Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim mendedahkan agenda ‘cauvinisme’ Cina DAP yang dilihat cenderung mahu membentuk ‘Singapura Kedua’ di Malaysia.
Ahmad Amzad dalam satu kenyataan berkata, sikap angkuh dan gelojoh DAP dalam mencapai cita-citanya itu semakin jelas apabila parti itu menolak PAS sebagai komponen Pakatan Rakyat (PR).
“Perpecahan ini sedang dituai dengan rakus oleh DAP. Mereka angkuh dan gelojoh dalam menjayakan agenda cauvinis menguasai negara agar cita-cita sebuah lagi Singapura segera dicapai”, katanya.
Ahmad Amzad juga mempersoalkan langkah agresif DAP menarik ahli dari kalangan bukan Melayu menyertai parti itu.
“DAP sedang dengan agresif mendaftar masyarakat bukan Islam sebagai pengundi untuk menguasai negara. Mereka juga ambil orang Melayu agar bila perlu, mereka ada calon untuk jadi menteri besar di negeri negeri bersultan.
“Tentu sekali (mereka) Melayu yang patuh pada agenda DAP seperti Zairil atau Nizar Jamaludin,” ujar Ahmad Amzad.
Kemelut yang mencengkam Pakatan Rakyat semakin meruncing apabila DAP mula memulaukan PAS terutamanya di Sabah dan Sawarak.
Keadaan semakin memburuk apabila PAS dalam Muktamar Tahunan ke-61 di Kuala Selangor pada Jun lalu menerima tanpa bahas usul Dewan Ulama agar PAS memutuskan hubungan dengan DAP.
Ia ekoran tindakan DAP mengisytiharkan ‘perang senyap’ dengan memutuskan hubungannya dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan isu PAS ingin melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
3 comments:
So bila Melayu Menteri Besar jadi proxy Dap apa jadi Sultan2 Melayu..ada kah mereka sudah menjadi Barua2 Dapigs juga?
Makk aii..pandainya ketua pemuda PAS kuala. Gganu ni..sekarang baru sedar ke..benda ni dah masuk 25 tahun orang perkatakan..rupa rupanya mu bengong lagi..
Malas komen pasal PAS yang terlampau cerdik lagi pandai.
وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
QS. al-Baqarah (2) : 120
Post a Comment