Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, December 29, 2013

RAFIZI RAMLI ADALAH "MASTERMIND" GULING KERAJAAN 31 DISEMBER INI!!!???



Kalau tak kerana ada si bengong yang jadi penyokong Pakatan Rakyat teruja dan mula berkempen untuk menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi dengan mengambil contoh Mesir dan Libya, pastilah sekarang ini Pakatan Rakyat, khususnya PKR akan mendabik dada yang mereka adalah juara memperjuangkan rakyat dan menentang sebarang kenaikan kos.

Malangnya, pendedahan menunjukkan yang memulakan kempen berkenaan adalah golongan muda yang tegar menyokong Pakatan Rakyat. Antara mereka termasuklah seorang aktivis yang menuntut Royalti Petroleum Terengganu, Syed Husain Solahuddin bin Syed Hasan. Dia merupakan ahli PAS yang cukup aktif memberikan ceramah serta terlibat dalam pelbagai aktiviti parti berkenaan selain mengendalikan blognya sendiri.

Kempen-kempen yang dijalankan menerusi Facebook, terutama sekali di laman-laman pro Pakatan seperti KERAJAAN RAKYAT, sememangnya tidak dapat dinafikan membabitkan Pakatan Rakyat secara tidak langsung, memandangkan kesemua mereka adalah penyokong tegar Pakatan.

Namun sedar tentang implikasi yang timbul selain kes Lahad Datu yang belum selesai-selesai, para pemimpin Pakatan, khususnya PKR mula menafikan demonstrasi yang dirancang pada tengah malam 31 Disember 2013 di Dataran Merdeka nanti, bukan kerja Pakatan Rakyat dan bukan kerja PKR. Sedangkan berdasarkan kepada aturcara, antara yang akan berucap adalah Anwar Ibrahim dan beberapa orang pemimpin penting PKR.

Rafizi Ramli yang terkantoi dalam kes kerajaan jual aset negara, cuba mengalihkan perhatian kepada demonstrasi berkenaan. Dia cuba menimbulkan persepsi bahawa demonstrasi tersebut adalah gerakan kemarahan rakyat, bukannya yang dianjurkan oleh PKR dalam usaha menghasut rakyat agar melakukan rusuhan untuk menunjukkan kemarahan sekaligus menumbangkan kerajaan sedia ada menerusi gerakan berkenaan.

Dalam keadaan ini, siapa sebenarnya yang akan mendapat manfaat daripada demonstrasi besar-besaran yang kemudian menggoyahkan keutuhan sesebuah kerajaan? Mana mungkin PKR tidak terlibat sekiranya, dalam ucapan berapi-api yang bertujuan menghasut rakyat agar turun ke jalanan, para pemimpinnya sentiasa memberikan bayangan bahawa ‘KEZALIMAN INI HARUS DIHENTIKAN’ dan ‘KUASA HARUS DIKEMBALIKAN KEPADA RAKYAT’.

Siapa yang zalim dan siapa pula rakyat yang dimaksudkan? Apakah kerajaan yang ada sekarang ini bukan Kerajaan yang dinaikkan oleh rakyat menerusi proses demokrasi? Apakah kerana undi popular kerajaan sekarang pada 47% berbanding Pakatan Rakyat 53% menjadikan ini bukan kerajaan rakyat? Bagaimana pula dengan penguasaan 133 Kerusi Parlimen yang dimiliki oleh Kerajaan sekarang berbanding pembangkang?

Setiap demonstrasi yang melibatkan penentangan kepada kerajaan, pasti akan ada tangan-tangan Pakatan Rakyat. Walaupun yang menjadi pemimpin demonstrasi itu adalah pemimpin-pemimpin kecil Pakatan Rakyat yang berselindung di sebalik NGO seperti SAMM, hakikatnya kepala besar demonstrasi itu adalah orang yang sangat bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri dan merampas Putrajaya.

Penafian yang dibuat oleh Rafizi Ramli sebenarnya hanyalah penafian kosong. PKR yang sedang kemaruk untuk mendapatkan isu, selagi boleh mahu melibatkan diri sepenuhnya dalam gerakan massa ini. Apatah lagi, masalah kenaikan harga di Selangor yang dikuasai oleh PKR, semakin disedari oleh rakyat Selangor dan bakal mencetuskan masalah yang lebih besar.

Untuk lari daripada masalah tersebut, PKR perlu mencipta polemik terlebih dahulu dengan Kerajaan Persekutuan. Perhatian rakyat dan segala kemarahan perlu dihamburkan kepada Kerajaan Persekutuan yang ditunjangi oleh UMNO. Sebarang kenaikan harga, perlu dikaitkan dengan UMNO dengan sebarang cara walaupun di Selangor, yang melakukannya adalah PKR dan Pakatan Rakyat.

Sehingga kini, kita tidak mendengar sebarang keluhan atau bantahan daripada PKR tentang kenaikan beratus peratus yang telah diputuskan oleh kepimpinan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat. Yang mereka sibukkan hanyalah ura-ura kenaikan harga dan tarif yang belum lagi berlaku tetapi telah disuarakan oleh Kerajaan Persekutuan.

Paling menarik, bagaimana Rafizi Ramli hendak menafikan pembabitan PKR dalam penganjuran demonstrasi tersebut apabila nama-nama penting yang terlibat menganjurkannya merupakan pemimpin PKR sendiri?--SUMBER

1 comment:

Anonymous said...

sepertimana cita2 SiKiram diSabah dulu .. begitu juga hasrat tersembunyi "Guling Kerajaan 31 Disember ini"
apakah penganut PR faham dengan istilah ini "By Any Means Necessary" ??
kamu telah diperingat .. diberi amaran .. tapi masih mau juga meneruskankan cita2 makhluk "Anugerah Tuhan" itu?
PRU13 telah menetapkan siapa yg kuasai kerajaan atau negeri atas sokongan majoriti rakyat .. jangan dinafikan HAK mereka ... kalo penganut PR nak gulingkan kerajaan sekarang ... tunggu PRU14 yang akan datang
jangan salahkan orang lain bila ibubapa kehilangan anak ... isteri kehilangan suami ... anak kehilangan ibubapa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa