Setiap kali dia masuk ke kandang, ada saja bunyi-bunyi bising yang menunjukkan ketidakpuasan hati tentang layanan dan keadaan sel penjara yang dihuni. Itu tidak kena, ini tidak betul. Serba-serbinya tidak selesa.
Mungkin malu untuk bersuara sendiri atau menyuruh anak isterinya bersuara, takut dikatakan mengada-ngada, kali ini ketidakpuasan hati itu disuarakan oleh sekumpulan peguam yang perasan ‘terlebih liberty dari orang lain’, Lawyers Of Liberty.
Eric Paulsen kata, Jabatan Penjara tidak memberi layanan istimewa untuk Anwar bertemu sesiapa pun. Malah katanya, kalau keluarga Anwar bertemu dengannya pun, tidak dibenarkan sebarang sentuhan fizikal berlaku di antara mereka.
Katanya lagi, Jabatan Penjara sangat kejam kerana tidak membenarkan keluarga Anwar membawa makanan dari luar penjara untuk penjayah yang kini berstatus banduan itu. Malah, katanya, Jabatan Penjara juga telah mengasingkan Anwar dari banduan lain.
Paling sadis, kononnya Anwar dinafikan hak untuk mendapat rawatan sewajarnya bagi penyakit yang dia alami.
Pada pandangan saya, komplen-komplen berkenaan benar-benar menjengkelkan hati. Benarkah apa yang didakwa Eric itu? Atau hanya satu lagi episod mengada-ngada dari penjenayah yang manja?
Setahu saya, maklumat dari dalam penjara Sungai Buloh mengatakan bahawa boleh dikatakan setiap minggu Azmin Ali akan bertemu dengan Anwar di penjara berkenaan.
Malah turut dikatakan bahawa isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah dan anak cucu mereka turut bertemu Anwar secara bebas di penjara berkenaan. Pada pandangan saya, adalah sangat mustahil jika tiada sebarang sentuhan fizikal berlaku di antara mereka.
Sebagai contoh, takkanlah Anwar tidak disalam dengan tangan atau dipeluk cium oleh Wan Azizah dan anak cucu mereka bila membuat kunjungan “hormat”. Pelik sangat tuduhan itu. Maka sebab itulah saya mengatakan tuduhan tersebut mungkin sekadar diada-adakan.
Berkenaan makanan, mungkin dakwaan itu benar dan wajar diketatkan. Manalah tahu ada arahan dari Anwar sendiri untuk “pedajal” Jabatan Penjara, bukan? Manalah tahu jika Anwar suruh Wan Azizah bawa karipap basi yang akan menyebabkan dia keras kejung dalam penjara.
Maka Jabatan Penjara jugalah yang akan dituduh zalim menganiaya Anwar, bukan? Jadi, sebagai langkah keselamatan kedua belah pihak, wajarlah tidak dibenarkan sebarang makanan dari luar dibawa masuk untuk Anwar, bukan?
Mengasingkan Anwar dari banduan lain juga adalah satu tindakan yang wajar. Itupun demi keselamatan kedua belah pihak. Saya risau juga kalau ada banduan lain yang akan mengapa-apakan Anwar atau Anwar sendiri yang akan “mengapa-apakan” banduan lain, bukan?
Jadi, apa salahnya jika Anwar diasingkan dari banduan lain? Bukankah tindakan itu juga boleh dikategorikan sebagai satu layanan istimewa yang memberikan privasi yang tersendiri kepada Anwar? Itu pun mahu dikomplen?
Tapi sampai dikatakan Anwar dinafikan hak untuk mendapat rawatan perubatan yang wajar, nampaknya Eric sudah nampak sangat mengada-ngadanya. Dari bekerja sebagai peguam, tiba-tiba pula dia lebih tahu dari doktor perubatan?
Setahu penulis, sudah beberapa kali Anwar dibenarkan keluar dari “kandang” untuk bertemu doktor bagi tujuan perubatan. Pada 7 Julai baru-baru ini, Anwar dilaporkan Malaysian Insider telah keluar dari penjara untuk menjalani rawatan di HKL, bukan?
Apa yang Eric mahukan sebenarnya? Mahu Anwar diterbangkan ke Amerika dengan jet peribadi dan bersenang-lenang di “hospital” paling hebat di negara uncle sam itu sehingga tamat tempoh hukuman penjara? Itu yang Eric mahu, kah?
Pada pandangan saya, Anwar sudah terlalu dilayan istimewa di dalam penjara Sungai Buloh. Jika mahu, saya boleh komplen pada Jabatan Penjara kerana Anwar diberikan terlalu banyak keistimewaan berbanding banduan lain.
Saya rasa, tidak perlulah dinyatakan di sini. Namun saya yakin, mereka yang ada kenalan atau saudara mara yang bertugas di penjara Sungai Buloh dapat membezakan layanan istimewa yang diberikan pada Anwar. Jadi, tak payahlah Eric berbunyi lagi, faham?
2 comments:
Eric Paulsen sial. Aljuburi janji apa dgn kau. Tim PM, Mentri. Oh dia keseorangan. Aljub needs to sharpen his cock. You are his best candidate.
Biarlah dia rasa dilayan takut nanti di alam satu lagi dah tak ada masa atau dah tak ada siapa nak layan melainkan Mungkar dan Nakir.
Post a Comment