Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, November 03, 2015

TONY PUA MINTA BANTUAN AHLI PARLIMEN PONDAN!!!


Di saat seluruh negara sedang ternanti-nantikan program debat 1MDB diantara Pengerusi 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy dengan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara merangkap ketua Biro Publisiti DAP, Tony Pua berlaku, Tony Pua hari ini dilihat mencari helah agar program berkenaan tidak berlaku.

Pelbagai helah dan alasan dikemukan Tony sejak perkhabaran debat ini di war-warkan samada menerusi media massa mahupun media-media sosial. Tony juga sejak akhir-akhir ini cuba mengelak dari memberikan sebarang kenyataan berhubung debat berkenaan. 

Beliau seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu dari di ketahui oleh umum yang mungkin akan tersingkap andai program debat berkenaan menjadi kenyataan.

Di saat Tony kian terdesak mencari jalan keluar terhadap cabaran yang beliau mulakan sendiri, terdapat cadangan daripada pembenci 1MDB termasuk para pentaksub Tun Dr Mahathir sendiri agar Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli bergabung dengan Tony bagi berhadapan dengan Arul Kanda andai keadaan mendesak.


Kedua-dua Ahli Parlimen ini dilihat antara yang paling lantang menghentam kewujudan 1MDB dengan mengeluarkan pelbagai andaian, tohmahan dan dakwaan liar terhadap 1MDB. Jadi, untuk berlaku adil, adalah wajar bagi Tony Pua mempelawa Rafizi Ramli menyertainya dan seterunya bergabung dalam isu debat yang sudah hampir seminggu tertangguh.

Ramai yang melihat kewajaran gabungan ini kerana kedua-duanya mewakili pembangkang dan seterusnya samada Tony ataupun Rafizi sendiri dapat menjaga aib masing-masing dari tersingkap andai debat ini berjaya dilakukan. Selaku bekas pelajar terbaik Koleh Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan bekas orang kuat Petronas, Rafizi pastinya enggan maruahnya diperkotak katikkan oleh rakyat Malaysia.

Ini mungkin antara jalan keluar terbaik bagi Tony Pua untuk kembali “bernyawa” dan menyahut cabaran debat yang kini dilontarkan oleh Arul Kanda dan ianya menjadi peluang terbaik bagi kedua-dua belah pihak untuk membuktikan kebenaran masing-masing.

Masalahnya, beranikah Rafizi Ramli? Hanya beliau sahaja yang mampu menjawabnya.

1 comment:

Anonymous said...

Pondan jambu hanya berani tadah jubor pada Al Jubs......lain2 hal....kecoooot!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa