Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, October 23, 2015

AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG MENDERITA SAKIT OTAK AKIBAT JEREBU!!!


Baru-baru ini kecoh dikatakan tentang pihak pembangkang yang membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak di parlimen. Difahamkan usul berkenaan dimasukkan ke dalam senarai usul yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat.

Namun begitu, usul dikemukakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara yang mewakili PKR, Hee Loy Sian, telah disenaraikan sebagai usul ke-25 dalam sidang kali ini. Biarpun diberi keutamaan ke-25 dari 28 usul, pihak pembangkang masih tidak berpuas hati. Kononnya ia tidak akan sempat diperbahaskan.

Hari ini, Presiden PKR, Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail mewakili pihak pembangkang sekali lagi memfailkan usul undi tidak percaya terhadap Mohd Najib di pejabat Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Maksudnya, baru difailkan dan sama ada untuk menerima usul tersebut adalah terpulang pada budi bicara Speaker Dewan Rakyat.

Namun, belum pun dibahas dan baru saja difailkan semula oleh Wan Azizah, sudah kedengaran cakap-cakap di kalangan ahli parlimen pembangkang yang tidak yakin usul undi tidak percaya itu akan berhasil menjatuhkan Najib dari kerusi Perdana Menteri.


Secara realistiknya, mana-mana anggota parlimen yang mahu menjatuhkan seorang individu itu dari kerusi Perdana Menteri, maka mereka perlu mendapat sokongan dan 122 orang ahli parlimen. Itu adalah tafsiran mudah mengikut ketetapan perlembagaan.

Walau bagaimanapun, dalam situasi sekarang, dikatakan adalah amat mustahil sekali untuk usul berkenaan berjaya ekoran BN menguasai parlimen dengan memiliki 134 ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Defisit sebanyak 12 kerusi bagi pembangkang untuk menjayakan usul itu.

Malah, PAS sendiri dikatakan enggan senada dengan usul undi tidak percaya yang dibawa pihak Pakatan Harapan ‘Palsu’ itu selain hanya dianggarkan 5 orang sahaja ahli parlimen BN yang mungkin berpaling tadah. Mudah kata, hasil dari usul undi tidak percaya itu sangat mustahil untuk berjaya.

Pada pandangan penulis, biarpun usul undi tidak percaya itu merupakan hak bagi setiap anggota dewan untuk mengemukakan usul, ia adalah sengaja dibuat semata-mata untuk menjejaskan imej Perdana Menteri di mata rakyat dan antarabangsa.

Soalnya, kita tahu bahawa usul undi tidak percaya itu hakikatnya tidak akan berjaya, tapi kenapa ia tetap sengaja diusulkan oleh pihak pembangkang? Siapakah yang mencetus idea terhadap usul itu asalnya dan apa niatnya? Benarkah majoriti anggota Dewan Rakyat tidak percaya lagi pada Perdana Menteri?

Pada pandangan penulis, imej Perdana Menteri sebenarnya sengaja dicalarkan dengan usul ini dan secara tidak langsung ia juga bakal mencetus ketidakstabilan politik negara dan merosakkan ekonomi negara kita di mata dunia. Mereka sengaja berbuat demikian untuk mencetus huru-hara meskipun tahu bahawa usul itu tidak akan berjaya.

Tentang siapa yang mencetus idea usul berkenaan, bolehlah tanya kepada orang pencen yang baru-baru ini lupa bahawa beliaulah yang melayan Raja-Raja Melayu dengan memaksa mereka menjadi ‘rubber-stamp’ dahulu. Bukan sekali, tapi berkali-kali..!

Pada penulis, sekiranya benar majoriti ahli parlimen tidak percaya pada Perdana Menteri, tidak perlu pun mereka mencetus ketidakstabilan politik yang seterusnya bakal menjejaskan ekonomi negara di mata dunia.

Sekiranya mereka benar-benar tidak percaya pada Mohd Najib dan berjaya menjatuhkan beliau dari kerusi Perdana Menteri, sudah tentulah mereka tidak mahu mewarisi sebuah negara sedang terjejas teruk ekonomi dan tidak stabil politiknya, bukan?

Jika majoriti ahli parlimen berniat ikhlas dan tidak percaya pada Mohd Najib, maka sudah tentulah mereka akan menggunakan kaedah yang lebih meminimumkan kerosakan terhadap negara dengan cara menulis sepucuk surat kepada Yang DiPertuan Agong.

Surat berkenaan perlulah dibuktikan mendapat sokongan dari majoriti ahli parlimen Malaysia dengan menurunkan tandatangan mereka pada surat itu. Itupun kalau mampulah untuk dapatkan tandatangan majoriti, kan? Mampukah?

Jika rasa tidak mampu, tak payahlah jejaskan ekonomi negara dengan mencetus ketidakstabilan politik!

Tapi itulah yang dilakukan oleh pihak pembangkang di negara kita ini. Apa yang paling jelas, sikap pembangkang di Malaysia adalah ‘super tidak sihat’, sama tahapnya dengan bacaan indeks bacaan jerebu di Riau, Indonesia yang kini mencecah bacaan lebih 2000!

1 comment:

Anonymous said...

Mereka ni BABI sebenarnya, luaran je MANUSIA....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa