Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, September 02, 2013

RAKYAT MENGAMUK DI PETROL STATION


Beberapa keping gambar telah dikongsi di laman-laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter berkenaan situasi semasa yang berlaku sebelum jam 12:01 malam di stesen-stesen minyak di seluruh negara.

Bermula dengan keadaan sesak kenderaan yang merebut harga akhir minyak RM1.90 bagi RON95 hinggalah gambar suasana berselerak sebuah stesen minyak.

Keadaan berselerak tersebut dipercayai akibat daripada perbuatan pengguna yang tidak berpuas hati dengan pengusaha stesen minyak. Pengusaha stesen minyak itu memaklumkan bahawa minyak di stesennya telah pun habis.

Akibat bengang dengan dakwaan tersebut, pengguna tersebut dikatakan bertindak liar dengan merosakkan beberapa pam.

Beliau bertindak demikian kerana beranggapan pengusaha stesen minyak tersebut cuba mengambil kesempatan dengan menyimpan minyak.
p/s: Berebut nak beli minyak dengan harga RM1.90, macamlah tahan sampai 5 tahun.

SUMBER: BLOG PILIHAN ANDA

Sent from my iPhone

10 comments:

Anonymous said...

Sign for BN to revisit the policy!

Anonymous said...

Dengari luahan dr rakyat marhein khususnya golongan pertengahan mcm kami yg x lyk dpt BRIM :

"Salam YAB Dato Seri.....

Terlebih dahulu sy merasa bersyukur di atas nikmat yg Allah berikan kpd kita serta selawat dan salam junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. 

Biarpun tindakan kerajaan menaikan RON95 ada kebenarannya tetapi kerajaan harus JUJUR & IKHLAS di dalam memberikan sesuatu kenyataan. 

Adakah kerajaan YAB Dato Seri telah melihat kembali janji janji yg telah ditaburkan semasa pru yg lepas. Genap 100 hari penyokong BN telah dihadiahkan dan berita ini. 

Dato Seri DULU berkata .....KITA INGIN MERASA DENYUT NADI RAKYAT....tapi ini di manakah sekarang? Nadi Rakyat dah HILANG selepas PRU? Nadi dah tiada????? Dah matikah jasa ORG BN???? Banyak faktor utk kita mempertikaikan tindakannya kerajaan antaranya: 

1. Kenapa dulu kerajaan berkata tiada kenaikkan minyak dlm masa terdekat sedangkan baru 100 hari. Kenapa tak janji dulu undi BN minyak naik? Adalah sekadar polemik atau bnr persepsi pembangkang. UNDI BN BRG NAIK? 

2. Pengukuhan ekonomi? Adakah memang tiada cara lain utk kukuh ekonomi Malaysia dan berjimat , saya nak tanya yg kerajaan berbelanja semewah sekrg ni apa cerita?....tukar kereta perdana, sambut jamuan hari raya bermewahan disetiap kementerian, menaikkan duit BRIM? Adakah dan duit BRIM ini BN dapat undi der? 

3. Apakah pegawai penasihat di sekeliling Dato Seri tak pandai menilai kenapa NILAI RM jatuh mendadak sekrg? Tak reti nak betulkan balik? Kalo tak reti letak jawatan. Maaf Dato Seri... rakyat dah pilih jalankan kerja sebaik mungkin. 

4. Dan kenaikkan harga minyak kerajaan kata hanya BERHARAP tiada org akan mengambil kesempatan menaikkan harga barang. Takkan kita tidak belajar dr sejarah???? Barang mana yg tak naik setiap kali kerajaan umum harga minyak naik. Harga minyak tak naik pun harga ayam tak boleh kawal 

5. Harga minyak dunia naikkah sekarang? Kenapa ron 97 tak naik? 

Maaf...saya hanya meluahkan apa yg terasa dihati oleh golongan marhain macam saya dan lain lain yg mengeluh bila mendengar kenaikkan ini. 

Penat filem TANDA PUTERA di tayangkan sekrg ....tapi sayang..... Damage harga minyak mengatasi filem tersebut ....akhirnya DIMANAKAH MELAYU? Hanya melukut ditepi gantang ? Sapa lah kita. Cina tetap hati Dato Seri Najib bgkan menatang minyak yg penuh. Kami penyokong BN hanyalah golongan yg keluar mulut naga masuk mulut buaya.

Wassalam

tobeng said...

Beratur panjang sampai berjam2 dapat jimat rm4-5 aje.Berbaloi ke?Itu belum kira kos minyak yg terpakai semasa menunggu giliran,penat lagi,buang masa lagi,tension lagi.Akai ada?

Lepas tu mengamuk jadi kes polis,kena jel atau bayar denda lagi.Semata2 sebab nak selamatkan rm5.

Anonymous said...

"Berebut nak beli minyak dengan harga RM1.90, macamlah tahan sampai 5 tahun."

Ko kaya boleh le cakap macam tu. Yang meskin macam kami ni... RM5 -10 extra tu maknanya soru tak miss untuk hari esok. Atau anak dapat toy yang abah janji...

Anonymous said...

pengikut Morsi juga marah tetapi kesabaran akhirnya mampu mengawal perasaan.

selebihnya, keselamatan pengguna lain dan pekerja harus diambil kira dalam apa jua tindak tanduk individu pengguna.

Anonymous said...

bodoh berganda

Anonymous said...

JANGAN NAK KIRA DENYUT BERDENYUT JER APA SANGAT RM45 SEBULAN (PURATA) BERBANDING INSTALMENT KERETA YANG KEJAM MATA JER BAYAR SAMPAI RM800/SEBULAN HANYA KERANA NAK TINGKAT STATUS DAN GAYA - JANGANLAH RAMAI SANGAT YANG NAK MELALAK ATAU RASA DIZALIMI...BUKAN MENYOKONG KERAJAAN MEMBABI BUTA , TP KENYATAANNYA BUKAN MUDAH NAK PENUHI SEMUA KEPERLUAN...KETIRISAN DALAM MENIKMATI FAEDAH TETAP ADA.... KITA LUPA NAK JENGAH BAHAWA SEBENAR-BENARNYA TERDAPAT PADA PERATUSAN YANG AMAT TINGGI...DI LEMBAH2 KOTA TERUTAMANYA, TERLALU RAMAI YANG MEMILIKI KEUPAYAAN MEMILIKI KENDERAAN BERHARGA LEBIH 80K SEKARANG INI...MALAH ADA YANG MEMILIKI LEBIH 3 BUAH KERETA WALAUPUN PADA HAKIKATNYA YANG MEMANDU HANYALAH SUAMI ATAU/DAN ISTERI (TOLAK KETEPI ANAK-ANAK YANG MEMANDU JUGA). BETULLAH HASRAT KERAJAAN MENCEDOK SEDIKIT SUBSIDI YANG BANYAK JUGA DIRAIH OLEH MEREKA YANG MAMPU INI UNTUK DIBAHAGIKAN KEPADA GOLONGAN "MOTOR KAPCAI" DI DESA MAHUPUN KOTA MAHUPUN GOLONGAN YANG MEMANDU KENDERAAN BAWAH 50K YANG TERGOLONG DALAM GOLONGAN "KERETA ADALAH KEPERLUAN". CUBA LIHAT DI JALANRAYA...KENDERAAN JENAMA BARAT SEKARANG INI....BERAPA RAMAI YANG SEMAKIN MAMPU MEMAKAINYA.... ITU BUKAN LAGI NEED SCENARIO...TETAPI JUGA LEBIH KEPADA WANT AND DESIRE...... SETAKAT PURATA MEMANDU KOS MINYAK RM15 SEHARI...APALAH SANGAT PENAMBAHAN RM1.50 ... YANG SEBULAN HANYALAH PENAMBAHAN RM45 BERBANDING MEREKA YANG RATA-RATA SANGGUP BAYAR INSTALMENT RM1000-RM1500 BERBANDING PENERIMA BR1M YANG PALING-PALING GUNA PROTON INSTALMENT RM450..... SAYA ADALAH PENERIMA BR1M... TIDAK MELATAH HANYA KERANA KENAIKAN RM0.20/LITER YANG KALAU PUN TERPAKSA BAYAR LEBIHAN RM45/BULAN ATAU RM540 SETAHUN DAN KEMUDIANNYA MENDAPAT RM750/BR1M SETAHUN (KALAU KERAJAAN NAIKKAN SEBANYAK ITU SAHAJA BAJET TAHUN INI)....BUKANKAH KERAJAAN TELAH BERTINDAK ADIL MENGAGGIHKAN HASIL NEGARA KEPADA SASARANNYA???????

anti-malaun said...

Bodoh......otak kat kepala lutut gamaknya...

Anonymous said...

Hadiah najib !

Anonymous said...

7:47,

kat sini je si miskin pakai moto kapcai, kalau kat AS si miskin naik pengangkutan awam Bro... kik kik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa