Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, August 26, 2015

BERSIH GUNA DANA YAHUDI UNTUK JATUHAKAN NEGARA ISLAM


Baru-baru ini Maria Chin Abdullah mengistiharkan bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah menerima sumbangan dana lebih daripada RM1.5 juta.

Kononnya sambutan rakyat amat menggalakkan sehingga mereka mendapat dana yang cukup untuk menganjurkan demo haram jalanan mengikut acuan pembangkang.

Walaubagaimanapun pihak penganjur demo haram jalanan tersebut iaitu Bersih2.0 tidak mendedahkan dari mana sumber sebenar derma tersebut. Sebelum ini mereka dikatakan menerima jumlah yang agak besar juga untuk membiayai aktiviti demo jalanan haram ini yang diadakan hampir setiap tahun.

Apa yang cuba mereka gambarkan kononnya rakyat Malaysia menyokong demo jalanan yang mereka anjurkan walaupun pada hakikat sebenarnya ia lebih merupakan tindakan yang cukup tidak bertanggungjawab untuk mengganggu ketenteraman awam rakyat Malaysia yang lain.


demo bersih



Selain daripada itu juga, penganjur cuba meraih populariti dengan mengadakan himpunan jalanan ini serentak di Kuala Lumpur, Kuching, Kota Kinabalu dan serata dunia kononnya walaupun jumlah yang terlibat di tempat-tempat yang dinamakan itu tidak lebih pun dari sepuluh orang. Mereka sekadar mengambil gambar kononnya mendapat sokongan dari pelbagai tempat.

Menurut sumber,penganjur dikatakan menjangkakan demo jalanan haram 4.0 kali ini akan disertai oleh lebih setengah juta orang. Untuk makluman, pada zaman demo jalanan berada dikemuncak dahulu pun, penyertaan lebih kurang 80,000 orang sahaja selepas mengambil kira kapasiti stadium merdeka dan jalan-jalan disekitar stadium tersebut.

Namun seperti biasa, mereka akan sentiasa menokok tambah sebanyak mungkin dalam usaha mengambarkan betapa hebatnya demo jalanan atau lebih tepat lagi pemberontakan oleh golongan yang didokong oleh pembangkang ini.

Beberapa hari yang lepas, Pengerusi NGO Bersih 4, Datuk Jamal Yunos telah menganjurkan himpunan BERSIH 4.0 yang betul-betul bersih. Menurut beliau BERSIH yang dicadangkan oleh Pengerusinya Maria Chin Abdullah, itu adalah satu BERSIH yang kotor dan berniat jahat untuk menghasut rakyat turun ke jalan raya untuk menjatuhkan kerajaan.

Manakala Kempen Bersih 4 pada 2012, yang telah dimulakan oleh Jamal pula untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan rakyat. Kalau diimbas kembali sejarah BERSIH 1, 2.0 dan 3.0 tidak ada satu bukti pun yang menunjukkan kempen BERSIH yang diilhamkan oleh pembangkang itu bermanafaat.

Jamal juga mencabar pihak pembangkang mengemukakan bukti bukannya sekadar pandai bercakap bohong dan menghasut rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan rasuah.

Sebenarnya majoriti rakyat Malaysia tahu betapa munafiknya penganjuran demo jalanan Bersih 4.0. Mereka berpegang kepada penipuan dan pembohongan sehinggakan mereka percaya kepada berita palsu mereka sendiri.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa