Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, June 17, 2015

PAKATAN BUBAR:KERAJAAN SELANGOR AKAN DIRANGKA SEMULA???

DAP mengisytiharkan bahawa gabungan parti tiga parti PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.

DAP dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebulat suara memutuskan untuk tidak lagi bekerjasama dengan PAS. 

Menurut Setiausaha Agung parti itu Lim Guan Eng, keputusan ini bertitik tolak daripada usul tanpa bahas Dewan Ulama PAS yang diterima tanpa usul semasa Muktamar Tahunan parti itu yang ke-61 untuk 'bercerai dengan DAP''.

Keputusan yang diambil oleh PAS itu dalam masa sama disifatkan sebagai Lim sebagai faktor yang ''membunuh' Pakatan Rakyat.

"CEC DAP terima usul dalam Muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP dan secara langsung pada masa itu PR sudah tidak wujud lagi," katanya menerusi kenyataan media.

Walaubagaimanapun DAP masih kekal bekerjasama dengan PKR.

Mengenai kedudukan kerajaan Selangor yang diperintah Pakatan selepas DAP dan PAS menyumbang masing-masing 15 kerusi dan PKR 13, kata Guan Eng DAP akan bekerjasama dengan PKR.

"Kesan daripada hal ini terhadap Kerajaan Negeri Selangor pula adalah sokongan DAP bagi kepimpinan Menteri Besar Selangor Azmin Ali untuk merangka semula kerajaan negeri dengan sebuah muafakat yang mampan."

Tidak jelas apakah PAS akan dibuang dalam kerajaan Pakatan di Selangor.

pada Isnin,  Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendakwa DAP semakin tidak sabar untuk keluar daripada pakatan pembangkang dan memutuskan hubungan dengan PAS.

"Saya melihat secara politiknya tindakan yang dibuat oleh DAP selama ini adalah mencari alasan untuk keluar dari pakatan rakyat dan putus hubungan dengan PAS.

"Dari segi rentetan, dia (DAP) yang mula-mula isytihar putus hubungan dengan PAS di Sarawak, selepas itu putus hubungan dengan PAS di Sabah, selepas itu dia putus hubungan dengan Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," katanya.

Hubungan PAS dengan DAP mula dingin apabila 'Langkah Kajang' yang dicetuskan PKR tidak disenangi oleh parti Islam itu terutamanya cadangan untuk mengangkat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim tahun lalu. 

DAP kemudiannya mengumumkan untuk memutuskan hubungan hanya dengan Hadi sahaja yang dilihat sering bertindak melulu tanpa persetujuan konsensus pemimpin PR lain.

Pakatan dibentuk pada April 2008, berikutan pilihan raya umum ke-12 yang menyaksikan BN kehilangan lima negeri kepada pembangkang dan hilang majoriti 2/3 di Dewan Rakyat

Sementara itu, Dalam pada itu, PKR akan mengadakan satu mesyuarat Biro politik untuk membincang kemelutan semasa Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata PKR akan membincangkan kenyataan Lim Guan Eng, kedudukan DAP dan Pakatan Rakyat pada 8.30  malam ini di Ibu pejabat PKR Tropicana, Damansara.

Beliau turut menegas di semua peringkat tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehinggalah pendirian parti mengenai perkara ini dimuktamadkan.

4 comments:

Anonymous said...

MARI KITA SELURUH RAKYAT MALAYSIA, KHUSUSNYA DI NEGERI SELAGOR. MANA ADA KERAJAAN DEMOKRASI DALAM DUNIA NI DI KUASAI OLEH 15 DARIPADA 56 KERUSI/ATAU 13 DPD 56 KERUSI DEWAN. DALAM KES PAKATATAN RAKYAT, DAP DAH DECLARE PR TELAH TIDAK WUJUD LAGI. INI BERERTI "IKATAN" PENYAPU PR TELAH TERBURAI. JADI TAKKAN PARTI YG ADA 13/15/15 KERUSI SECARA BERSENDIRIAN JADI KERAJAAN. PELIK TAPI BENAR. YANG LAGI PELEK KENYATAAN NIK ABDUH. TAK KAN TAK FAHAM. BILA BELAYAR DALAM SATU KAPAL, ADA YANG DAH BOCORKAN KAPAL YANG LAIN BOLEH TERUSKAN PELAYARAN. APA CERITA DAN TEORI POLITIK APA KE BENDA NI?

BN, PAS dan PKR yg pro PAS boleh buat gabungan kerajaan Selangor yg baru. Dalam membentuk pakatan, ideologi x sepatutnya bertentangan 180 darjah kerana ia akan menyukarkan. DAP terlalu rasis, tamakkan kuasa, ekonomi dan segala2nya dan x patut dijadikan pasangan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa