Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, August 27, 2015

PENGANJUR BERSIH 4.0 GUNAKAN GEREJA UNTUK MURTADKAN UMAT ISLAM???


Cakap banyak pun tak guna... kalau jenis degil dan keras kepala ini, pihak berkuasa perlu bertindak tegas terutamanya terhadap pemimpin-pemimpin Bersih 4.0.

Mereka bukan sahaja menggalakan 'perpecahan rakyat' lebih malang lagi tidak menghormati sambutan Hari Kebangsaan.

Sudah banyak contoh buruknya perhimpunan Bersih ini... nama saja perhimpunan aman, ingat lagi kisah polis dan wartawan kena belasah depan Sogo.

Kereta polis diterbalikkan... ada yang baling batu dan botol air ke arah polis.

Itu belum lagi kita cerita tentang 'persediaan' yang dibuat peserta... pakaian yang mudah lari, sediakan penutup mata dan muka takut-takut kena sembur gas, gereja yang jadi tempat perlindungan.

Bukan satu tapi tiga gereja disediakan penganjur untuk peserta Bersih berlindung... tiga gereja tersebut adalah Gereja St John Cathedral di Bukit Nanas, Gereja St Anthony di Pudu dan Gereja Fatima di Brickfields... persoalannya perlindungan dari apa?




Adakah mereka sudah menjangkakan ada terjadi huru-hara?

Apa makna semua ini? bolehkah kita buat kesimpulan bahawa dalam bahasa mudahnya penganjur Bersih 4.0 ini memang dari awal bukan hendak perhimpunan aman, tapi perhimpunan provokasi untuk polis bertindak dan tercetusnya huru-hara.

Sebab itu ramai dok perati... apa tindakan pihak berkuasa? orang kata cegah lebih baik dari mengubati.

Dalam pada itu bagi Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak penganjur perhimpunan Bersih 4.0 perlu menghormati penganjuran sambutan Hari Kebangsaan 2015 pada 31 Ogos di Dataran Merdeka.

Beliau berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah membuat keputusan tidak membenarkan perhimpunan tersebut diadakan kerana bertindih dengan raptai sambutan peringkat kebangsaan.

"Polis sudah mengisytiharkan perhimpunan itu haram dan pemilik (tempat penganjuran perhimpunan) (DBKL) tidak memberikan permit...dan apabila tidak ada permit, perhimpunan atau demonstrasi itu sendiri dianggap tidak sah.

"Jadi penganjur perlu menghormati acara Hari Kebangsaan, dan mereka boleh mengadakan perhimpunan di mana-mana," katanya kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi dan permainan iMalaysia yang baru dibangunkan sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Selasa.

Dalam pada itu, Mohd Salleh berkata mereka yang tidak bersetuju dengan kerajaan boleh meluahkan pandangan mereka tetapi ia perlu dilakukan secara rasional.

"Tidak ada salahnya jika anda meluahkan perasaan, atau tidak bersetuju dengan kerajaan, tetapi terdapat perkara yang perlu diberi pertimbangan iaitu keselamatan dan kestabilan negara kita," kata Mohd Salleh.

Beliau menegaskan kerajaan akan terus memastikan keharmonian kaum dan agama di negara ini terpelihara, dan akan bertindak terhadap ancaman pelampau dan pengganas.

Mohd Salleh berkata setiap orang juga perlu memiliki sikap menghormati antara satu dengan lain tanpa mengira perbezaan pendapat antara mereka.

Sementara itu, pakar sejarah, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata Bersih yang mendapat sokongan padu parti pembangkang adalah salah satu 'faktor penggalak' kepada perpecahan rakyat di negara ini.

Pensyarah berkenaan berkata, perhimpunan diadakan dilakukan menerusi saluran tidak tepat itu akan membuka ruang kepada pihak tertentu mengeksploitasi situasi berkenaan sehingga mewujudkan 'jurang' di antara rakyat.       

"Kalau tidak nanti ahli politik sendiri boleh mempergunakan keadaan itu," katanya dipetik oleh satu portal berita.

Pada masa sama Khoo berpendapat, orientasi Bersih yang menggalakkan rakyat turun ke jalanan sebagai usaha sia-sia kerana tidak 'membuahkan hasil' walaupun telah memasuki empat siri perhimpunan, termasuk Bersih 4.0 yang akan diadakan hujung minggu ini. 

Tambah pensyarah di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya itu lagi, tuntutan perlu disuarakan menerusi tindakan yang konkrit agar bukan sahaja mampu 'menampakkan hasil', malah mampu mengelakkan eksploitasi pihak tertentu yang boleh menjerumuskan perpecahan di kalangan rakyat. 

"(Sewajarnya lakukan sesuatu) tindakan yang tidak beri peluang kepada orang yang nakal untuk mengeksploitasi keadaan itu dan melagakan penduduk. Di negara ini senang nak melagakan penduduk kerana kita masih terbahagi kepada tiga ke empat bahagian," ujar beliau.  

Justeru menurut beliau, sebarang ketidakpuasan hati terhadap pemerintah sewajarnya disalurkan menerusi medium yang sesuai seperti menggunakan kaedah perundangan, dan bukan menerusi perhimpunan jalanan.   

"Setiap kali kita ada masalah mengenai tafsiran undang-undang atau pelaksanaan undang-undang, kita perlu merujuk kepada bahagian kehakiman," katanya sambil menambah rakyat mempunyai hak untuk mempersoalkan keputusan pilihan raya di mahkamah.

Dari satu segi lain kata sejarawan ini, sekiranya tidak berpuas hati dengan kerajaan yang memerintah, rakyat boleh menukar kepimpinan menerusi pilihan raya yang pastinya bukan saja berkesan, malah ianya cara yang lebih selamat.--AD

1 comment:

Anonymous said...

yang gomen ni bodoh pi hapuskan ISA tu nape?? kan bodoh tu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa