Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, September 12, 2015

SENARAI NAMA JEMAAH HAJI MALAYSIA YANG MASIH HILANG DI MEKAH


Dua lagi jemaah haji Malaysia dilaporkan hilang sejak kejadian kren tumbang di Masjidil Haram semalam, menjadikan jumlah yang gagal dikesan kepada lapan orang.

Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataan di sini berkata jumlah terkini itu diperoleh selepas pemeriksaan dilakukan dari bilik ke bilik di semua sembilan bangunan penempatan jemaah haji Malaysia sejak semalam.

Sebelum ini, enam nama disenaraikan hilang selepas kejadian itu yang turut mencederakan enam jemaah haji Malaysia itu, selain mengorbankan lebih 100 jemaah lain.


“Dua lagi jemaah yang dilaporkan hilang itu ialah Abdul Muluk Ishak, 71, berasal dari Pantai Remis, Perak, dan Susiah Suar, 56, berasal dari Gunung Besout 2, Sungkai, Perak,” kata kenyataan TH di sini.

Dalam kenyataan sebelum ini, enam jemaah yang hilang itu ialah Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, berasal dari Tanah Merah, Kelantan; Shahidan Saad, 52, (Kodiang, Kedah); Rohana Ismail, 54, (Kuala Krai, Kelantan), Abdul Habib Lahman, 68, (Sik, Kedah), Zainun Taha, 69, (Ampang, Selangor) dan Munah Jusoh, 73, (Cherang Ruku, Kelantan). — BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa