Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, June 16, 2015

GIILIRAN MAT SABU DAN MAHFUZ PENJILAT KOMUNIS KENA PECAT!!!


Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar (gambar, kiri) dan bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu merupakan antara 6 pesuruhjaya negeri yang digugurkan daripada jawatan tersebut, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Mohamad yang merupakan pesuruhjaya Pulau Pinang digantikan dengan Mohd Fauzi Yusof manakala Mahfuz digantikan dengan Datuk Amirudin Hamzah sebagai pesuruhjaya Kedah.

Turut digugurkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mohamad Taufek Abd Ghani, Adly Azhari (Melaka) dan Aminolhuda Hassan (Johor).



Senarai baharu pesuruhjaya negeri sesi 2015-2017 itu dimuat naik dalam satu kenyataan di laman Facebook milik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"PAS selesai melantik pesuruhjaya negeri sesi 2015-2017 dalam mesyuarat pertama parti itu baru-baru ini..

"Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Presiden PAS melalui Setiausaha Politiknya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, pelantikan itu membabitkan semua negeri," katanya.

Bagi jawatan pesuruhjaya negeri lain, kedudukan penyandang kekal termasuk Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yaakob dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad.

Muktamar Tahunan PAS Ke-61 di Kuala Selangor baru-baru ini disifatkan satu pertembungan antara golongan pro-Hadi dan profesional di mana akhirnya menyaksikan golongan pro-Hadi berjaya menguasai jawatan penting dalam parti itu. a

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa