Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, August 12, 2015

MALAYSIA BAKAL DISERANG KOMUNIS ALAF BARU???!!!


Samada wujud kaitan langsung atau tidak, nampaknya kumpulan penjenayah siber ‘Anonymous Malaysia’ bersekonggol dengan pemimpin pembangkang yang mahu menimbulkan huru-hara di Malaysia menjelang hari Kemerdekaan negara 31 Ogos ini.

Penjenayah siber ini memuat naik video mahu mengancam Kerajaan Malaysia dan mengisytihar perang terhadap Perdana Menteri melalui Facebook rasmi kumpulan itu, pada 4 Ogos lalu.

Dalam video terbabit, kumpulan itu mengisytiharkan perang internet terhadap Kerajaan Malaysia dan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan menjangkakan serangan akan berlaku pada 29 hingga 30 Ogos ini, bermula 6 petang hingga 5 petang keesokannya.

Kumpulan itu memberi amaran, serangan dibuat selaras dengan demonstrasi Bersih 4.0 yang dijangkakan berlaku pada tarikh sama.



Pada tarikh itu, kumpulan tersebut menamakan beberapa laman web yang akan dijadikan sasaran serangan termasuk portal rasmi Perdana Menteri, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia selain 150 portal web yang terpilih.

Sementara itu, semua organisasi di bawah Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (CNII) digesa agar memperkukuh sistem pertahanan siber komputer masing-masing menggunakan perisian terkini dan 'patch' keselamatan bagi melindungi daripada digodam oleh penjenayah siber.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Wilfred Madius Tangau berkata tindakan itu merupakan langkah untuk menaik taraf sistem komputer di setiap organisasi daripada serangan siber oleh sekumpulan penjenayah yang dikenali sebagai 'Anonymous'.

"Sebagai kementerian yang bertanggungjawab bagi memastikan ruang siber negara selamat dan terhindar daripada pelbagai ancaman atau serangan siber, MOSTI melalui CyberSecurity Malaysia dan MIMOS Berhad (MIMOS) terus berusaha dan secara proaktif dalam menangani isu-isu berkaitan keselamatan siber," katanya dalam kenyataan Selasa.

Dalam konteks siber, CyberSecurity Malaysia memberi perkhidmatan teknikal kepada 10 sektor CNII yang terdiri daripada sektor pertahanan dan keselamatan; perbankan dan kewangan; maklumat dan komunikasi; tenaga, air, pengangkutan, kesihatan, makanan dan pertanian serta perkhidmatan kerajaan dan perkhidmatan kecemasan sebagaimana termaktub dalam Dasar Keselamatan Siber Negara (NCSP).

"MIMOS sebagai agensi penyelidikan dan pembangunan ICT negara turut membangunkan teknologi keselamatan lebih maju dalam usaha melindungi infrastruktur IT di dalam sesebuah organisasi daripada serangan dalaman dan luaran serta bertujuan menjejak pergerakan dokumen atau maklumat yang dibocorkan," katanya.

Madius turut menekankan kepada pentadbir rangkaian komputer agar mempunyai kemahiran dan kecekapan dalam mengendali sesebuah insiden ancaman siber yang dihadapi oleh organisasi mereka.

"Kepakaran boleh diperoleh melalui program-program latihan kepakaran yang ditawarkan oleh CyberSecurity Malaysia seperti latihan kepakaran dalam bidang forensik digital dan latihan kepakaran tindak balas keselamatan siber," katanya.

Orang ramai juga diminta untuk melaporkan insiden serangan siber kepada pihak berkuasa berkaitan atau Pusat Bantuan Cyber999 menerusi alamat email: cyber999@cybersecurity.my.

3 comments:

Anonymous said...

Kerajaan lambat bertindak patut Read Bean Army dihapuskan dari dulu lagi. Sekarang nasi dah jadi bubur.

Anonymous said...

"MALAYSIA BAKAL DIS ERANG KOMINIS ALAF BARU"?????

APA KEJADAH PUNYA STATEMENT BLOG GOBLOG??

SUDAH LAMA DAH MALAYSIA DI SERANG KOMINIS ALAF BARU.. PENYERANGNYA ADALAH DAP KOMINIS YANG MENGGUNAKAN RBA!!

TAK FAHAM FAHAM LAGI KA???

Anonymous said...

Semoga Allah lindung i Msia dari ancaman komunis dajal ni.Semoga aemua perancangan mereka Allah gagalkan .Amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa