Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, December 26, 2010

SIRI BERCAKAP DENGAN TIN: HADI AWANG ADA KUASA BATIN MELAMPAU???? BAHAGIAN 1


1. Fatwa-fatwa ringkas oleh pemimpin PAS yang bertentangan dengan AKIDAH ISLAM dan bercanggah dengan hukum seperti yang disediakan oleh Datuk Dusuki Ahmad dan disiarkan dalam Bicara Agama (kelolaan Astora Jabat).

2. Tuduhan kafir kerana memerintah negara secara berkongsi/berikat dengan parti-parti yang ahlinya bukan Islam.

3. Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1964. Mereka berhujah dengan ayat 28 surah Al-Imran. Tetapi tindakan mereka hari ini melibatkan diri dalam Barisan Alternatif yang ikut serta parti DAP telah menghalalkan fatwa mereka sebelum ini.

4. Membuat tuduhan bahawa kerajaan Malaysia memisahkan agama dari politik dan dengan itu menjadi kafir.

5. Tuduhan ini bermula dalam kempen pilihanraya umum 1978 sebaik saja PAS keluar daripada BN, dan berterusan sehingga sekarang.Haji Hadi juga dalam ucapannya pada 7 April 1981 di Banggol Peradong, Kuala Terengganu telah menegaskan:

" Kita tidak payah menukar agama. Kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku."

6. Sebenarnya tidak ada sesiapa yang berkata bahawa Islam dan politik itu berpisah, kerana ajaran Islam meliputi semua bidang kehidupan termasuk politik. Tetapi pemisahan yang berlaku adalah dari segi perlaksanaan menurut keahlian seseorang yang melaksanakan bidang-bidang kehidupan yang berbeza.

7. Nabi Muhammad SAW adalah seorang rasul yang menerima wahyu dari Allah. Melalui wahyu, baginda bertindak sebagai pendakwah, dan pada masa yang sama sebagai pemimpin negara, panglima perang, hakim, imam sembahyang dan lain-lain.

8. Tetapi selepasa wafat Nabi Muhammad, ketika itu negara Islam sudah meluas dan bilangan rakyatnya sudah ramai, maka tugas-tugas pentadbiran hal-hal keduniaan ini terpaksa diagih-agihkan kepada yang layak dan berkemampuan,

9. Seorang yang menjadi kadhi tidak mungkin pada masa yang sama menjadi panglima perang. Begitu juga dalam bidang-bidang yang lain. Semuanya terpaksa dipisahkan mengikut keahlian masing-masing.

10. Nabi sendiri pun telah memisahkan tugasnya diantara tugas-tugas kerasulan (Ar Risalah) dengan tugas kepimpinan manusia (Siasah Linnas Wa Riasah Ad-Daulah).

BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 2

JPX

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa