Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, April 14, 2015

LIM GUAN ENG MENGAKU RASIS


Lim Guan Eng mengakui tersilap apabila menggelarkan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid sebagai ‘nenek rasis dan jahat’ dalam sidang akhbar pada Disember 2013.

Dakwanya, perkataan nenek itu adalah satu gelaran terhormat tetapi beliau pada masa sama tidak menarik balik perkataan rasis yang ditujukan kepada Jahara.


Dalam masa sama Guan Eng juga tidak menolak bahawa gelaran rasis yang dikeluarkan itu boleh merosakkan reputasi Jahara sebagai seorang wakil rakyat yang dipilih dalam pilihan raya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunos yang mewakili Jahara pada perbicaraan kes saman yang dikemukakan wanita tersebut terhadapnya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Jahara memfailkan saman tersebut setelah Guan Eng pada 10 Disember 2013 dalam sidang akhbar di luar sidang DUN, menggelarkan Jahara sebagai ‘nenek rasis’ kerana dikatakan cuba membangkitkan isu perkauman apabila menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu.

Guan Eng kemudiannya memohon maaf kepada Jahara tetapi hanya untuk gelaran ‘nenek’ malah Setiausaha Agung DAP yang masih belum disahkan itu tetap menyifatkan Jahara sebagai seorang yang rasis.
Dalam saman fitnah berkenaan, Jahara yang merupakan Ahli DUN (ADUN) Teluk Air Tawar turut memohon perintah injunksi untuk menghalang Guan Eng daripada berterusan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya selain mahu perkara berkenaan tidak berulang.

Sementara itu, dalam keterangannya, Guan Eng turut bersetuju bahawa tiada isu perkauman dibangkitkan oleh Jahara mengenai masalah peniaga restoran Cina di Bagan Ajam dekat Butterworth dan peniaga gerai Melayu di Persiaran Gurney.

Ini kerana Jahara turut mencadangkan agar sekiranya terdapat peniaga haram, mereka seharusnya diputihkan atau diberi lesen tidak kira peniaga Cina atau Melayu.

Guan Eng juga mengakui bukanlah isu rasis sekiranya ada mana-mana individu yang mengutarakan masalah melibatkan peniaga Melayu dan bumiputera di negeri itu.

Beliau bagaimanapun menolak perbandingan yang dibuat antara kes empat pemilik restoran Cina di Bagan Ajam yang hanya dikompaun sebanyak empat kali sejak 2010 dan isu gerai milik dua peniaga Melayu di Persiaran Gurney yang dirobohkan pihak berkuasa tempatan.

Ini kerana katanya, tindakan yang diambil terhadap pengusaha restoran di Bagan Ajam adalah di bawah Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) manakala tindakan kepada pemilik gerai Melayu itu di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Berkaitan isu Pulau Mazu atau Pulau Jerejak, Guan Eng turut bersetuju dengan kenyataan Jahara dalam persidangan DUN Pulau Pinang bahawa nama pulau itu diberikan oleh pengusaha tempat ibadat haram di situ.

Namun beliau berkata, terdapat gambaran lain yang cuba dikaitkan mengenai nama pulau itu sehingga menimbulkan polemik dan pertikaian – Utusan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa