HARI ini adalah hari paling celaru dalam negara ni, semuanya gara-gara pengumuman kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan semalam.
Duduk pejabat, bukak facebook atau whatsapp, semua jadi tak betul. Walhal tadi datang pejabat, tekan minyak laju macam itu juga, tak ingat-ingat yang cara itu meningkatkan lagi penggunaan minyak.
Bila minyak naik, pandai pulak bising.
Ada yang kononnya menyokong kerajaan tiba-tiba tukar tone Anwar Ibrahim dan sebagainya, sehinggakan persoalan bila diumumkan pun jadi isu besar juga – orang nak cari pasal macam itulah, tak dapat cuit yang itu, dia cuit yang ini.
Kisah penyeludupan minyak di sempadan pun dah tukar jadi kisah tahyul yang setaraf filem pontianak dan hantu Mak Limah.
Tapi inilah kisahnya pagi ini yang penulis lihat berlaku. Dari malam tadi macam-macam bodoh keluar dah, tapi pagi ini keadaan bertambah parah – mungkin tak sempat isi penuh malam semalam sebab stesen minyak penuh.
Bukan penulis kata mesti bersetuju dengan setiap keputusan kerajaan, tapi dalam soal harga minyak naik macam diumumkan semalam, ia sudah jadi lumrah di Malaysia ini. Zaman Mahathir yang dikatakan era kegemilangan Malaysia itupun kenaikan berlaku, zaman Paklah berlaku, zaman ini pun berlaku.
Tidak ada apa yang baru.
Dalam masa sama, jangan lupa, kerajaan pun pernah dalam sejarah turunkan harga minyak juga, kalau tidak salah penulis 4 kali sejak Ogos 2008. Datuk Seri Najib sendiri sudah pernah turunkan harga minyak ke paras RM 1.80 seliter, sebelum dinaikkan kepada RM 1.90 seliter pada 2010 – harga yang berkekalan sehingga semalam.
Adakah harga barang ikut turun setiap kali kerajaan turunkan harga minyak? Tidak juga, sebab naik turun harga barang ini dikaitkan dengan banyak faktor terutamanya prinsip asas dalam ekonomi, demand & offer (permintaan dan penawaran). Adakah kerusi parlimen BN bertambah naik dalam PRU13? Kita masih menang, tapi jumlah kerusi lagi teruk dari 2008, walhal minyak turun 4 kali!!
Jadi apa isu sebenarnya? Penulis malas nak sentuh soal bersyukur atau kufur nikmat, takut perbahasan mati cepat sangat.
Yang penting untuk kita semua fahamkan, turun naik harga minyak bukan satu-satunya faktor yang menyumbang kepada tahap sokongan rakyat. Macam yang penulis sebut semalam, Mesir pun minyak murah, tapi Presiden negara itu dah 2 orang yang kena buang.
Anwar Ibrahim pun tak berani janji nak turunkan harga minyak. Tidak ada dalam mana-mana dokumen rasmi PKR, PAS dan DAP (tiga parti pembangkang yang bertanding dalam pilihanraya) bahawa harga minyak akan diturunkan. Yang di jaja itu adalah janji yang dibuat Pakatan Rakyat – pertubuhan yang tidak sah dan berdaftar secara rasmi.
Tak percaya, sila periksa semula betul atau tidak, semua janji pembangkang dibuat atas nama Pakatan Rakyat, walhal yang bertanding dalam pilihanraya bukan Pakatan Rakyat pun tapi masing-masing DAP, PAS dan PKR. Soal ini nampak remeh kepada yang nak memandangnya begitu, tapi itulah hakikatnya.
Kita pun tak terima janji dari orang yang kita tak pasti itu namanya atau tidak.
Belum disebutkan lagi dengan ancaman perang di Timur Tengah, harga minyak mentah di pasaran antarabangsa pun dah meningkat naik kepada USD 114 se tong, berbanding sekitar USD 60 se tong ketika penetapan pada harga RM 1.90 dibuat pada tahun 2010.
Again, ini semua alasan sama, setiap kali kenaikan berlaku inilah fakta yang akan ditampilkan. Nak kata lapuk pun tak boleh juga sebab pembangkang pun guna alasan yang sama setiap kali - kenaikan harga minyak menyebabkan kenaikan harga barang. Persoalannya disitu, kenapa yang kita lapuk, yang dia tidak?
Jadi kita terimalah hakikat, inilah setakat keupayaan negara kita untuk menanggung subsidi petroleum ini. Harapannya setelah harga minyak kembali stabil bila kajian semula fiskal ekonomi negara dilakukan 6 bulan akan datang, kerajaan akan bermurah hati untuk mengkaji semula harga minyak ini.
5 comments:
bodoh bengap
Pak Cik Motor Said:
Kebanyakan yg bising dan kecoh bila minyak naik ialah kawan kawan saya yg masa PRU 13 mereka yg pakai kereta Mewah seperti Hilux dll..ke hulu kehilir dgn sombongnya usung bendera PR...tapi di bibir mereka terselit rokok yg harga sekotak RM10.00...mereka minum di restoren OLDTOWN white coffee walaupun secawan kopi pun harga nya Mahal...harga gunting rambut pun naik..apa kena mengena dgn minyak mahal...sebab persatuan kedai gunting rambut kuat.
sapa pi mekah bolehlah tahu sama ada barang produk jualan kat sana adalah kekal tak naik atau sebaliknya naik setiap tahun meskipun harga petrol tak pernah naik.
ini bermakna di negeri yang mana petrol adalah murah dan kekal tidak ada jaminan harga barang akan kekal.
hanya mereka yang bebal saja berasakan di negeri yang mana harga petrol termurah dan kekal lalu harga barang otomatik kekal stabil... bullsheet
Yup. Harga minyak turun 4 kali bermula 2008. Tp harga barangan tetap naik. Jika logik harga brg naik disebabkn harga minyak naik, knp bila harga minyak turun harga brg tdk ikut turun? Sbnarny kita awal-awal dh sediakan alasan utk golongan peniaga naikkan harga brg. Mentaliti tuan. Susah nk diubah.
Cinabeng kuasai ekonomi minyak turun harga tak turun. Apa kerajaan tak ada taring?Hanya politik nyawa ikan yang tinggal.Nak harap Ah jib gor pergI mampus lah rakyat marhaen baik dia tolong cinabeng.Dong zhong saudara ku.Pas Pun suka Dapig 2x5.Salahkah Ah Jib gor!
Post a Comment