Jerusalem dan Semenanjung Gaza dan ia sedang berlaku untuk melindungi rakyat Palestin dan tempat suci mereka,” katanya.

Dalam satu temu bual eksklusif, Al-Zahar berkata, semua yang kita lihat mengenai Palestin membuktikan bahawa semangat melawan penjajahan masih hidup walaupun berhadapan cabaran dan tekanan yang berterusan.

Beliau menegaskan bahawa Zionis Israel sedar perkembangan yang berlaku di kalangan rakyat Palestin dan mereka tidak akan mampu untuk menghadapinya dengan kecanggihan peralatan ketenteraan dan teknologi mereka.

“Ini membuktikan ketuanan rakyat Palestin,” katanya.

Beliau menyatakan kewujudan rakyat Palestin hari ini di Tebing Barat dan di Jerusalem membuktikan kegagalan semua usaha Zionis Israel mencuri tanah mereka.

“Juga wujud pihak dalam kerajaan Palestin bawah pimpinan Mahmoud Abbas yang mahu menyekat Intifada tetapi mereka tidak akan berjaya kerana rakyat Palestin lebih kuat daripada segala konspirasi mereka,” katanya lagi. – Agensi

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa