Insiden yang berlaku di Plaza Low Yat pada hari Sabtu bersambung pada Ahad malam apabila ratusan pemuda Melayu dilaporkan berkumpul di luar bangunan itu sebagai sokongan kepada pembeli yang dipercayai ditipu oleh peniaga Cina.
Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam sederhana, Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman berkata, kejadian ini hanya satu simptom kepada penyakit barah yang kronik iaitu perniagaan yang dijayakan dengan menipu, dilindungi rasuah dan samseng.
Katanya dalam satu kenyataan, anak Melayu terlibat tidak akan bertindak ‘melepaskan geram’ sedemikian sekiranya kita mempunyai pihak penguatkuasa yang berwibawa.
“Sudah jadi rahsia umum, peniaga cauvinis diaspora tidak berani diusik penguatkuasa, walau sekadar penjaja jalanan,” katanya mengulas ratusan pemuda yang berkumpul malam tadi di Plaza Low Yat sebagai tanda protes terhadap peniaga berbangsa Cina yang dikatakan menipu pembeli.
Tambah Ustaz Hazizi, pihak cauvinis diaspora telah melakukan pelbagai kesalahan dan provokasi terhadap Islam, Melayu dan Perlembagaan, tetapi mereka tidak diambil tindakan dan seolah-olah kebal di sisi undang-undang.
“Cauvinis diaspora inilah saban hari membuat provokasi; memperlekeh ajaran agama Islam, mempersenda budaya orang Melayu, mempersoal kedudukan Islam, Melayu dan institusi Raja dalam kenegaraan Malaysia, menghasut orang Melayu agar membenci mufti dan ulamak, dan sebagainya.
“Mereka juga terkenal mengotorkan dinding-dinding awam, papan-papan tanda, pintu-pintu premis perniagaan dengan iklan pinjaman “Along”, menggoda orang Melayu yang suka berhutang atau yang terdesak.
“Tetapi semua perangai jelik itu dan banyak lagi, tiada tindakan diambil oleh pihak penguatkuasa. Mereka seolah-olah kebal di sisi undang-undang.
“Hakikatnya mereka dilindungi oleh pengkhianat bangsa Melayu sendiri, yang menjual maruah bangsa untuk mendapatkan sedikit laba di dunia.
“Oleh itu tidak pelik jika rakyat mengambil tindakan sendiri,” katanya.
Mengulas tindakan pemuda-pemuda Melayu yang menyerang premis telefon itu, Ustaz Hazizi berkata ia adalah tindak balas perasaan marah.
“Perbuatan memaki dan menghamun, hatta perbuatan ‘melanggar’ kedai Cina itu pun, tidak lain hanya tindak balas perasaan marah. Melayu memang terkenal dengan amuk. Tetapi marah orang Melayu ini, senang dipujuk. Lambat panas, cepat sejuk. Itulah masalahnya,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment