Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan masuk campur menangani himpunan Bersih 4 yang akan diadakan hujung minggu ini jika kerajaan mengisytiharkan darurat, kata Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Panglima ATM itu dipetik The Star Online berkata, pihaknya setakat ini tidak terlibat mengawal himpunan ini kerana situasi masih belum mencapai tahap tersebut.
“ATM hanya akan masuk campur jika kerajaan mengisytiharkan darurat.
“Jika situasinya dikategorikan sebagai ancaman kepada orang awam, kami akan ambil alih peranan polis mengawal keadaan,” katanya di Kementerian Pertahanan, hari ini.
Polis sekarang memulakan siasatan terhadap kumpulan anti-BERSIH yang berkata akan berlatih dengan menggunakan parang untuk mempertahankan diri.
BERSIH 4 akan berlangsung 34 jam bermula Sabtu ini di tiga kota besar, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching.
4 comments:
bahaya sgt dah ni smpi tentera pun nak masuk campur!!sepatutnya boleh tangkap pakai ISA!! Cari dalang yg mansuhkan ISA??Cari dalang yg beria2 konon nk tunjuk terbuka luluskan akta perhimpunan Aman 2012??
#pecatJibby
Rakyat mengalu alukan kehadiran tentera demi memastikan negara aman. Asyik asyik demonstrasi, sudahnya amalan demokrasi dah jadi amalan provokasi.
Cantikk....Kasi ajaq bangsat tu... MELAYU dipergunakan oleh CINA utk derhaka pada Agama, Bangsa dan Negara...CINA untung, MELAYU juga yg rugi...
Kepala kepala duduk dalam aircon..macai semua melayu bodoh..dok tengah panas...syabas MELAYU ..KAMU MEMANG BODOH.
Post a Comment