Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, August 14, 2015

BACAAN HARI JUMAAT:KESAH GERAKAN HARAPAN BARU YANG HARU BIRU BLUE!!!


HARI ini kalau mengikut perancangan awal, secara rasminya Pas akan berpecah. Sekumpulan pemimpin yang tewas dalam pemilihan parti itu pada Jun lalu akan bergabung menubuhkan parti baharu.

Walaupun mereka sudah memulakan langkah melalui apa yang dipanggil Gerakan Harapan Baru (GHB), ia akan dibentuk menjadi sebuah parti politik yang mendapat sokongan paling padu daripada DAP, musuh ketat Pas dalam pakatan pembangkang.

Pemimpin-pemimpin Pas dalam GHB yang antara mereka sedang menikmati gaji dan elaun sebagai wakil rakyat hasil perjuangan dan sokongan ahli-ahli Pas akan bergabung di dalam parti tersebut.

Sebelum ini Pas pernah menempuh badai perpecahan apabila terwujudnya Hizbul Muslimin 

(HAMIM), Berjasa dan Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM). Walaupun ada dalam kalangan pemimpin GHB mendakwa, mereka bukan serpihan Pas, ini boleh dianggap kenyataan yang tidak berpijak di bumi nyata.

Mohamad Sabu (tengah) pada program Ceramah Perdana Harapan Baru
Malah berbanding parti-parti serpihan Pas sebelum ini, GHB agak unik kerana ketika mereka menguar-uarkan akan memperjuangkan Islam rahmat untuk semua, di dalam parti baharu itu akan terdapat pemimpin-pemimpin yang berasal daripada UMNO dan antaranya amat diketahui ke arah mana pemikiran mereka.

Tetapi tiada apa yang hendak dihairankan kerana majoriti pemimpin-pemimpin GHB terdiri daripada mereka yang sehati dan sejiwa dengan kehendak politik DAP. Sebab itulah mereka bersedia me­ninggalkan Pas apabila golongan ulama menguasai parti itu sepenuhnya dalam pemilihan lalu.

Kalau benar mahu memperjuangkan Islam sudah pasti mereka tidak akan meninggalkan Pas sebaliknya mereka akan terus berada dalam parti itu tetapi kekecewaan akibat tewas dalam pemilihan parti tidak dapat dibendung lagi. 

Banyak tindakan Pas dilihat tidak selari dengan kehendak politik mereka yang terlalu menurut kemahuan dan agenda DAP. Justeru cara terbaik adalah keluar daripada Pas.

Bagaimanapun mereka tidak harus lupa, sejarah politik negara membuktikan tiada parti serpihan Pas yang boleh bertahan selepas pilihan raya. Begitulah juga GHB, berbanding dengan Pas yang sudah mempunyai kekuatan sendiri, nyawa politik GHB bergantung kepada DAP.

Apabila itu berlaku tentulah GHB perlu mengikut apa yang dimahukan oleh DAP dan bukannya berkobar-kobar melaksanakan agenda politik sendiri khususnya dalam melibatkan soal orang Melayu dan Islam.

Kalaulah Pas begitu mudah di­perkotak-katikkan oleh DAP ketika dalam pakatan pembangkang, apa kekuatan yang GHB ada untuk memastikan mereka tidak menjadi ‘pak turut’ kepada DAP yang dianggap sentiasa mahu menjadi ‘taiko’ dalam kalangan parti pembangkang?

Setakat ini, penulis diberitahu, sokongan terhadap GHB tidaklah sehebat mana. Majlis-majlis yang dianjurkan tidak mendapat sam­butan diharapkan. Walaupun ada sedikit sebanyak ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi yang berkira-kira beralih arah namun ini dikatakan masih belum mampu menggugat Pas.

Bagaimanapun dalam politik segalanya boleh berlaku, tetapi apa yang pasti kehadiran GHB seperti mana kata seorang pemimpin Pas kepada penulis hanya akan memungkinkan perpecahan dalam kalangan orang Melayu bertambah serius.

“Kita sudah ada UMNO, Pas, PKR dan kini GHB. Kekuatan politik Melayu akan menjadi bertambah lemah, bukan kerana orang lain tetapi kerana kita sendiri,’’ katanya ketika dihubungi.

Oleh itu, kehadiran GHB bukanlah ‘rahmat untuk semua’ atau memberi harapan baharu seperti mana mereka uar-uarkan sebaliknya hanya akan memungkinkan politik orang Melayu menjadi semakin ‘haru-biru’.

Justeru, adalah wajar kepada orang Melayu tidak kira sama ada di dalam Pas atau tidak, janganlah mengikut perasaan untuk menyokong GHB membabi buta. Ini kerana sokongan mereka tidak akan memberikan sebarang keuntungan politik kepada orang Melayu.

Mungkin hujah ini sekali lagi akan dikecam bersikap perkauman atau cuba menakut-nakutkan orang Melayu tetapi fikirkanlah siapakah yang beria-ia benar menyokong kewujudan GHB?

Kajilah apakah kenyataan-ke­­nyataan yang pernah dibuat oleh pemimpin-pemimpin GHB ber­kai­tan orang Melayu dan umat Islam.

Janganlah mengikut emosi da­lam membuat keputusan politik. Usahlah terpengaruh dengan dakyah yang mengheret UMNO dalam perbalahan ini apabila menuduh Pas akan bergabung dengan parti itu.

Menuduh bersekongkol dengan UMNO merupakan bahan paling berbisa bagi meracuni penyokong dan ahli-ahli Pas. Mereka amat tidak menggemari jika kedua-dua parti itu bergabung hatta bekerjasama sekalipun.

Walaupun sudah beberapa kali ditegaskan, tidak timbul soal penggabungan tersebut termasuklah penubuhan kerajaan perpaduan tetapi ini tetap menjadi bahan politik oleh sesetengah pemimpin GHB bagi meraih sokongan.

Sekiranya GHB menjadi parti politik, kawasan manakah mereka akan bertanding? 

Pas sudah pasti tidak akan memberi laluan kepada GHB. DAP tidak akan korbankan kubu kuatnya untuk GHB. PKR pula tidak akan beralah kepada GHB demi menjaga hati Pas memandangkan mereka sudah sepakat tidak akan berlaku pertembungan tiga penjuru. 

Oleh itu ke mana GHB?

Apapun yang pasti GHB sama sekali tidak akan dibenarkan berkuasa melebihi DAP. Oleh itu, apakah keuntungan kepada orang Melayu khususnya penyokong Pas jika mahu mereka menyokong GHB, walaupun ada pandangan dalam kalangan penganalisis politik pro GHB, kononnya penubuhan GHB adalah satu penghijrahan seperti mana peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah.

Membandingkan peristiwa hijrah Rasulullah SAW dengan penubuhan parti baru GHB adalah hujah yang tidak munasabah. Rasulullah SAW berhijrah atas perintah Allah SWT manakala GHB ditubuhkan oleh kelompok pemimpin kecewa selepas tewas merebut jawatan.

Apapun kita terpaksa me­nerima hakikat orang Melayu akan berpecah lagi dan politik mereka akan menjadi `haru-biru’ dengan wujudnya sebuah lagi parti baharu oleh GHB. Kehadiran mereka akan disambut dengan tepukan dan kegembiraan oleh ‘pihak lain’ yang semakin yakin agenda mereka semakin mencapai kejayaan.--ZB

4 comments:

Anonymous said...

Bagi orang Islam khasnya ahli2 PAS sebenarnya tidak sukar untuk membuat pilihan. Fikir secara rasional dan kaji siapa yang mengasaskan GHB? Lihat latar belakang dan track record adalah mereka golongan yang cermelang dari aspek moral, mempunyai kualiti kepimpinan yang bertaraf KELAS SATU atau mereka yang hanya pandai bercakap, berbohong dan pemfitnah . JANGAN sesekali terpengaruh dengan selogan yang Nampak hebat tetapi hakikatnya hanya untuk meraih sokongan dan simpati.

Anonymous said...

Sesiapa ahli UMNO yg rasa nak join GHB sila berambus sekarang! Jgn nak menyusahkan org pd Pemilihan parti dan PRU14 nanti. Besok2 guna strategi basi lompat parti konon tak percaya pd pemimpin padahal dia tu yg tongong. Kata tak suka tapi masih join. Kalau rasa dah tak suka blah lah!!! Jgn buat off bangang korang tu. Ramai menyampah.

John Labu.

Anonymous said...

Sesiapa ahli UMNO yg rasa nak join GHB sila berambus sekarang! Jgn nak menyusahkan org pd Pemilihan parti dan PRU14 nanti. Besok2 guna strategi basi lompat parti konon tak percaya pd pemimpin padahal dia tu yg tongong. Kata tak suka tapi masih join. Kalau rasa dah tak suka blah lah!!! Jgn show off bangang korang tu. Ramai menyampah.

John Labu.

Anonymous said...

Sesiapa ahli UMNO yg rasa nak join GHB sila berambus sekarang! Jgn nak menyusahkan org pd Pemilihan parti dan PRU14 nanti. Besok2 guna strategi basi lompat parti konon tak percaya pd pemimpin padahal dia tu yg tongong. Kata tak suka tapi masih join. Kalau rasa dah tak suka blah lah!!! Jgn show off bangang korang tu. Ramai menyampah.

John Labu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa