Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, November 02, 2015

ARUL KANDA BUAT TONY PUA KOMUNIS MENYOROK DALAM HUTAN!!!


Tidak semena mena kerana cabaran debat dari Tony Pua kepada Arul Kanda menyebabkan nama 1MDB dan imej nya naik mendadak dan telah membuatkan ramai rakyat mula sedar dan buka mata kepada keseluruhan isu nya.

Selama ini rakyat yang telah di sogok kan soalan soalan yang bertujuan mengelirukan dan menampakkan seolah olah 1MDB ada masalah besar.

Walaupun ia cuma masalah biasa satu organisasi perniagaan seperti mana mana konglomerat lain.

Ia cuba di nampak kan bermasalah besar kerana seseorang telah mahu menjadi kan ia alat untuk menurunkan Perdana Menteri yang enggan jadi “Pak turut” dan juga kerana telah mengambil semula banyak syarikat IPP milik kroni nya yang telah menelan berbillion wang rakyat.

 Atas sebab itu dan juga beberapa sebab lain maka 1MDB di kenal pasti sebagai “alat” untuk di gunakan.

Sebaik sahaja Tony Pua mencabar CEO 1MDB , Arul Kanda untuk berdebat , tanpa di sangka nya Arul Kanda menyahut dan menerima tetapi bersyarat bukan bertujuan untuk mencari alasan, tetapi kerana Tony Pua juga berada di dalam pihak PAC yang menjalani urusan siasat terhadap 1MDB maka tidak sesuai jika dia memegang jawatan itu sambil mahu mengadakan debat.

Oleh kerana menyedari Tony Pua sudah ada alasan untuk tidak mahu berdebat maka semalam Arul telah menggugurkan syarat itu supaya debat dapat di ada kan. 

Malah lebih jauh dari itu Arul juga setuju dengan kehendak Tony Pua agar dia sahaja yang menyoal dan Arul menjawap, umpama ajak bertinju dengan syarat Arul tidak boleh menumbuk nya kembali.

Semalam isu ini menjadi viral , dan kebanyakan warga alam maya memandang tinggi kepada Arul dan 1MDB.

Mereka mula berfikir kenapa CEO 1MDB sanggup bersedia berjumpa di atas pentas dengan syarat begitu.

Kami dari awal sudah tahu isu 1MDB adalah ciptaan sahaja dan tanpa isu 1MDB pun mantan PM akan mencari helah lain demi mahu mencapai hasrat menurunkan PM yang enggan jadi boneka nya.

Sehingga kini setelah hampir setahun lebih 1MDB di serang tidak seorang pun rakyat Malaysia sudah melihat bukti nya. Kebanyakan yang tidak setuju dengan 1MDB pun sudah beralih lari kepada isu Derma demi mahu mengelak kan diri dari menerima hakikat tiada bukti kepada pertuduhan 1MDB.

Pada yang mahu berfikir tentu mereka akan tanya jika sudah ada bukti tentu sekali dengan sikap pelayar alam maya yang tiada sifat menyimpan rahsia akan memviral kan segala bukti dan akan menghebah kan nya.

Clare Brown juga sudah sembunyikan diri, individu yang konon nya banyak bukti yang boleh dapat perlindungan antarabangsa jika datang ke Malaysia membawa bukti pun takut hendak menonjolkan diri di sini.

Apa tah lagi dengan mantan PM yang mula sedar dia tidak dapat menggunakan isu 1MDB dan sebelum di katakan pembohong dengan segera menyatakan tidak melaporkan kepada Polis kerana ketiadaan bukti.

Namun agak terlambat sedikit kerana rakyat sudah ada yang terpengaruh dan kini beralih kepada isu derma seolah olah derma satu dosa pula. Sedang tujuan asal mereka ada lah wang 1MDB.

Kembali kepada topik kita , kini beberapa personaliti dari DAP cuba mengalih kan isu dengan menaikan pelbagai status di tweet dan FB mereka seolah olah mahu menarik perhatian bertujuan mengalih kan isu supaya sahabat mereka Tony Pua tidak malu .

Kini sudah ada pula individu yang cuba selamat kan Tony Pua dengan menyatakan debat itu tidak perlu di ada kan.

Parti DAP juga amat takut dengan isu debat ini kerana mereka mahu drag isu 1MDB sehingga PRU14 dan jika ia di matikan di debat maka tiada modal lagi untuk DAP pengaruh rakyat Malaysia.

Yang jelas sekarang ini nama 1MDB dan keberanian Arul Kanda menjadi bualan rakyat Malaysia dan kebanyakan mereka mula memandang tinggi dan mula berfikir  tentu ada sebab Arul tidak gentar berhadapan dengan Tony di depan rakyat Malaysia.

Yang pasti keyakinan mula bertandang kepada 1MDB itu sudah pasti.

3 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya Arul Kanda x lah sehebat manapun, beliau diibaratkan seorang murid yang pandai dlm mata pelajaran matematik & perdagangan, yg peliknya beliau hanya menggunakan formula Tolak, Campur, bahagi, darap (kali), jual & beli, beberapa kali Cikgu memintanya menunjukan jalan kira bagaimana beliau mendapat jawapan didepan kawan2 didlm bilik darjah, namun dia tetap gagal menunjukannya, tetapi dia tetap lulus peperiksaan, kerana peperiksaan hanya memerlukan dia menjawab betul, tanpa perlu menunjukan jln kira, ini yang memelikan semua orang & menjadi tanda tanya kpd Cikgu nya sendiri.

Anonymous said...

Sebenarnya Arul Kanda x lah sehebat manapun, beliau diibaratkan seorang murid yang pandai dlm mata pelajaran matematik & perdagangan, yg peliknya beliau hanya menggunakan formula Tolak, Campur, bahagi, darap (kali), jual & beli, beberapa kali Cikgu memintanya menunjukan jalan kira bagaimana beliau mendapat jawapan didepan kawan2 didlm bilik darjah, namun dia tetap gagal menunjukannya, tetapi dia tetap lulus peperiksaan, kerana peperiksaan hanya memerlukan dia menjawab betul, tanpa perlu menunjukan jln kira, ini yang memelikan semua orang & menjadi tanda tanya kpd Cikgu nya sendiri.

Unknown said...

lepas PRU 14 nanti kalau BN masih menang, najib kena lantik arul kanda jadi menteri kewangan....tengok apa respond tony puaka masa tu....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa