Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, November 07, 2013

TERKINI:KOMUNIS SERANG POLIS!!!


DAP sedang melancarkan serangan tersusun terhadap anggota polis Cawangan Khas (SB). Tugas SB yang sentiasa menyiasat segala agenda jahat dan tersembunyi DAP telah merimaskan mereka.  Perancangan yang lebih jahat dan kejam DAP bakal terbongkar sekiranya anggota polis Cawangan Khas ini tidak dapat dikekang.  Ini merupakan perkara yang tidak dapat mereka terima kerana banyak lagi perancangan yang lebih besar sedang mereka susun untuk merampas Negara.

Sejarah telah membuktikan bahawa tindakan DAP bersama pakatan pembangkang yang telah mendesak secara teratur adan berterusan penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat telah membawa kepada tindakan yang cukup berani dari pihak DAP dan sepakatan dengan mereka  menghina Yang Dipertuan Agong , Raja-Raja Melayu, lagu kebangsaan Negaraku, agama Islam agama rasmi Negara, Kalimah Allah dan mempertikaikan Ketuanan Melayu yang termaktub dalam perjanjian Pra Kemerdekaan dan Perlembagaan Negara.

Baru-baru ini MP DAP Steven Sim telah  mempersoalkan peningkatan jumlah anggota polis Cawangan Khas (SB) yang menurutnya menggambarkan bahawa keadaan pada masa sekarang lebih buruk berbanding semasa peringkat pertama Darurat. Sim (DAP-Bukit Mertajam) berkata SB merupakan unit khusus yang ditubuh untuk kerja-kerja risikan semasa Darurat. Beliau mempersoalkan adakah Malaysia bawah (Najib) lebih teruk berbanding semasa darurat?


Pada tahun lalu  SB yang telah menerbitkan kira-kira 380,000 laporan, yang dipercayai turut melibatkan pengawasan ke atas ahli politik telah membataskan dan mengekang agenda dan perancangan DAP.

Tiba-tiba DAP bertindak seolah-olah mereka risaukan kadar jenayah apabila ramai anggota SB mengawasi mereka sedangkan selama ini telah terbukti bahawa mereka tidak pernah lalai membela penjenayah yang “kononnya” dianiaya oleh polis. Mereka perlu tahu bahawa “bangkai” yang cuba ditutup oleh DAP terlalu busuk dan tidak mampu ditutup.

DAP terlalu sinonim dengan bencikan polis yang menjaga keamanan dan terlalu sayangkan penjenayah yang menggugat ketenteraman Negara. Itu adalah ciri-ciri utama DAP yang menggambarkan siapakan sebenarnya mereka. Oleh itu tindakan mereka yang kononya mengambil berat tahap keselamatan Negara merupakan lakonan basi yang sudah muak dipertontonkan.

Oleh itu kerajaan diminta untuk terus memantau kegiatan para pemimpin DAP ini dengan lebih ketat lagi. Hakikatnya para pemimpin DAP ini merupakan “time bomb” yang tidak boleh diperlekehkan. Agenda dan fahaman yang terlalu mirip  komunis yang diadaptasikan oleh para pemimpin DAP merupakan satu ancaman yang maha besar yang mampu mengundang bencana kepada Negara.

Kerajaan tidak boleh terperangkap didalam “game” para pemimpin DAP. Mereka harus bertindak empat lima langkah ke depan bagi memastikan segala perancangan dan agenda jahat DAP akan dapat dipatahkan dan dikekang dengan mudah dan selamat tanpa melibatkan dan mempertaruhkan keselamatan rakyat Malaysia dan keamanan Negara.

3 comments:

Anonymous said...

Ramaikan lagi anggota keselamatan di kalanagan orang Melayu...berikan kelengkapan paling kelas di dunia...biar digeruni oleh pengkhianat negara ini..

Anonymous said...

jawapan KP pun nampaknya hanya mempertahankan shj.
patutnya KP katalah penambahan anggota SB ikut keperluan dan bukan menunjukkn tahap keselamatan negara.dan katalah akan melipatgandakan bilangan SB selagi ada pihak2 yg terus menerus ingin menghidupkn fahaman komunis dlm negara.

Anonymous said...

DAP cucuk jarum perlahan-lahan supaya keyakinan rakyat terhadap kredibiliti polis makin terhakis. Persoalkan itu ini.. Jenayah naik, banduan mati, negara tak selamat.. Tapi bila polis buat kerja, puak komunis ni yang beria-ria bela penjenayah.

DAP dari segi struktur organisasi, strategi perang saraf, publisiti, pemikiran, indoktrinisasi sampai ke perangai pemimpin mengikut acuan komunis.. Komunis kat hutan dah letak senjata, sekarang komunis kat bandar yang naik kepala.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa