Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, April 29, 2012

BERSIH 3.0: JIHAD DAN KEWAJIPAN YANG TELAH TERLAKSANA







Semalam Bersih 3.0 yang didalangi oleh Pakatan Pembangkang telah memperlihatkan wajah mereka yang sebenarnya.

Ahli politik jahat telah mengarahkan penyokong mereka yang telah berjaya mereka perbodohkan dan ganas menyerang dan buat huru hara di Ibu Kota Kuala Lumpur.

Hasil dari arahan dan keganasan itu, satu rusuhan besar telah berlaku. Kuala Lumpur menjadi medan perang. Perusuh menyerang dan mengganas seperti mereka telah hilang akal.


Anggota Polis yang bertugas mengawal keadaan menjadi mangsa. Ramai di kalangan mereka cedera dan ada yang mengalami cedera parah.









Tidak cukup dengan itu kenderaan polis dan harta awam dijahanamkan sesuka hati oleh perusuh ini. Kerugian beratus ribu terpaksa ditanggung oleh pihak polis dan DBKL.

Apakah maknanya ini semua?

Apa awalannya, penganjur perhimpunan ini menjanjikan sesuatu yang aman dan tidak akan ada keganasan yang akan berlaku. Tapi ternyata yang sebaliknya telah berlaku.

Kerisauan pihak kerajaan tentang perhimpunan ini bersebab. Kerajaan menawarkan beberapa lokasi kepada penganjur untuk perhimpunan ini berlangsung namun ianya ditolak.

Memang sejak awal, tujuan utama Bersih 3.0 ini adalah untuk merusuh dan membuat keganasan. Janji penganjur ianya adalah sesuatu yang aman adalah retorik semata-mata.

Apa yang dikesalkan adalah ada parti politik yang kononya Islam telah mewajibkan ahlinya menyertai Bersih 3.0 ini. Tuan gurunya telah meletakan penyertaan ahlinya sama taraf dengan jihad.

Jadi menyerang polis dan merosakan harta benda adalah jihad bagi parti politik ini. Bayangkan pula jika parti politik ini diberikan mandat menjadi kerajaan. Sudah pasti keadaan yang lebih teruk dan zalim pasti akan dihalalkan oleh mereka.

Agama apa yang mengajar dan membenarkan keganasan dan kemusnahan seperti semalam berlaku? Namun atas laba politik semua ini diwajibkan ke atas ahli parti politik tersebut.

Jihad sebenar adalah apa yang dilakukan oleh anggota polis dan keselamatan yang mengawal keadaan semalam.

Mereka sanggup bertarung nyawa dan berbenteng dada dalam memastikan keselamatan negera sentiasa menjadi keutamaan.

Kepada mereka yang cedera dan menderita sakit akibat keganasan perusuh Bersih 3.0, ini adalah jihad yang sejati dan Allah jua yang membalasnya.

Mereka perlu diberikan penghormatan dan mereka adalah wira negara. Penghargaan sewajarnya perlu diberikan oleh pihak kerajaan.

Kepada yang rasa merusuh itu satu jihad, mereka perlu segera bertaubat dan mohon keampunan Allah. Pintu taubat sentiasa terbuka.

Bayangkan pula jika ayah, ibu, saudara atau sahabat kita dicederakan sedemikian rupa tentu sahaja kita akan berdukacita dan sedih. Jangan terlibat lagi dalam hal yang merosakkan ini.

Akhirnya, parti pemimpin parti politik yang menwajibkan Bersih 3.0 wajib bertanggungjawab ke atas keganasan yang berlaku atas tindakan ganas ahlinya.

Jangan lepas tangan atau tunding jari ke arah orang lain. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

JPX

3 comments:

PenganutPAS said...

Polis dah menjalankan tugasnya dengan cemerlang . Bagi mengelak rusuhan ini berulang, sekarang terpulang kepada Pejabat Peguam Negara .

Bermula esok rakyat akan menunggu tindakan susulan dari Peguam Negara . Adakah Pejabat Peguam Negara boleh diharapkan oleh rakyat supaya kegiatan Samseng Politik Jalanan ni tidak berlarutan .

Mungkinkah Peguam Negara terus tidur sebagimana rusuhan Bersih sebelum ini ??

Anonymous said...

Beruk beruk yang gambar nya ada dalam video, bersediap sedialah kamu. Kami akan tolong Polis untuk mencari kamu di seluruh Malaysia. Supaya kamu dapat hukuman di dunia, Insyaallah. Di akhirat belum tahu.

Anonymous said...

Satu lagi catatan sejarah malaysia terpalit dengan sisi hitam..aku bukan salah seorang pejuang malayan union atau salah seorang yg mempertahan anak bangsa dlm peristiwa 13 May. Aku adalah waris keturunan Melayu yg lahir di era 70an. Aku nak Melayu yang sama agama, bahasa, adat, budaya dengan aku berpikir guna kepala otak....jangan berpikir guna kepala lutut. Tak cukup BERSIH? TELUS? BEBAS? pihak kerajaan yang ada sekarang? BerJIHAD utk menentang kerajaan yg ZALIM? Hang pa tak rasa lagi diperintah oleh orang yg nama tak dak BIN (malayu la tu) , Aku nak hang pa p dok Singapore cukup la...hang pa nak duduk berkumpul lebih 4 org pun lepas 10mlm. ..kirim salam. Aku tak mau ckp pasai negara org..
BERSIH? TELUS? BEBAS?
Tak payah ckp la..hang pa kalau di beri peluang jd kerajaan..lingkup Tanah Melayu Yg BeRaja ni..sejarah da membuktikan...apa da jadi di selangor...apa da jadi di perak..999thn tanah tol...hang pa org yg lupa sejarah. Sejarah tak pernah tipu. 4 negeri hang pa menang masih hang pa cakap tak ' BERSIH', tak ' TELUS' ..chhiitt..dey. .hang pa nak semua negeri baru hang pa rasa bershiit...aku kesian kat hang pa dok jihad utk imam mata lebam hang pa. Aku sedih sebab ISA dah tak ada. Alangkah baik nya jika ISA tidak dihapuskan..bara yg baru nak membara dan membakar..bisa padam dek ISA., sedih terlalu diberi ruang kpd kebebasan hak asasi kononnya.
Apa yg hang pa kata di zalimi? Adakah hang pa di sekat utk belajar sehingga hang pa dpt menggenggam segulung ijazah? Adakah hang pa dihalang memilih kerjaya yg hang pa duka..ada kah duit gaji hang pa di paksa diserahkan utk tabung2 tertentu...adakah hang pa di paksa utk meminjam PTPTN? hang pa p dok kat palestine kalau hang pa nak tau erti sebenar di zalimi...aku pecaya hang pa2 semua..paling busuk pun mengaji sampai spm...tak kurang juga hasil produk2 IPTA...tapi sayang hang pa tak guna kewarasan utk menilai yang hak dan yang batil...
Mungkin barangkali hang pa akan merasa puas jika Tanah Malaysia yang bertuah ini menjadi seperti Mesir the next..
Chaww

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa