Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, November 06, 2013

PAS SENYUM PUN DAH TAK IKHLAS


TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat memorandum sokongan pengundi Cina terhadap Barisan Nasional pada majlis perjumpaan kaum Tiong Hwa tersebut di Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah, baru-baru ini.

SEBELUM ini, Pas begitu mendabik dada kononnya, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau merupakan salah satu daripada dua kubu terkuatnya di Kedah, selain DUN Tokai.
Bagaimanapun, keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau kelmarin membuktikan, hakikatnya kawasan itu bukanlah kubu kuat Pas.

Selama ini Pas bertahan hampir lima penggal di situ kerana Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak. Politik damai yang beliau pelopori telah membolehkan Allahyarham diterima oleh seluruh lapisan masyarakat di Sungai Limau.

Malah apa yang menarik bukan sahaja ahli Pas menyokong Allahyarham, malah bekas Menteri Besar Kedah itu turut meraih undi daripada penyokong Barisan Nasional (BN) dan atas pagar.

Keadaan itulah yang memungkinkan Sungai Limau dianggap kubu Pas tetapi apabila Azizan kembali ke rahmatullah, kekuatan Pas di situ tergugat. Sebab itulah sepanjang kempen PRK DUN Sungai Limau, Pas cuba memainkan sentimen Allahyarham Azizan.

Bagaimanapun, pengundi-pengundi khususnya orang Melayu tidak mudah terperangkap dengan helah tersebut apatah lagi ada antara pemimpin Pas yang turun berkempen di situ pernah menyusahkan Allahyarham ketika Allahyarham menjadi Menteri Besar.

Kesudahannya, Pas yang bercita-cita untuk memperolehi majoriti sekurang-kurangnya 2,000 berbanding 2,774 undi yang diperolehi oleh Allahyarham dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ternyata hampa apabila hanya mendapat 1,084 undi.

Berikutan keputusan itulah, ketika singgah minum pagi di sebuah warung di Yan Kechil, kelmarin penulis terdengar sekumpulan penyokong tegar Pas bersungut.

''Orang dah cakap ambik (ambil) umpan saja, bukannya makan mata kail, menang pun kalau majoriti macam tu buat malu saja, awatlah (kenapa) depa (mereka) ni tak pandai sangat'' kata salah seorang daripada mereka.

Penulis percaya, perbuatan itu berkisar dengan perolehan undi Pas memandangkan, parti itu begitu 
yakin bahawa pengundi-pengundi Cina akan terus menyebelahi mereka seperti PRU-13.

Tetapi sekali lagi, ramalan Pas meleset apabila pengundi Cina membuat keputusan memilih BN.
Bagaimanapun BN tidak boleh selesa dengan keadaan itu kerana sudah ada cakap-cakap sebelum hari pengundian bahawa pengundi Cina mungkin akan memberikan undi mereka kepada BN dalam usaha untuk menjaga hubungan dengan kerajaan negeri yang dipimpin oleh parti itu.

Bagi mereka, Sungai Limau hanyalah pilihan raya kecil dan bukannya pilihan raya umum, oleh itu tidak rugi apa-apa jika tindakan menyokong BN dilakukan.Namun begitu apa yang menjadi tumpuan bagaimana peningkatan undi orang Melayu kepada BN yang diwakili oleh UMNO. Ternyata orang Melayu semakin bimbang dengan corak politik Pas terutamanya sekali hubungannya dengan DAP.

Faktor ini menjadi penyumbang terbesar kepada perolehan undi BN, justeru biar pun kalah BN hakikatnya berjaya 'meretakkan' satu lagi kubu Pas di Kedah.

Perolehan undi majoriti 1,084 undi oleh calonnya, Mohd.Azam Abdul Samat membuktikan Sungai Limau tidak boleh lagi diiktiraf sebagai kubu Pas. Ia memandangkan dalam senario politik sekarang, mana-mana parti yang menguasai majoriti di bawah 1,500 undi, bila-bila masa sahaja boleh tumbang dalam pilihan raya.

Mengulas kejayaan ini, Exco Pemuda UMNO Mohd.Rafiq Naizamohideen berkata, ia menunjukkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak di peringkat pusat dan Datuk Mukhriz Tun Mahathir di peringkat negeri.

''Walaupun BN tidak berjaya merampas kerusi DUN itu yang merupakan kubu kuat Pas, kejayaan mengurangkan majoriti Pas daripada 2,774 undi kepada 1,084 undi iaitu pengurangan sehingga 1,690 undi adalah kejayaan besar buat BN,'' katanya ketika dihubungi.

Pencapaian tersebut adalah hasil kerja keras jentera BN khususnya dari seluruh negara ketika jentera tempatan dilihat tidak banyak membantu.

Selain kehadiran anggota Majlis Tertinggi termasuk anggota Kabinet yang sanggup turun padang membantu calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim, penghargaan tertinggi perlu diberikan kepada kepimpinan sayap UMNO.

Kegigihan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Naib Ketua Puteri UMNO Zahida Zarikh Khan yang 'berkampung' di Sungai Limau berjaya menambah jumlah undi yang diperolehi oleh BN.

Ketiga-tiga mereka sanggup meredah semua kawasan di DUN tersebut biar pun terpaksa mengharungi lumpur dan batas sawah semata-mata untuk menemui pengundi.

Ketekunan itu ditambah pula dengan kesungguhan Mukhriz yang ternyata mempunyai pengaruh cukup besar dalam kalangan pengundi. Kehadiran beliau di kawasan-kawasan kubu kuat Pas disambut mesra. Keadaan itulah juga yang membolehkan BN menambah undi atas faktor 'aura Mukhriz'.

Malah kejayaan BN merentap peluang Pas untuk memperolehi lebih banyak undi majoriti dianggap pengiktirafan rakyat kawasan itu terhadap kepimpinan Mukhriz.

Semua keadaan ini harus memberi peringatan kepada Pas bahawa mereka masih 'berkuasa' di Sungai Limau kerana sokongan pengundi tegar mereka dan sedikit sumbangan pengundi atas pagar, tetapi orang Melayu semakin meninggalkan parti itu.

Bagaimanapun, BN sebenarnya boleh mencapai kemenangan jika tidak berlaku 'opera politik' dalam dalam pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat bahagian.

Biarpun masing-masing berhujah bahawa tiada persengketaan sesama mereka, namun semua itu hanyalah 'wayang politik' dan sikap hipokrit 'darjah tertinggi' hingga menyebabkan BN gagal meraih undi yang mencukupi sebagai persediaan untuk menampung undi yang tidak diperolehi memandangkan Pas mempunyai pengundi tetap mereka.

Berdasarkan satu sumber, jentera pilihan raya yang dikendalikan oleh individu tertentu tidak melancarkan kempen seperti mana yang diharapkan, biarpun di hadapan semua orang, mereka berdegar-degar berjanji akan memastikan kemenangan BN.

Dalam soal ini, BN perlu menjalankan siasatan rapi untuk memastikan pemimpin dan penyokong mereka yang bersedia menjadi 'duri dalam daging' dan 'gunting dalam lipatan' dikenakan tindakan sekeras-kerasnya.

Sebenarnya, Pas juga mempunyai masalah dalaman termasuklah sabotaj terhadap percetakan risalah calon mereka, malah semua orang tahu ada antara pemimpin utama mereka tidak 'berlaga angin'.

Tetapi biar pun kita mengetahui bahawa mereka juga bersikap hipokrit namun sikap itu tidak sampai menyebabkan Pas kalah. Sebaliknya, mereka bersedia mengenepikan persengketaan tersebut demi memastikan parti mencapai kemenangan. Bagaimanapun dalam UMNO ia berbeza, persengketaan berlanjutan sehingga rela melakukan perbuatan yang memungkinkan BN tewas.

Kesimpulannya, keputusan di Sungai Limau membuktikan BN bukanlah parti yang ditolak oleh rakyat termasuklah oleh sebahagian pengundi Cina, justeru perbaikilah kelemahan. Kemenangan pasti akan diperolehi jika sindrom pemimpin UMNO bersedia menjadi pengkhianat kepada parti sendiri dihapuskan, strategi politik lapuk ditinggalkan, jentera tempatan diperkasakan dan hanya kelompok pengundi yang tahu mengenang budi sahaja diutamakan.

Jika ini dapat dilakukan sudah pasti bukan sahaja di Sungai Limau malah di mana-mana juga kawasan, BN mampu mencapai kemenangan.


1 comment:

Anonymous said...

salam iktibar sikap tk sedar diri pimpinan UMNO pd Cina..PRk Sungai Limau.. jgn tertipu dgn wayang Cina.. apakah kita masih xbelajar dr tipu Cina? jika mereka sokong betul2 so UMNO akan bg mcm2 balik pd Cina??? xckup lg kah yg tergadia selama ni??

Kalau tempat yg majoriti Melayu sbg pengundi pun UMNO masih tergila2kan Cina.. masih tebiang nk usap tengkuk Cina.. apakah akan jd di tempat yg Cina sama banyak? apakah kan terjadi paca cara UMNO jika Cina masih sokong BN? inilah hikmah Allah SWT nk tnjuk.. UMNO lupa asal usul..

bila Cina paling tadah baru nk nampak..tp tu pun masih jilat tk bersebab.. syg sgt UMNO pd Cina mcm jantan yg gila talak..

klu xumumkan peruntukan pd Cina pn.. Cina mmg sudah kaya.. Cina mmg sudah ada jaringan dana.. wpun beberapa kerat shj rumah kedai di Sungai Limau milik Cina.. tp Melayu yg ramai sbg petani tu ditundukkan oleg Cina yg sekor dua itu shj..

tp malang.. pemimpin UMNO terutama Muhyiddin masih buta hati.. mungkin terpksa ikut nafsu Najib yg masih terkenang berkasih dgn CINA...???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa