Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, September 11, 2015

BAJU MERAH AKAN TETAP BERHIMPUN 16 SEPTEMBER INI!!!


Heboh pasal rancangan hendak adakan perhimpunan 'Baju Merah' pada 16 September ini sudah kedengaran sejak perhimpunan Bersih4 selama dua hari pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Kecuali cerita yang samar-samar tiada siapa yang tahu pihak mana yang sebenarnya akan jadi penganjur utama perhimpunan yang dikatakan hendak lawan Bersih4 itu.

Ini telah mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai siapa penganjur misteri itu.

Dicelah itu ada pelbagai pihak termasuk parti pembangkang yang sudah bersuara membantah perhimpunan itu.

Khamis petang, buat pertama kali satu sidang media rasmi diadakan mengenai Perhimpunan Rakyat Bersatu di Kelab Sultan Sulaiman di Kampong Baru, Kuala Lumpur.

Kegairahan untuk mengetahui kisah perhimpunan itu telah mendorong ramai wartawan dan jurugambar termasuk wakil agensi berita asing datang membuat liputan.

Sidang media itu yang berlangsung agak panas diadakan oleh gabungan 250 NGO Melayu/Islam dari seluruh negara yang setakat ini telah sekata untuk menyertai perhimpunan itu yang akan bermula di Bukit Bintang dan berarak ke Padang Merbok.

Kalangan wartawan bertalu-talu bertanya pelbagai soalan termasuk motif perhimpunan.

Pengerusi gabungan berkenaan, Datuk Jamal Md Yunus yang bertindak sebagai jurucakap mereka memberitahu mereka cuma peserta manakala penganjur rasmi perhimpunan itu ialah Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA).

Semua urusan permohonan permit dan sebagainya akan dikendalikan oleh PESAKA.

Katanya gabungan 250 NGO yang akan menyertainya setakat ini akan menurunkan 30,000 orang ahli ke perhimpunan itu.

Mereka akan disertai oleh pihak-pihak lain termasuk ahli parti-parti politik.Beliau menjangkakan sekitar 300,000 orang menyertai perhimpunan berkenaan.

Ia akan bermula jam 11 pagi dengan berhimpun di sekitar kawasan Lot 10 Bukit dan Sungai wang Plaza di Bukit Bintang sebelum berarak pada jam 3 petang menuju ke Padang Merbok.

Jamal yang juga Ketua UMNO bahagian Sungai Besar, Selangor menjelaskan beliau sendiri menyertainya atas kapitisi sebagai NGO kerana UMNO tidak terlibat dalam penganjuran perhimpunan itu.

Katanya dari kawasan Sungai Besar sahaja seramai 3,000 orang dijangka akan menyertai perhimpunan itu.

Semalam,Rabu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kata ahli UMNO tidak dilarang menyertai perhimpunan itu,namun harus patut kepada peraturan dan undang-undang.

Presiden UMNO itu juga kata partinya tidak terlibat dalam penganjuran perhimpunan itu.

Menjawab soalan wartawan,Jamal menegaskan perhimpunan itu akian diteruskan samaada dapat atau tidak permit polis.

"Soal polis bagi tak bagi itu kerja mereka.

"Kami bersama 250 NGO Melayu hanya mahu mengadakan perhimpunan aman seperti yang dibenarkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 dan bukan bertujuan mengganggu gugat ketenteraman awam.

"Kenapa orang Melayu tidak boleh berhimpun? Kenapa apabila pihak lain buat, dihalalkan dengan menggunakan apa juga cara?" katanya.

Beliau memberi jaminan perhimpunan berkenaan adalah perhimpunan aman seperti perarakan Maulud Nabi saja.

"Ia bukan perhimpunan untuk merusuh dan semua peniaga boleh menjalankan perniagaan seperti biasa,," katanya.

Jamal menilai perhimpunan Bersih4 telah membuka mata banyak pihak tentang perlu nya orang Melayu bersatu.

Katanya Bersih4 jelas disertai 90 peratus orang Cina penyokong DAP.

Beliau menegaskan mereka hendak turun ke perhimpunan itu untuk beri mesej jelas kepada puak itu.

Ditanya mengenai pemilihan baju merah untuk perhimpunan itu, Jamal berkata baju kuning Bersih4 adalah penghinaan kepada institusi Raja.

Mengenai kemungkinan ada pihak yang mungkin buat kacau atau langgar peraturan,beliau mengingatkan itu adalah tanggongjawab pihak berkenaan yang melakukan perbuatan itu.Katanya semua mereka mahu perhimpunan itu berlangsung dalam suasana aman.

1 comment:

Anonymous said...


Alhamdulillah, memang ini yg aku tunggu kebangkitan orang melayu.
Syabas kepada pihak penganjur..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa