Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, August 13, 2015

ALHAMDULILAH PARTI PAS SUDAH SEDAR


PAS tidak akan menggerakkan ahlinya menyertai perhimpunan besar-besaran Bersih 4 yang disertai DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan pada 29 Ogos ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS sebaliknya akan menganjurkan sebuah Kongres Rakyat dalam tempoh terdekat bagi meneruskan agenda parti itu.

“Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) bahawa PAS tidak akan membuat kerahan atau larangan kepada ahli.

“Kita (bagaimanapun) akan hantar wakil parti bagi mendapat gambaran sebenar format himpunan tersebut. Sebarang arahan (lanjut) kepada ahli akan dikeluarkan setelah kita mendapat gambaran sebenar format himpunan dan tentatif program sepanjang `rally’ yang akan diadakan nanti,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tuan Ibrahim menjelaskan keputusan PAS berhubung perhimpunan Bersih 4 itu kerana tidak bersetuju dengan sebarang usaha yang bertentangan dengan undang-undang bagi mencetuskan kegawatan dalam negara.

Malah, katanya, kongres yang mahu diadakan Lajnah Penerangan PAS Pusat nanti akan diadakan bersama pelbagai pihak yang akan turut serta sama ada sebagai penganjur bersama atau sebagai peserta. – mynewshub.cc

2 comments:

Anonymous said...

Bolih caya ke PAS ni

Anonymous said...

Boleh caya ke cina bangsat DAP ni? Sembah batu, cipap mak dorang pun nak jilat tak basuh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa